Cuti PRU14 Cameron Highlands

Bulan Mei banyak sungguh cuti umum yang bersambung-sambung.
Memang seronok.huhu. dapat menghabiskan masa dengan keluarga tersayang.
Pada 9 Mei cuti sempena PRU & tarikh keramat juga kerana pertukaran tampuk pemerintahan yang dimenangi oleh Pakatan Harapan. Membawa harapan rakyat.semoga negara ditadbir dengan lebih bijaksana agar rakyat aman sejahtera.
Itu adalah mukadimah bagi entry kali ini. Bukan untuk bercerita soal politik negara tapi sentuh sedikit sahaja.

Entry kali ini nak bercerita mengenai cuti panjang yang bersambung selepas pilihanraya. Cuti 2 hari iaitu Khamis & jumaat yang diumum kerajaan baru.
Tanpa perancangan yang rapi..Sebenarnya idea adik ipar untuk bawa kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Ia juga hadiah sempena hari ibu kepada ibu mertuaku.
Kami bertolak pagi Jumaat dan dari Slim River mengikut jalan Tapah yang bersimpang siur..Sementara ramai yang pening & mabuk,kami berhenti sekejap di Lata Iskandar.Kami menghirup udara segar di kawasan air terjun tersebut. Kami bergambar- gambar kenangan di situ.






Gerai kraftangan di tepi jalan. Barang-barang yang dijual sangat unik

En Hubby plak bawa di kecik kami merasai kesejukan air dengan rendam kakinya. Betapa seronoknya dia main air.
Budak kecik kan memang suka air. Kami buka seluar dia sebab takut basah.pakai la Pampers dengan bajunya.

Si kecik yang sangat teruja bermain air

Perjalanan diteruskan lagi. Kami berhenti makan nasi lauk kari kepala ikan di salah sebuah kedai makan di Ringlet. Dapat plak satu plastik capsicum diberi oleh tuan kedai makan. Pemurah orangnya.Satu guni dia dapat diagihkan dalam plastik kepada pengunjung kedai makannya. Sempat kami bersembang-sembang. Rupanya capsicum kat sana tidak ada nilai sangat. Kadang-kadang buang macam tu sahaja. Terkejut jugak sebab harga capsicum di pasaraya agak mahal. Aku berangan tengok capsicum banyak. Balik KL nanti nak masak spageti,ayam goreng kunyit letak capsicum banyak-banyak.

Setelah selesai makan lewat tengahari pukul 3 petang. Memang licin kari kepala ikan sebab semua tengah lapar. Kami meneruskan perjalanan. Singgah di beberapa ladang strawberi tapi tidak menepati citarasa adik ipar. Akhirnya kami berjalan-jalan di ladang strawberi Taman Agro Tourism (Big Red Strawberry Farm) yang terletak berhadapan dengan hotel tempat menginap. Waktu tu jam sudah 6 petang tapi kami belum check in lagi. Adik ipar booking Kavy Hotel Boutique di Brinchang dalam perjalanan. Sebenarnya kami tidak merancang untuk menginap di Cameron,semua yakin untuk balik hari. Sampai sana semua kepenatan ditambah dengan keadaan padat sebab ramai ambil kesempatan ke Cameron agaknya apabila dapat cuti umum yang baru diumumkan..

Keluarga kecil kami



Strawberi coklat



Waktu malam di Cameron tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Kami keluar makan dalam cuaca sejuk dengan suhu 17°c. Aku memang kesejukan sebab tak bawa baju sejuk. Kalau tahu awal nak bercuti ke Cameron, baju sejuk yang akan diutamakan sebab waktu malam kat sini memang sangat sejuk.
Waktu di kedai makan, En Hubby agak romantik bagi isterinya pakai sweaternya. Dia pula kesejukan.huhu
Kami makan malam di kedai makan berdekatan dengan kawasan hotel sahaja.
Setelah selesai makan, kami balik berehat di hotel...
Hotel pula agak kurang berbaloi dengan harganya. Nanti akan diceritakan berkenaan hotel.
Adik ipar dan si kecik yang kesejukan. Ketika ini misi mencari baju sejuk si kecik telah berjaya. kedai pakaian berhadapan dengan hotel tempat kami menginap.


Keesokan pagi, kami bangun dan bersiap-siap dalam pukul 9 pagi. Selesai check out di hotel yang kurang memuaskan hati itu, kami menuju ke Ladang Teh BOH di Sungai Palas, Tanah Rata. Untuk ke ladang teh tersebut, jalan sangat mencabar dan curam. Apabila berselisih kenderaan, salah satu perlu berhenti. Sikap timbang rasa sangat perlu.huhu. sampai ke destinasi, kami perlu parking di bawah sebelum berjalan mendaki tangga yang disediakan di dalam ladang teh tersebut untuk sampai di cafe yang terletak di puncak bukit. Pemandangan sangat menarik. Parang waktu itu memang agak ramai. Nak bergambar pun terpaksa menunggu orang beredar.
Laluan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung untuk sampai ke puncak




Pemandangan dari puncak yang sangat cantik. Indah sungguh ciptaan Allah swt.
Bergambar kenangan kami sekeluarga. si kecik sangat baik dibawa berjalan. En Hubby yang dukung semasa meredah ladang teh untuk sampai ke puncak.

Niat kami nak merasa makan di cafe puncak bukit tapi terpaksa dibatalkan kerana orang yang beratur sangat ramai.
Daging rusa bakar yang dibeli oleh En Hubby sebagai alas perut setelah penat mendaki Ladang Teh Boh Sg Palas. Beli di gerai tepi jalan dalam perjalanan balik.

Kami sebenarnya mengejar masa sebab pada petang hari yang sama anak saudaraku ada persembahan tarian di sekolahnya. Jadi masa untuk menyinggah di banyak tempat agak terhad. Sarapan pagi pun tidak sempat di Brinchang. Kami bersarapan jam 12 tengahari di Kampung Raja. Sempat la kami membeli jagung, keledek dan sayur2 sebelum balik. Adik ipar pula beli bunga Ros dan Lily dengan harga yang murah.
Bunga Ros memang bunga kegemaranku. Memang banyak dijual di Cameron dengan pelbagai warna dan cantik semuanya. Namun untuk beli bawa balik dan tanam di rumah adalah sangat mustahil.
Berangan-angan seronoknya kalau dapat tinggal di Cameron, ada rumah atas bukit. Akan aku buat kebun bunga Ros di belakang rumah.. Haha.berangan lagi.

Itulah cerita short vacation aku bersama keluarga di Cameron Highlands. Sangat seronok walaupun waktu singkat. Si kecik kami pun tidak meragam dan agak sporting bawa berjalan-jalan.




No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...