Kes Penderaan Kanak-kanak

Satu persatu berita mengenai kes penderaan kanak-kanak dibawah jagaan pengasuh dihidangkan pada kita sekarang ini. Seolah- olah siri penderaan kanak-kanak yang tidak akan berkesudahan. Sentiasa ada sahaja berita mengenai penderaan kanak-kanak.Keselamatan Kanak-kanak kini tidak terjamin dalam suasana dunia sekarang ni sama ada di rumah atau diluar sana.

Banyak kes-kes penderaan fizikal dan seksual di bawah jagaan pengasuh di Taska atau di rumah. Nilai kemanusiaan terhadap kanak-kanak semakin hilang dengan kewujudan manusia-manusia bernafsu haiwan. Sedangkan kita sedar bahawa kanak2 aset negara yang sangat bernilai. Kanak-kanak sepatutnya dilindungi oleh orang dewasa tetapi kanak- kanak ramai menjadi mangsa orang  dewasa.

Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes bayi Adam Rayqal yang ditemui tidak bernyawa di dalam peti ais bahagian sejuk beku di rumah pengasuh. Kesedihan menyelubungi seluruh negara dengan kematian anak syurga yang tragis itu. Adam menjadi mangsa penderaan fizikal pengasuh berhati syaitan. (Aku sendiri sangat terkesan dengan kes Adam yang meruntun perasaan)

Selang beberapa bulan ada lagi kisah penderaan kanak-kanak. Kali ini penderaan seksual di rumah pengasuh.
Sangat menyedihkan apabila mendengar berita terbaru seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan telah diperlakukan seperti tiada akal oleh seorang warga emas yang berusia 68 tahun. Memang sukar diterima akal tapi itu yang terjadi. Disebabkan nafsu sanggup memperlakukan seorang anak kecil sebegitu rupa. Betapa kesakitan perlu ditanggung oleh anak itu. Satu perlakuan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Betapa kesian anak kecil itu yang tidak mengerti apa-apa diperlakukan oleh seorang yang boleh digelar datuk.

Masyarakat sudah tenat dan ramai di dalamnya yang 'sakit'. Bila nafsu menguasai diri itu yang terjadi. Nafsu senang didorong oleh bisikan syaitan kerana hati yang semakin hitam.
Kenapa hati hitam? Hati menjadi hitam disebabkan agama sudah jauh dalam diri. Suruhan Allah SWT diingkari. Larangan Allah  pula yang meneraju diri. Agama yang banyak memandu kehidupan diletak tepi.
Agama Islam yang menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi amalan penganutnya. Agama Islam diamalkan untuk sepanjang kehidupan kerana kita adalah hamba yang wajib patuh pada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 

Kes penderaan kanak-kanak yang semakin kerap kita dengar dan tonton menggusarkan hati ibu-ibu terutamanya yang meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain sepanjang keluar bekerja.Ibu-ibu perlu sentiasa meletakkan perasaan syak wasangka terhadap sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga sendiri.
Syak wasangka ini sangat perlu bagi memastikan keselamatan anak anda sentiasa dalam pemantauan. Ingatlah sebarang kemungkinan pun boleh berlaku. Jangan percaya seratus peratus terhadap orang yang diamanahkan. Sebaik-baiknya buat pemerhatian terhadap anak dan orang yang menjaga anak. Sekiranya ada yang mencurigakan cepat-cepat siasat dan bertindak sewajarnya.

Ibu-ibu bekerja yang meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh hampir seharian, hati dan perasaan sentiasa mendoakan keselamatan anak di bawah jagaan orang lain. Hati sentiasa bimbang keselamatan anak namun demi meneruskan kelansungan hidup dan membantu mengurangkan beban ekonomi keluarga menyebabkan ibu terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain. Hati mana yang tidak risau memikirkan keadaan anak. Penyerahan dan tawakal hanya pada Allah sebaik-baiknya pelindung terhadap hamba-Nya.


Dari,
Seorang ibu bekerja yang pernah menguruskan kes kanak-kanak yang didera.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...