Bubur Nasi Mudah Untuk Si Kecil

Si kecil Hafeeya sudah masuk 10 bulan dan boleh makan makanan separa pejal. Jadi memasak kepelbagaian bubur sangat menyeronokkan jika si kecil berselera makan makanan yang dimasak.

Bubur Karot Dan Ikan Bilis

Resepi yang senang disediakan. Boleh dimasak lebih dan dibekukan.

Bahan-Bahan :
Karot yang dipotong dadu kecil (telah dipotong siap-siap dan disimpan di dalam freezer dalam kuantiti yang banyak. Jika nak masak, senang..ambil je)



Karot yang dipotong dadu

Beras 1/2 cawan (dibasuh bersih)
1 sudu besar minyak zaitun
Serbuk Ikan Bilis *
Garam
Bawang merah dicincang halus


*Cara Membuat Serbuk Ikan Bilis
Ia lebih kurang sama dengan pati ikan bilis atau kiub ikan bilis. Yang berbeza jika kita buat sendiri ia tidak mengandungi msg dan bahan pengawet. Jadi untuk bayi lebih baik buat sendiri kan.

Serbuk ini tahan lama dan boleh disimpan dalam bekas kedap uadar dan letak dalam peti ais.

Ikan bilis yang siap dikopek, dibasuh bersih . Toskan
Sediakan kuali dan goreng tanpa minyak sehingga air kering.
Abaikan rupa kuali yang banyak berjasa. Huhu


Masukkan minyak zaitun dan goreng lagi. 
Setelah garing, padamkan api.



Biarkan suam dan boleh diblender kering.


Sedia disimpan dalam bekas kedap udara.



Cara Memasak Bubur Nasi




Dalam periuk, masukkan beras bersama karot dan air yang banyak (anggaran 2 cawan).
Masukkan bawang merah. Kacau hingga mendidih. 




Masukkan minyak zaitun, garam dan serbuk ikan bilis.



Kacau lagi. Tambah air panas jika nasi masih pejal. Masak sehingga menjadi bubur.
Mudah kan..
Si kecik suka makan. Berselera.
ikan bilis boleh digantikan dengan daging ayam atau seafood (isi udang atau ikan)



Inilah dia stok untuk si kecik. Bubur nasi boleh bertahan sehingga 3 hari kerana si kecik tidak kuat makan.
Selamat mencuba...




No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...