Susu Frisolac

Susu adalah makanan utama bagi bayi yang sedang membesar. Tanpa susu, tumbesaran bayi terbantut kerana banyak zat- zat yang diperlukan oleh badan tidak diperolehi. Ia akan mendorong kepada antibodi yang lemah, berat badan yang kurang dan tumbesaran tidak seiring usia.

Si kecik adalah anugerah terindah buat aku dan En Hubby. Jadi kami mahu yang terbaik untuk si kecik. Biar dia membesar dengan sihat dan sempurna.

Si kecik mula minum susu formula seawal dalam pantang disebabkan aku mengalami bengkak susu yang teruk sehingga tidak dapat menyusukan si kecik. Kesian si kecik pada waktu itu tidak tidur dan asyik menangis kerana kelaparan. Sebagai ibu yang melalui pengalaman pertama, banyak benda yang aku tidak tahu dan ilmu yang cetek dalam kaedah penyusuan bayi. Sememangnya sejak mengandung aku telah berniat untuk fully breastfeeding si kecik sehingga usia 2 tahun. Namun, kita hanya mampu merancang Allah yg menentukan nya. Walaupun bermacam ikhtiar tapi itulah terpaksa si kecik diberikan susu formula. Namun breastfeed diteruskan juga.

Susu formula pertama di kecik adalah Dutch Baby.  Susu ni susu mampu milik kerana harganya yang tidak mahal, lebih kurang RM 30 untuk 1kg. Hanya sempat bertahan selama beberapa minggu sahaja, si kecik menghadapi masalah muntah yang banyak minum susu ini. 

Aku kemudian bertukar kepada susu Neo Baby atas nasihat adik-adikku. Sempat habiskan satu tin kecil tapi masalah muntah dan muak si kecik masih tidak berhenti. Ibu mana yang tak risau jika si kecik muntah tersembur setelah menyusu atau ketika sedang tidur. Kangkala muntah sampai keluar melalui hidung.

Setelah mencari-cari susu yang sesuai dalam internet, aku bertukar susu kecik kepada susu Snow pula. Sekejap sahaja guna susu ini sebab si kecik buang air dengan najis yang berwarna hijau pekat. Muntah juga masih berterusan.

Setelah mencari maklumat-maklumat  di dalam internet, banyak info yang diperolehi. Perbandingan dibuat. Kami juga pergi klinik untuk jumpa Dr kerana najis si kecik yang berwarna hijau dan di kecik masih muntah. Si kecik telah diambil darah dan x-ray telah dibuat, keputusannya si kecik tiada masalah kesihatan yang kronik. Keputusan x-ray menunjukkan perut si kecik banyak angin ya g menyebabkan dia kembung dan muntah. Pada waktu itu di kecik berusia 4 bulan.

Aku sudah mula buntu mahu tukar susu apa lagi yang sesuai untuk si kecik. Dah banyak sangat try and terror. Si kecik seolah-olah jadi bahan ujikaji. Huhu..

Kebanyakan susu yang di cuba susu mahal namun tidak juga sesuai untuk si kecik. Aku tukar lagi kepada susu Enfalac A+ namun tidak juga sesuai. Harga susu Enfalac mahal jugak.

AKHIRNYA.....

Inilah susu formula terbaik untuk si kecik
Susu Frisolac Rumusan Bayi  Langkah 1. Sejak minum susu ni dari usia 6 bulan sehingga kini, Si kecik tidak lagi muntah atau muak susu. Najis si kecik juga berwarna kuning elok dan tidak lagi hijau pekat. Syukur kami telah menemui susu yang sesuai untuk si kecik walaupun susu ni agak mahal namun tidak mengapa. Kesihatan si kecik yang menjadi keutamaan kami. Lagipun di kecik dah berhenti bf sejak usia 6 bulan. Sekarang sepenuhnya bergantung kepada susu formula. Si kecik agak kurang makan jadi kami pejam mata beli susu mahal ni.

Dulu kami beli susu ni yang dalam kotak dengan harga RM 64.00, 600g. Tapi mampu bertahan selama 3-4 hari sahaja. Kami pun beli yang dalam tin 900g dengan harga RM 100.90 di Speedmart dan boleh bertahan selama seminggu. Lebih jimat guna dalam tin. Sebelum ni jenuh juga kami survey di macam-macam kedai untuk mencari harga yang rendah namun susah nak jumpa..Agaknya susu ni memang mahal sebab ia diimport dari Holland. Negara yang sangat bersih dan sudah semestinya kualiti susunya juga berkualiti tinggi.

