Beban Digalas Hati Tersinggung

Tiada perasaan minat terhadap kerja.bekerja sekadar memenuhi tuntutan kewajipan dan menanti gaji pada penghujung bulan.
Itulah apa yang aku rasa kini.
Jika dahulu aku merasa sangat puas dan seronok bekerja ketika berada di unit yang sangat mencabar dan ramai orang yang takut untuk memikul beban tersebut.
Ketika itu, setiap kali dapat membantu dan menyelesaikan kes-kes klien jabatan, aku merasa puas dan sangat lega.
Kepuasan bekerja itu ada.
Namun tiba-tiba seperti awan hitam yang menyelubungi pelangi indah ketika aku dapat arahan pertukaran ke unit yang tidak pernah aku bertugas.
Arahan pertukaran tersebut aku terima ketika sedang cuti bersalin.
Pasrah & redha
Dengan berat hati aku bertugas di unit tersebut dengan tergapai-gapai mencari keserasian dengan unit baru tapi aku rasa sangat sukar.
Unit yang aku rasa tidak serasi dengan jiwa aku di mana aku perlu terlibat dengan program-program besarnya jabatan yang menuntut aku bekerja di hujung minggu dan adakalanya malam.
Sukarnya bagi aku yang baru menjadi ibubapa.
Masa dengan keluarga agak terbatas sekiranya ada program besarnya.
Tahun ini tahun ke 10 aku berkhidmat untuk jabatan. Pertukaran ke unit baru menuntut aku belajar banyak benda baru dan ia sangat baik untuk perkhidmatanku. Dapat meluaskan ilmu dan lebih mengenali orang-orang baru.
Semoga ada sinar yang menanti.
Harapan aku agar terus bermotivasi untuk bekerja walaupun kekadang aku sangat kecil hati dengan layanan yang diterima seolah-olah tidak begitu harap aku menyelesaikan tugasan..Atau semuanya perasaan aku semata-mata
Semoga ada hikmah atas apa yang berlaku.
Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...