Ayam Masak Kicap Simple

Assalamualaikum wbt..
Hari ni nak kongsi lauk berbuka puasa Ramadhan ke 6.
Puasa hari ini agak mencabar sebab aku dan En Hubby tidak bangun sahur..Huhu
Memang kami tido mati betul sebab langsung tidak dengar bunyi alarm handset.
Agak letih juga mengharung sepanjang hari. Tapi rutin harian tetap dilakukan seperti biasa.
Balik kerja jam 4 petang tapi En Hubby lambat ambil.
Aku siap- siap solat di opis.
Sampai rumah, terus pergi kedai runcit beli ayam dan sayur kangkung.
En Hubby request nak makan nasi lauk ayam masak kicap & sayur kangkung goreng belacan.
Cukup lah satu jenis lauk sahaja.
Jangan membazir ye di bulan puasa. Huhu..
Untuk di kecik pula ada ubi keledek yang dibeli masa pergi Cameron Highlands aritu. Aku rebus dan lenyek.
Si kecik suka sangat sebab rasanya yang manis.
Kami kalut buka puasa, si kecik pun kalut nak makan jugak.
Kami bergilir-gilir buka. Mulanya En Hubby makan dulu, aku suap di kecik..
Panjang pulak intro. Huhu
Sebenarnya nak kongsi resepi ayam masak kicap. Resepi ni diajar oleh Ibu mertua. Sedap pada kami.huhu

Bahan-bahan :
Ayam
(dipotong kecil-kecil seekor ayam aku guna separuh) dilumur garam kunyit
Rempah 3 jenis
 (bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
*Halia
*Bawang merah
*Bawang putih
Bahan-bahan bertanda * dimayang halus
Asam jawa
Cili kisar 3 sudu besar
Kicap masin
Sedikit gula

Cara Masak :
Goreng ayam dan ketepikan
Tumis rempah dan bahan-bahan yang dimayang halus dalam minyak. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan cili kisar.
Tumis lagi
Setelah cili agak masak, masukkan air asam jawa dengan anggaran 2 cawan lebih. Agak-agak semua ayam tenggelam dalam kuali.
Masukkan kicap. Biar mendidih, baru masukkan ayam yang digoreng tadi. Biarkan menggelegak dan kacau agar tidak melekat. Biar kuah memekat. Lebih kurang buat rendang..Huhu.
Masak dengan lama hingga kuat pekat. Masukkan gula dan gaul sebati. Biar seketika dan padamkan api.
Boleh dihidangkan.
Peneman lauk ini adalah sayur kangkung goreng belacan.

Bahan-bahan :
Kangkung satu ikat
Bawang merah
Bawang putih
5 biji cili padi
Sedikit belacan
Udang kering

Cara Masak :
Kangkung disiang dan direndam dalam air. Ia bagi mengeluarkan pasir atau tanah yang lekat pada sayur tersebut.
Biasanya aku cuci 3 kali dan baru tos. Risau kan, termakan pasir.
Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan dan cili padi ditumbuk kasar.
Tumis bahan tumbuk bersama udang kering sehingga naik bau.
Kemudian masukkan kangkung. Kacau sebati dan taburkan sedikit Maggie cukup rasa.
Bila dah agak layu boleh dihidangkan.
Garam tak letak sebab belacan dah cukup masin.

Resepi pantas dan senang dimasak.
Setelah siap masak dan hidang, azan berkumandang. Huhu..Memang betul-betul berperang di dapur. En Hubby yang jaga si kecik sepanjang aku memasak kat dapur.
Itulah lauk simple kami untuk 2 hari..Huhu.
Masak lagi bila lauk dah habis.

Gambar pula lupa nak snap sebab kelam kabut masak mengejar masa.






No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...