Di sini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk cuba kurus di bulan puasa. Harap amalan ini berkekalan sehingga selepas raya nanti.
1) Amalkan berhenti makan sebelum benar-benar kenyang.Hanya diri kita yang tahu perut kita macam mana, banyak mana boleh terima makanan. Tak salah jika kita amalkan kerana ia antara amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Ini tidak, di meja makan ketika berbuka semua hendak makan.
2) Amalkan berbuka puasa dengan makan 3 biji buah kurma dan air suam terlebih dahulu. Lepas tu solat baru makan nasi dalam kuantiti yang kecil. contohnya semangkuk nasi, lebihkan sayuran dan lauk. Percayalah itu sudah mencukupi wlaaupun kita berlapar sepanjang hari.
3) Jangan lupa kunyah makanan secara perlahan-lahan baru telan. Ia boleh mengelakkan kita dari makan dengan kuantiti yang banyak.
4) Banyakkan minum air masak di malam hari. Bulan puasa badan kita banyak kehilangan air. Jadi untuk menampungnya perlu banyakkan minum air masak. Ia tidak mengandungi kalori dan baik untuk sistem badan.
5) Setelah terawih, jika masih lapar lagi seeloknya makan lah buah-buahan atau kudapan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan pula waktu ni kita makan nasi sebab sahur nanti nak makan lagi. Biarkan perut berehat untuk sahur pula.
6) Siapa kata bulan puasa kita tak boleh membakar kalori dengan bersenam. Sebenarnya pergerakan di pejabat atau berjalan kaki boleh membakar kalori. Lakukan di siang hari dan jangan banyak tidur. Tidur di siang hari boleh, ambil masa 30 minit untuk tidur sebab kita dah bangun awal untuk sahur kan.
7) Bulan puasa mengajar kita mengubah pola pemakanan yang kurang sihat. Contohnya jika sebelum ini lebih kerap minum air manis,di bulan puasa cuba kurangkan minum air manis. Hadkan minum air bergula sekali sahaja sama ada waktu berbuka atau bersahur.
8) Amalkan makan buah kurma di waktu sahur. Ia sangat bagus kerana mengurangkan rasa lapar. Amal sebanyak 3 biji atau 7 biji mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Itu antara tips yang saya amalkan. Walaupun kadang-kadang menderhaka juga tapi bukan selalu. Sekali sekala kena juga bagi reward untuk diri sendiri asalkan tidak makan secara berlebihan yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Selamat mengamalkannya pada yang rasa ianya bersesuaian. Cubalah mana tau berhasil kan. Nak kurus bukan ambil masa yang singkat. Tiada jalan pintas untuk kurus. Ia ambil masa yang panjang jika mahu berkekalan kurus. Huhu..
Disiplinkan diri untuk kurus.
Semoga misi kurus di bulan puasa akan berjaya...
No comments:
Post a Comment