My Passion


Boleh ke sesuatu hobi menjadi sumber kewangan kepada kita. 

Bagaimana cara kita mengubahnya menjadi sumber pendapatan.

Selalunya hal ini sentiasa bermain dalam fikiran. 

Memikirkan cara bagaimana untuk menukar hobi menjadi pendapatan.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi itu menyebabkan kita akan berusaha melakukannya dengan cara yang terbaik.

Hobi ku adalah membuat biskut dan kek. 

Sekarang ni rasa seperti tidak lengkap jika tidak buat biskut. 

Seronok dan dapat kepuasan setelah siap menghasilkan biskut.

Bila beri orang lain makan lagi seronok. 

Tambahan pula jika dapat komen positif daripada orang yang makan.

Sanggup bersengkang mata buat biskut sebab minat. 

Penat tidak terasa pun. 

Bila dah siap buat baru terasa penat. 

Jika tidak buat biskut akan rasa hidup seperti tidak lengkap.

Masih awal lagi untuk bercakap mengenai perniagaan. 

Banyak cabaran dan dugaan yang menanti

Bukan senang nak jadi senang. 

Begitu lah agaknya orang yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Banyak menempuh onak dan duri. 

Ada yang bermula dari bawah. 

Ada yang pernah jatuh namun terus bangkit dan melangkah ke depan. 

Sesuatu yang bagus kerana berani mencuba sesuatu.

Sekali gagal bukan bererti akan terus gagal.

Namun jika kita tidak cuba sesuatu kita tidak akan tahu bagaimana.

Jadi perlu cuba.

Jika tidak berjaya perlu cuba lagi.

Jangan cepat berputus asa.




No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...