Ayam Goreng Kunyit Capsicum

Aku telah balik ke KL setelah 5 hari bercuti di kampung En Hubby. Seronok dapat menghabiskan banyak bersama si kecik dan keluarga mertua.

Rasa dah muak makan kat kedai. Aku dan En Hubby sebenarnya kurang gemar makan di luar. Walaupun lauk simple, sedap je bila makan kat rumah. Masak lagi sedap dan jimat.
Capsicum pun banyak dibawa balik dari Cameron, jadi aku masak lauk simple untuk makan malam sebagai peneman lauk sambal ikan masin yang dibekalkan oleh mak mertua.
Ayam goreng kunyit ini sangat mudah disediakan. Sambil pejam mata pun boleh buat.hehe. perumpaan sahaja. Kalau pejam mata memang takde apa la yang tinggal dalam kuali..haha

Bahan-bahan :
Isi ayam ( yang sedia ada dalam peti ais)- potong dadu
Bawang merah 
Bawang putih
Sebiji capsicum ( potong dadu)
Sos tiram
Sedikit kiub pati ayam

Cara memasak:
Isi ayam dilumurkan kunyit dan garam. Goreng dalam minyak panas. Biar garing sedikit. Ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan capsicum, sos tiram.kacau.masukkan sedikit air untuk pastikan capsicum masak dengan baik.
Masukkan ayam. Kacau lagi. Taburkan sedikit pati ayam. 
Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas.

Memang bertambah makan nasi dengan En Hubby.
Tapi agak kecewa sebab lupa nak ambil gambar.
Capsicum banyak lagi lam peti ais. Hajat hati sebelum mula Ramadhan hujung minggu ni, ingin masak spaghetti.


No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...