Kisah Kek Lapis yang sedap ini. Memang tak rugi beli..
Perkenalan dengan kek lapis ini adalah ketika perjalanan balik ke kampung En Hubby hari Ahad minggu lepas.
Kami singgah di stesen minyak Petronas NKVE arah Damansara dengan tujuan nak cucuk duit sebab kononnya nak singgah beli baju raya si kecik dan barang dapur di Aeon Mall Rawang.
Ketika nak melangkah masuk ke dalam Kedai Mesra Petronas tersebut, aku terpandang banyak kek-kek yang beraneka warna lapisan tersusun di atas meja di luar kedai. Agak menarik perhatian, tambahan pula kek lapis memang kegemaran ku.Tengok dah nampak sedap. Terus beli satu bekas yang dah bercampur pelbagai perisa. Satu bekas harganya RM 30. Sama juga harga dengan sebiji kek yang lapis yang lain.
Lepas buka puasa terus makan kek tu. Memang sedap, harganya pula berpatutan. Tak la mahal sangat.
Dah tinggal sedikit sebab banyak yang dah dimakan oleh si pembeli sendiri |
Ada dapat kad ketika beli kek tersebut. aku try buka facebook KhadijahKekLapisPremium..
Wah...rupanya sangat meriah. Ramai yang suka dan memuji kesedapan kek lapis ni. Harga kek juga agak berbaloi dan mampu milik..huhu..
Bagi yang hantu kek lapis macam aku ni, rasa nak repeat je lagi..seriously delicious..
No comments:
Post a Comment