My Passion


Boleh ke sesuatu hobi menjadi sumber kewangan kepada kita. 

Bagaimana cara kita mengubahnya menjadi sumber pendapatan.

Selalunya hal ini sentiasa bermain dalam fikiran. 

Memikirkan cara bagaimana untuk menukar hobi menjadi pendapatan.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi itu menyebabkan kita akan berusaha melakukannya dengan cara yang terbaik.

Hobi ku adalah membuat biskut dan kek. 

Sekarang ni rasa seperti tidak lengkap jika tidak buat biskut. 

Seronok dan dapat kepuasan setelah siap menghasilkan biskut.

Bila beri orang lain makan lagi seronok. 

Tambahan pula jika dapat komen positif daripada orang yang makan.

Sanggup bersengkang mata buat biskut sebab minat. 

Penat tidak terasa pun. 

Bila dah siap buat baru terasa penat. 

Jika tidak buat biskut akan rasa hidup seperti tidak lengkap.

Masih awal lagi untuk bercakap mengenai perniagaan. 

Banyak cabaran dan dugaan yang menanti

Bukan senang nak jadi senang. 

Begitu lah agaknya orang yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Banyak menempuh onak dan duri. 

Ada yang bermula dari bawah. 

Ada yang pernah jatuh namun terus bangkit dan melangkah ke depan. 

Sesuatu yang bagus kerana berani mencuba sesuatu.

Sekali gagal bukan bererti akan terus gagal.

Namun jika kita tidak cuba sesuatu kita tidak akan tahu bagaimana.

Jadi perlu cuba.

Jika tidak berjaya perlu cuba lagi.

Jangan cepat berputus asa.




Rahsia Biskut Sedap dan Gebu

Tajuk macam sangat mengujakan..Huhu

Macam teruja sangat nak tahu kan apa rahsianya biskut sedap dan gebu..

Rahsia la sangat kan..

Jom kongsi bersama memandangkan biskut yang dibuat mendapat pujian dari ramai yang memakannya..

Bunyi macam riak kan..

Ya Allah xde niat  nak riak..

Mohon ampun..

Just untuk dikongsi bersama

Aku guna butter yg agak mahal..

Untuk dapat biskut yang sedap dan gebu..Huhu

Inilah butter yang digunakan..

Butter Lurpark atau Anchor..

Butter SCS pun sedap jugak..

Harganya boleh tahan mahal..Huhu..

Tapi untuk rasa yang sedap pejam mata jela..




Butter ni beli banyak-banyak kat kedai bakery Bake With Yen..

Sebab murah aku pun borong sakan.

Ada tersimpan dalam peti ais sampai sekarang.

Plan nak buat biskut dahlia ngan tart banyak-banyak untuk diniagakan.

Namun projek buat biskut agak terbantut sebab si kecik sekarang semakin ligat dan kurang tidur.

Banyak nak berjalan dan explore macam-macam benda je.

Sabar jela layan kerenahnya.

Kena cari masa yang sesuai untuk projek biskut.

Ukur Baju di Badan Sendiri

Ukur baju di badan sendiri bukan di badan orang lain ye.

Seringkali kita kaitkan istilah ini dengan bagaimana kita berbelanja mengikut kemampuan atau dengan kata lain mengikut kemampuan kewangan. 

Namun begitu ada juga sesetengah daripada kita tidak mengikut bagaimana besar periuk. 

Ada juga istilah dikaitkan dengan bagaimana besar kerak begitu lah besar periuknya.

Jangan ikut orang nanti diri sendiri yang merana.

Ia boleh dikaitkan dengan bagaimana besar perbelanjaan kita perlu dinilai terlebih dahulu jumlah pendapatan yang diperolehi.

Itu jela nak beritahu..

Bebelan ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga.

# Be Yourself




Aidiladha 2018


Ini cerita menyambut Aidiladha di kampung En Hubby.Kami sempat berada 2 hari di kampung En Hubby. 
Pagi raya ke 2 kami bertolak balik Kelantan sebab ibuku sakit.
Dapat berita ibu masuk wad sekejap sebab jangkitan kuman.
Ibu memang ada kencing manis dan darah tinggi.
Masuk wad sebab sebab demam teruk.
Doktor suspek jangkitan kuman pada pundi kencing.
Dah keluar wad ibu tak selera makan.
Aku ngan En Hubby risau dapat tau.
Jadi kami ambil keputusan balik jenguk ini.
Tak inform sesiapa pun.
Buat surprise kononnya.
Tapi sempat beraya di rumah famili En Hubby.










Si Kecik dan sepupunya. Beza beberapa bulan je


Housemate masa zaman bujang dulu. Tetap maintain walaupun anak dah 3.


Meja makan rumah famili En Hubby memang sarat dengan hidangan. Bersembang-sembang sambil menjamu selera

Masa balik Kelantan,sempat kami pergi kenduri kahwin rakan sekerja ( pengantin lelaki) En Hubby di Tumpat. Waktu ni dah jam 4 petang. Huhu..Kenduri kawen di Kelantan memang normal sampai ke petang.

Kursus di Bengkel Daya Klang

Ini adalah kursus pertama setelah aku bertukar ke unit lain.

Kursus ni berkaitan Program Home Help atau KBDR ( Khidmat Bantu di Rumah ) anjuran JKMM bermula  13 Ogos sehingga 15 Ogos.

