Sambutan Syawal 2018

Syawal akan disambut tidak lama lagi. Masa akan beredar dengan pantas dan kita bakal meraikan hari kemenangan.
Bila sebut sambutan raya, semestinya kebanyakan dari kita akan menganggap semua perlu ditukar baru. Baju raya,kasut raya,perabot raya,biskut raya, kereta raya, duit raya dan macam-macam lagi yang berkait dengan raya.

Tentunya terbayang dalam pemikiran kita perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk sambutan raya. Memang jumlah yang agak besar untuk perbelanjaan raya jika semuanya hendak ditukar baru.Ia agak sinonim dengan semuanya baru. Bila sebut raya semua hendak baru termasuklah perabot dalam rumah.

Rasanya kita perlu mengubah tanggapan begitu dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini. Kita perlu berbelanja mengikut keperluan bukannya mengikut kemahuan.
Raya tahun ini bagi aku dan suami disambut dalam keadaan serba sederhana disebabkan musibah yang melanda ekonomi kami. Keperluan anak yang diutamakan dahulu.

Memandangkan kakitangan awam mendapat gaji awal bagi bulan raya iaitu pada 7 Jun, perancangan rapi perlu dibuat agar tidak kering kontang selepas raya. Tambahan pula, jarak gaji bulan Julai adalah 47 hari dari tarikh tersebut.

Azam perbelanjaan raya:

1) Baju raya aku dan anak telah dibeli. Jangan berkunjung ke jalan TAR,SOGO atau mana- mana pusat membeli belah dalam waktu ini kerana kemeriahan hendak menyambut raya mendorong akan mendorong kita membeli sesuatu yang bukan keperluan.

2) Tidak perlu kasut raya kerana banyak kasut yang masih boleh dipakai.

3) Tidak membeli biskut raya atau kerepek raya. Ia boleh dibuat sendiri. Tidak perlu banyak sebab kebiasaannya biskut raya tidak habis dimakan. Buat sedikit sahaja.

4) Hanya beli sehelai tudung bawal untuk dipakai bersama baju raya nanti.

Kain pasang dan kain baju melayu untuk aku, En Hubby dan si kecik. Kami beli awal pada 11 Februari yang lalu.

Kesimpulannya aku tidak akan membeli barang-barang yang telah ada dan masih elok dipakai. Beraya bukan bermaksud kita perlu berbelanja sakan. Apa salahnya memakai baju atau kasut yang sedia ada yang masih lagi elok digunakan.
Jangan membazir kerana tidak mahu menjadi saudara syaitan.

Raya tahun ini memang terpaksa berjimat cermat dan menghadkan perbelanjaan semaksimum yang mungkin kerana keadaan ekonomi kami yang dilanda musibah.
Kami redha kerana ini adalah ujian dari Allah yang terselit hikmah yang mungkin kami tidak tahu.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...