Lauk Ringkas dan Mudah Ramadhan ke 9


Hari ini merupakan hari Jumaat dan hari ke 9 kita semua menjalani ibadah puasa.
Terasa begitu cepat masa berlalu. Sudah seminggu lebih berpuasa..
Hari ini telah merancang untuk masak sebab lauk yang dimasak 2 hari lepas telah habis.
Nak masak satu jenis lauk yang ringkas dan satu jenis sayur yang mudah.

Sampai di kawasan rumah, terus ke kedai barangan basah bersama En Hubby. Sebelum ambil si kecik di rumah pengasuh, lebih baik beli barang-barang masak dahulu.
Beli karot 1 batang, serai 3 batang, daun kari, ikan bawal 4 ekor, tauge, daun kucai, halia, bendi 10 biji,rempah kari ikan Baba's dan daun limau purut.
Ikan bawal beli lebih sedikit sebab niat nak bagi lauk kat pengasuh si kecik
Jumlahnya RM 26.50.
Rasa macam murah pulak...huhu

Selesai ambil si kecik di rumah pengasuh yang selang beberapa buah rumah, melayan dengan dia sekejap. Solat Asar dan bermulalah urusan perang masak di dapur.
Inilah dia Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Mudah. Resepi boleh rujuk entry sebelum ini



Kari Ikan Bawal untuk kami sekeluarga. 4 Potong disedekahkan kepada pengasuh


Sayur Tauge Kucai Ringkas

Sayur Tauge Kicap
Kata orang tua masak sayur ni main campak je..huhu.. 
Jangan campak dalam tong sampah dah la yer.. Campak dalam kuali je


Bahan-Bahan :

Tauge
Daun kucai dipotong memanjang (lebih kurang saiz tauge)
Bawang merah dan bawang putih dimayang
Cili padi (potong 2)
Kicap
Sos Tiram satu sudu besar
Sedikit udang kering
Fish cake 2 ketul (dipotong kecil)
Garam
Maggie cukup rasa

Cara Memasak :

Panaskan sedikit minyak masak.
Tumiskan bawang yang dimayang, cili pada dan udang kering,
Tumis sehingga agak kuning 
Masukkan fish cake, kacau biar masak sedikit.
Masukkan sos tiram satu sudu besar dan kicap
Masukkan sedikit air jika kering sangat.
Kacau sekejap dan padamkan api.

*Jangan goreng lama sangat sebab tauge dan daun kucai cepat layu.

Inilah juadah berbuka kami berdua pada hari ini. 
Dengan modal hanya RM 26.50 dapat makan untuk anggaran 2 hari (berbuka dan bersahur)
Jimat kan.
Jika di buat pengiraan RM 26.50/4 = RM 6.60 
                                   jika seorang  = RM 6.60/2 orang
                                                        = RM 3.30 seorang

Harga ni boleh dapat satu lauk dan sayur. Kira okay la kan
Ini harga sebelum tambah air dan nasi tapi memang jimatkan jika memasak dan makan di rumah. Berbanding makan di kedai. Makan di kedai mungkin RM 10 seorang jika ambil pakej lengkap iaitu nasi, lauk, sayur dan air. 
Bulan Ramdhan sememangnya kita boleh berjimat...
Nak raya nanti banyak nak guna duit kan..





No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...