Susu Frisolac yang telah habis. Sayang nak buang tin..Huhu..Kumpul dahulu baru buang. Kat sini dah RM 600 habis. Tin kosong ini mungkin boleh guna untuk simpan syiling..Huhu..



Buat masa sekarang, ini adalah susu yang terbaik untuk si kecik kami. Si kecik agak kuat menyusu sebab kurang makan.
Pernah terfikir untuk tukar kepada susu formula lain yang lebih murah harganya. Tapi perasaan risau si kecik tak boleh terima susu lain lagi membantutkan niat kami.
Alhamdullilah masih ada rezeki untuk si kecik kami..



45 comments:

  1. hi awak. baby sy kekurangan berat badan, bmi dia dah line kuning dah. susu bdn pon xbyk, klau mnum susu frisolac step 1 ni, blh gain weight x? sbb skrg ni mnum dutch baby tiada masalah, tapi tulah berat bdan x naik byk.skrg 4 bulan beratnya 4.79kg -ain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ank sy pn minum frisolac tp sy bg susu cmpur frisolac n susu badan... ank sy bru nk msuk 4 bulan berat alhamdulillah nk cecah 6kg.. frisolac bgus tulang ank jd kuat..

      Delete
    2. Betul tu susu frisolac ada kesan sampingan yang baik untuk tumbesaran anak..

      Delete
  2. Hai saudari, melalui pengalaman sepanjang anak sy minum susu frisolac..berat badan anak xde la naik sgt.. bdn xbeketul2 mcm sesetengah baby bambam..ataupun mb sbb anak sy jenis tinggi..tp susu frisolac ade kelebihan lain utk ank sy sbb antibodi anak lbh kuat, jrg demam /sakit2..badan die pun pejal je..
    Tp sbnrnya tgk keadaan anak kite susu mana yg sesuai..kdg2 kene try & error :)

    ReplyDelete
  3. saya baru nak cuba, anak saya selalu sembelit. mungkin x serasi dgn susu s26. saya baru nak cuba frisolac.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah si comel saya mmg sesuai dengan susu nie mmg harga nya agak maham sedikit tetapi sgt bagus utk si comel.

    ReplyDelete
  5. Susu frisolac ni bagus untuk anak jarang membuang ke.. 6 bulan

    ReplyDelete
  6. Anak sye pun minum susu ni dah 2kotak..alhamdulilah minum susu ni senang membuang...so terpksa la terus kan walaupun harga mahal..jnji ank sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy cari dkat Speedmart area rumah sy tkda pun .. slalu nya dkat mna boleh dapat ye susu frisolac ni

      Delete
    2. Boleh beli online kat Shopee... lagi Murah... 1 kotak 600gm RM62 aje.... cuba tengok...

      Delete
    3. kt shoppee kalau jumpa yg tin 400g tu lg jimat sbnarnya... tp seminggu 2tin la

      Delete
  7. Biasanya ada jual dekat Speedmart atau pasaraya2 besar spt TESCO, Giant, Mydin. Saya dulu biasa beli dekat Speedmart.

    ReplyDelete
  8. Anak sy susah nak berak.. risau jd nya.. lps tu jmp doctor n mnta saranan susu apa yg ok.. doctor bgtau frisolac comfort (anak br 1 bln ++).. alhamdulillah, skrg anak snang berak dlm dua hari.. n skrg da msk 2 bulan, berat dah 6.2kg.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama sis bagi baby susu frisolac comfort.

      Delete
  9. kalau susu fm sekerap berjam bagi baby nyusu

    ReplyDelete
  10. Hi, ada mommy experience different susu friso dalam kotak dengan yang tin?? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je sis.. paling jimat harga yg tin 400g tu.. tp masih survey2 lagi...

      Delete
  11. Kalau anak saya masalah muntah2 dan sembelit. Susu frisolac yg mana sesuai untuk bayi saya. Sebab saya confius jugak ada frisolac rumusan bayi dgn frisolac comfort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sy dulu sy masalah mcm tu, sy bg frisolac biasa je. alhamdulillah ok smpai skrg

      Delete
  12. Baby saya dh try bjenis2 susu...ada yg yg buat dia cirit birit..ada yg buat dia sembelit..sampaila try frisolac comfort tin hijau..hasilnya baby x mudah muntah & x sembelit. Tp sejak mnm frisolac comfort dia kerap pulak berak..so saya try frisolac tin biru. Syukur akhirnya jumpa susu yg sgt serasi dgn dia. Sehari dia berak sekali & najis tak keras mcm sblm ni..harga mmg la mahal tp apa saja demi anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak saya muntah sesusai ke susu ini

      Delete
  13. Alhamdulillah anak saya serasi dengan frisolac kali ke5 tukar baru jumpa keserasiannya...