Tempat penginapan disediakan di Hotel Rock & Roll bersebelahan Bengkel Daya Klang.
Aku tidak menginap.

Aku ulang alik dari rumah ke tempat kursus sebab tak sampai hati nak tinggalkan si kecik. 

Tak pernah lagi berjauhan dengan si kecik.

Demi untuk cukupkan syarat kursus 7 hari setahun.





Kursus yang agak santai dan tidak mengantuk sebab penceramah yang pandai tackle audience.

Jalan-jalan di Hujung Minggu

Ini cerita kami anak beranak keluar berjalan-jalan dan makan di hujung minggu.

Kebetulan dah lama teringin nak makan durian sedap di musim durian tengah menjadi ni.huhu..

Meronta-ronta cari port nak makan durian sebab dah teringin sangat.

Kami meronda dari rumah hingga ke Sungai Buloh.

Singgah makan nasi lauk asam pedas yang di kedai yang dah banyak kali kami repeat



Asam pedas ikan kembung dan asam pedas ikan pari. 
Portion banyak.
Tak habis makan. 
Kami bungkus bawa balik jadi lauk makan malam. 
Elak pembaziran dan langkah penjimatan.

Kebiasaan En Hubby sebelum makan. 
Melayan hansetnya. huhu

Masam muka si kecik bila bergambar.huhu

Inilah restoren asam pedas kegemaran kami

Selesai makan tengahari kami gerak ke setapak dan wangsa maju dalam misi pencarian port nak lepaskan keinginan makan durian..Huhu

Jumpa la gerai durian tepi jalan. 

Tengok orang ramai duk makan. 

Tanggapan kami mesti kedainya best.

Kami pun join skali...

Longgokan durian kat belakang tu banyaknye..Geram rasa nak borong semua. Tamak haloba.. Huhu

Si kecik pun suka durian. Kami makan durian kampung special.
Suggested by tuan kedai.
 Katanya datang dari Perak.
 Isi tebal, rasa lemak berkrim..
Memang sedap. 
Kami makan habis  3 biji.
Sebiji bawa balik.kopek siap-siap. 
Yang bagusnya kedai ni menyediakan kemudahan bekas plastik untuk tapau bawa balik.huhu.
 Total kami makan habis RM 50 sahaja...
Agak murah

Lepas makan durian boleh plak En Hubby bawa kami menonton perlawanan bola sepak kat padang Sekolah Menengah Vokasional Setapak. 
Dah lewat petang baru kami gerak balik rumah.


Kasut Medifeet

Tak tahu macam mana boleh berkenan nak ada kasut kesihatan ni. 

Gara- gara tengok video pasal kasut ni lam Facebook tempoh hari.

Apa lagi studi skit pasal kasut ni. Sangat bagus untuk kaki dan orang yg ada masalah sakit lutut dan diabetes ( Alhamdulillah aku xde diabetes lagi..Semoga terus takde)

Aku jenis jarang beli kasut...

Pakai sehingga lunyai baru beli baru..Huhu

Beli kasut ni sebab kasut keje dah haus sangat tapak sampai sakit kaki bila pakai.

Lutut pun ada sakit sikit-sikit dah sekarang..

Belakang sakit ( maybe sebab kesan epidural masa bersalin)

Kasut Medifeet ni boleh tahan jugak harga.

Bagitau En Hubby..Die nak belanja..

Ini time pow En Hubby..

Dia cakap takpe mahal janji elok untuk kesihatan isterinya..Huhu..

Sayang gak die kat bininya ni..

Alhamdulillah..apa lagi rezeki jangan ditolak..

Tambahan time tengah bulan pulak tu..

Kami pergi beli kat Sogo lepas waktu kerja..

Try banyak kasut Medifeet pattern yang berbeza tapi rasa yang ni paling sesuai untuk ke pejabat.

Pilih kaler hitam sebab nak match ngan handbag kaler hitam jugak...huhu

Ini ada sekali dalam kotak kasut yang dibeli. Support system yang bagus.
Kotak kasut yang cantik
Ada flyers dalam kotak kasut pasal kelebihan kasut kesihatan ni. Bagus untuk kesihatan. 
Harganya boleh tahan jugak tapi berbaloi. 
Pasni setahun tak beli kasut kot..Haha ( selalunya orang pompuan akan cakap macam ni la)
Aku amik saiz 4..Kalau kasut lain aku pakai saiz 5 tapi sebab kasut ni made in USA..Jadi mungkin saiznya mengikut saiz orang-orang putih..Huhu. saiz 4 kira elok ngan kaki..

Sedikit tips waktu yang sesuai untuk beli kasut adalah pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini kaki dalam keadaan mengembang. 

Urat kaki dan otot membesar menjadi lebih aktif.

Elakkan membeli kasut pada waktu pagi kerana kaki dalam keadaan mengecut.

Kesimpulannya, kasut Medifeet ni disyorkan dibeli terutama bagi aku yang usia di ambang 40 ni..Huhu..

Bagus untuk keselesaan kaki dan kesihatan kita.

Aku duk target nak beli sepasang lagi kasut Medifeet yang lebih kasual untuk pakai time keluar berjalan-jalan.

Kene start menabung ni..huhu






Ceritaku

My Passion

Boleh ke sesuatu hobi menjadi sumber kewangan kepada kita.  Bagaimana cara kita mengubahnya menjadi sumber pendapatan. Selalunya hal i...