Rutin Check Up Anak


Si kecik Nur Hafeeya Sufeena dah cukup 9 bulan pada 18 hb yang lalu. Cepat betul masa berlalu..Rasa nak tambah baby lagi je..Huhu..Saje berangan.
Realitinya tidak disyorkan selama 3 tahun sebab bersalin ceaser.
Redha jela walaupun usia dah di ambang 40 tahun.

Kali ni nak cerita mengenai checkup si kecik yang semakin membesar.
Klinik telah berikan tarikh temujanji untuk suntikan MMR bagi vaksin campak dan Rubella.

Rutin checkup si kecik kami buat di Klinik Kesihatan Taman Medan yang berdekatan dengan rumah kami. Kami mahu teruskan di klinik kerajaan juga sebab rasa lagi yakin. Huhu. Dulu ada juga bincang dengan En Hubby untuk check up di klinik swasta namun setelah dipertimbangkan balik kami lebih percaya untuk menerima rawatan di klinik kerajaan walaupun di Klinik Kesihatan Taman Medan sangat ramai orang yang mendapatkan perkhidmatan namun semua sabar menunggu.
Layanan baik dan mesra yang diterima dari jururawat yang comel-comel dan sabar melayan mungkin menyebabkan ramai yang sanggup menunggu.huhu..
Sememangnya mereka menjalankan tugas dengan baik walaupun terpaksa melayan orang awam yang ramai.

Biasanya orang ramai dah mula beratur dari jam 7 pagi lagi walaupun kaunter bermula jam 8 pagi. Servis juga agak cepat walaupun ramai yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

Kami biasanya berada di klinik jam 7.30 pagi dan selesai jam 11 pagi.


Permulaan menunggu giliran di kecik masih lagi ceria. Huhu. Kami bergilir-gilir pegang si kecik sebab si kecik memang tak nak duk lam stroller.


Makin lame si kecik semakin bosan. en Hubby pun dah makin layu.
Selesai menjalani rutin checkup si kecik iaitu timbang dan cucuk lebih kurang jam 11 pagi. menangis kuat sebab sakit kena cucuk tapi sekejap sahaja. Tapi suara si kecik memang juara, bergema satu klinik. huhu.. Setiap kali kena cucuk si kecik mesti menangis kuat.

En Hubby hantar aku dan si kecik ke pejabat. Risau nak tinggalkan si kecik dengan pengasuh kerana bimbang si kecik demam. Sian pulak pengasuh. sehingga malam aku memantau keadaan si kecik. Alhamdulillah si kecik tidak demam.
Next appointment si kecik nanti pada bulan 7 dan pada masa itu si kecik telah berusia setahun lebih. 

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...