Dari lubuk hati yang sangat dalam..
Setiap dugaan yang Allah berikan kepada setiap hambaNya bukan saja-saja. Ada sebab dan musabab yang kekadang kita tidak nampak.
Apabila Allah menurunkan ujianNya, kadang-kadang kita mengeluh dan selalu terlupa untuk bersyukur dengan Allah.
Jangan sampai hati menyalahkan Allah atas setiap kesukaran dan musibah yang ditentukan olehNya.. Nauzubillah
Sentiasa la bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Sesungguhnya Allah tidak menguji hamba-hambaNya melebihi dari kemampuan hambaNya..
Ya..Yakin dan percaya pada setiap ketentuan-Nya.
Pasti ada kemanisan setelah kepahitan dilalui...
Kunci yang paling mujarab adalah sentiasa bersabar..
Insyaallah masa yang sukar akan berlalu juga dan waktu itu Allah gantikan dengan pelangi indah.
Sebagai manusia jika kita sentiasa berada dalam kesenangan, kita akan jadi lalai untuk bergantung harap pada Allah. Justeru itu, Allah sayang hambanya serta menurunkan ujian-ujian untuk merapatkan diri hamba-Nya pada Allah.
Jadi bersangka baik pada Allah sepanjang masa.
Hati akan tenang
Bersujud hanya kepadaNya sekiranya buntu atau sedih dalam menghadapi kehidupan.
Itulah yang terbaik.
Peringatan untuk diri sendiri yang kekadang leka dan alpa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ceritaku
Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm
Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...
-
Susu adalah makanan utama bagi bayi yang sedang membesar. Tanpa susu, tumbesaran bayi terbantut kerana banyak zat- zat yang diperlukan oleh...
-
Ini adalah iklan tidak berbayar. Penulis hanya ingin berkongsi cerita mengenai keberkesanan serum yang penulis guna. Penulis sebenarnya ...
-
Sudah lama simpan hasrat nak buat tart nenas sendiri. Akhirnya berjaya juga. Ingatkan susah tapi sebenarnya takde sesusah yang aku bayangkan...
No comments:
Post a Comment