    ReplyDelete
  14. Salam..ank sy umur sebulan lbh.selama ni dia kerap muntah byk kdg smpai keluar dr hidung mnybbkn dia menangis meragam tersedak..wlaupun dh sendawakan dia..sy bg susu bdn n cmpur susu formula. Tp nmpk dia lagi meragam lps susu bdn..jd sy ingin bg dia cmpur susu fm juga.. Susu formula apa yg sesuai ye utk dia? Sy dh pernah bg dia susu lactogen dan dutch baby. Dia pun sblum ni ada prolong jaundice smpai 50hari lbh kurg..tp tiada mslh lain yg serius.

    ReplyDelete
  15. Sy bg dia full breastfeed smpai umur sbln tp disebabkan bacaan jaundice dia tidak turun2 jd sy campur dgn susu formula berkenaan.(lactogen).Sehinggalah hari ke50 baru ok bacaan 49. Tp masalah muntah2 sehinggakan dia meragam tetap ada smpai skrg..susu apa yg sesuai utk dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis cuba try frisolac AR. Anak saya pun mcm anak sis Prolong jaundice hampir 2 bulan lebih. Bagi susu badan muntah sampai keluar ikut hidung. Sampai saya tanya doc susu apa yg sesuai untuknya. Dan doc syorkan frisolac AR tu

      Delete
    2. Ank sy pun aritu prolong jaundice smpai 2 bln..sy mmg ms lahir trs bg susu frisolac AR..sbb ade makcik kt KK ms checkup kuning baby bgth..skrg pun masih minum frisolac AR..

      Delete
  16. Saya dh beli susu frisolac UTK amk sy..tp susu memang agak likat ka?

    ReplyDelete
  17. Frisolec mmg elok utk baby. Tapi harga agak keras. Anak saya susah demam minum susu ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  18. Salam susu frisolac ni susu lembu ke?ssuai ke baby allergic ssu lembu?

    ReplyDelete
  19. Anak sy sblm ni minum lactogen, pastu selsema makan ubat terus berak hijau pekat sy baru berubah ke frisolac..normal ka baby berak tahi kuning tp mcm pucat sedikit dan tahi agak pekat rp lembut?

    ReplyDelete
  20. Susu frisolac rasa dia okey ke? Sbb ada sesetegah susu tu ada rsa pahit sikit....

    ReplyDelete
  21. Anak saya Pon minum frisolac AR.. poo poo byk..normal ke ye

    ReplyDelete
  22. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete
  23. Perut kembung atau angin dlm badan anak sy sgt teruk dan doc sarankan susu frisolqc ni. Semalam balik ke rumah the next susu terus tukar susu baru. Malam anak x blh nak tido n menangis sekuat hatinya. Mcm ada masalah kat perut dia. X sure sesuai atau tak dgn susu ni. Nak cuba lagi arini. Anak sy baru 2bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis bagi ssu apa ye lpastu..angin ank sua pun agak teruk jga

      Delete
    2. Susu frisolac kotak Wrn biro or hujau ye??

      Delete
  24. Nak tanya, susu memang pekat yer? Kena guna puting besar sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Step 1 cair , step 2 pekat skit

      Delete
  25. Anak saya dalam hari baru balik dari hospital saya dah bagi susu enfalac A+ packaging baru dia Enfalac Baby.Saya pakai dalam sebulan setengah , berat anak dah cantik,tapi bila nak poo poo ada masalah sikit kena letak minyak telon banyak.Dia lahir premature.Lepas ada masalah muntah banyak,saya pakai frisolac mmg cun cun berat dia,dah tak banyak muntah,boleh poo poo sendiri banyak and takde masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau premature , doc kerajaan syorkn similac . Mmg susu utk bayi premature

      Delete
  26. anak sy dulu ade masalah kembung, muntah dan sembelit.. bila tukar kpd frisolac alhamdulillah dah xde semua tu... kalau nk jimat beli di shopee je.. after buat comparison, sy dapati tin 400g tu lebih murah berbanding yg 600g, 900g dan 1.2kg... tp seminggu akan guna 2tin la..

    ReplyDelete
  27. Respect and I have a super offer: How Much Home Renovation Can I Afford split level house remodel

    ReplyDelete

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...