Anugerah Terindah

Detik-detik pahit manis semasa mengandung aku berjaya harungi dengan pelbagai pengalaman baru bagiku..
Mengandung pada usia 37 menyebabkan aku menghadapi pelbagai ragam..Huhu..
Antaranya alahan,kencing manis sehingga beberapa kali perlu mengambil bacaan BSP. Pernah warded sebab bacaan BSP yang tinggi dan dalam wad diajar cara mengawal pemakanan. Masalah keputihan yang teruk juga aku hadapi..
Namun aku harus kuat demi anak tercinta dan semua itu berjaya diharungi dengan sokongan suami dan keluarga.
Masalah tidak berhenti di situ. Ketika kandungan menjangkau 38 minggu keadaan baby masih songsang dan aku perlu lalui prosedur 'pusing baby'.
Memandangkan aku memilih untuk bersalin di hospital Shah alam, prosedur tersebut juga berlaku di situ.

Untuk pengetahuan, prosedur tersebut sangat menyakitkan dan tidak berjaya.
Apabila tidak berjaya, proses seterusnya aku perlu dibedah. Dipanggil juga 'elective ceaser'. Aku dan suami minta dengan Dr untuk dibedah pada 17.7.2017 namun aku dimaklumkan oleh Dr pada tarikh tersebut dewan bedah telah penuh.
Jadi aku perlu dibedah pada 18 Julai.
Baby tidak boleh dibiarkan lama lagi di dalam perut bimbang berlaku komplikasi yang merbahaya.

Tanggal 18.7.2017 jam 8.32 pagi aku selamat melahirkan seorang puteri yang ditunggu-tunggu selama ini..pertama kali suara tangisannya yang nyaring di dalam dewan bedah menandakan bayi selamat 'dikeluarkan' dari perutku.
Syukur padaMu ya Allah aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.95kg secara 'elective ceaser'.

Menceritakan detik-detik melahirkan itu memang akan terpahat dalam ingatan seumur hidup ini..

Huhu..semua perasaan bercampur baur antara takut, berdebar-debar dan gembira. Perasaan takut membayangkan perut ditoreh-toreh juga ada namun semuanya hilang tatkala menatap wajah anak yang dinanti selama ini..
Apabila doktor meletakkan bayi di dadaku, perasaan hiba dan sangat bersyukur memenuhi ruang hati. Bergenang air mata kesyukuran di atas kurniaan yang sangat berharga ini.
Kami bertentang mata buat kali pertama. Dia seakan-akan tahu berada di atas dasar dada ibunya. Senyap memandang ibunya.
Cukup indah detik itu..
Wajah yang sejuk mata memandang..
Suara tangisan yang dirindui selama ini..

Nur Hafeeya Sufeena..
Permata hati mama & ayah
Anugerah terindah yang akan dijaga sebaik-baiknya..amanat dari Allah SWT
Semoga membesar menjadi anak yang solehah,berjaya dunia & akhirat..
Itulah doa yang sentiasa dititipkan buatmu sayang..

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...