Ini adalah iklan tidak berbayar. Penulis hanya ingin berkongsi cerita mengenai keberkesanan serum yang penulis guna.
Penulis sebenarnya baru berjinak jinak menggunakan serum wajah memandangkan usia yang akan memasuki alam 40 an setahun lagi. Penulis perhatikan kulit muka dah mula ada pigmentation yang susah nak hilang.
Pigmentation tu mungkin terhasil daripada parut jerawat pada usia remaja dahulu atau sememangnya jeragat yang mula menonjolkan dirinya ( ibu dan nenek penulis ada jeragat, mungkin faktot genetik pun ada)
Sebelum ini penulis menggunakan serum Garden of Eden Rosa E. Ia serum khas untuk mengurangkan pigmentation. Penulis beli yang 5ml dengan harga RM 39. Penulis memang berdisiplin pakai serum tu setiap malam sehingga habis. Kesannya pada waktu pagi apabila bangun dari tidur penulis tengok kulit wajah glowing sedikit dan agak berminyak. Namun kesan pada wajah tidaklah ada perubahan ketara. Tompok hitam pada wajah tidak hilang terus namun nampak kurang sedikit. Mungkin penulis kena guna lagi tapi penulis ni jenis kurang sabar.. huhu...Tak suka bila tengok tompok hitam ada lagi kat wajah.
Jadi pada 10 Disember 2018, penulis telah terpengaruh dengan jurujual di Watson Sunway Pyramid..huhu
Penulis sebenarnya banyak baca pasal serum Nano White sebelum ambil keputusan tengok sendiri di drugstore. Ketika penulis google pasal serum ni, ramai yang bagi feedback positif. Penulis pun jadi teruja untuk cuba juga serum ini.
Tambahan pula kata-kata jurujual tu yang membuatkan penulis terpedaya. Huhu..
Penulis juga perpedaya bila tengok harga selepas diskaun iaitu RM 56 sahaja untuk 3ml. Orang perempuan memang senang terpedaya kalau berkaitan kecantikan huhu
Terjebak beli Bedak compact Loreal pada harga RM 20 kerana ada sales pada waktu itu |
Dark Spot Corrective Serum Nano White |
Sehingga sekarang,hampir sebulan penulis mendisiplinkan diri memakai serum ini. hasilnya kulit wajah ada sedikit perubahan di mana tompok hitam makin pudar dan kulit wajah semakin cerah. (ini adalah penilaian penulis sendiri). Penulis tidak pula dapat teguran dari orang sekeliling tentang perubahan kulit wajah. huhu
Bagi penulis biar kesannya lambat janji selamat berbanding menggunakan produk timbang kilo yang mana kesannya sangat cepat namun memudaratkan pengguna.
Jadi penulis merasakan produk Nano White ini memberikan kesan positif terhadap kulit penulis. Lagipun baru nak masuk sebulan penulis menggunakannya. Harap penulis terus kekal menggunakan produk ini.
Saya ada masalah kesan jerawat..dekat muka..mulanya hnya jerawat..lepastu jdi kudis then lama² jdi tompok hitam...dya bukn parut sbb tk timbul..cuma nmpk kesan hitam...agak² bole tk hilang dengan menggunakan nano white ni? Someone reply my comments please😊
ReplyDeleteKalau heavy sgt tompok2 degil tu. Pakai serum The Ordinary.. tapi harga agak keras juga.. budget2 dlm 50 60 gitu.. xsemua farmasi ada.. tp bole cari dekat IG.. ini serum memang laris. Bole google dulu info tentang The Ordinary.. bagus sgt...
DeleteTry apply free sample Nano white tu , try pakai dkt muka kalau berkesan boleh la try beli
DeleteBetul tu, boleh try dulu yang sample sebab kena tengok kesesuaian dengan kulit wajah kita sebenarnya.
Delete