Sambal Udang Simple

Ini adalah lauk Ramadhan ke-13 kami suami isteri. Lauk ini boleh dimakan sehingga sahur Ramadhan ke-15 kami.

Perancangan awal untuk masak sambal udang petai. Namun En Hubby yang jenuh mencari petai di sekitar kawasan rumah namun tiada, maka terhasil lah resepi Sambal Udang simple.
Sangat Mudah disediakan.
Cepat dan ringkas.
Mungkin next time boleh dikongsikan Sambal Udang Petai pula.

Bahan-Bahan :

Udang  (anggaran 400gm)
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 3 atau 4 biji
Air asam jawa
Cili kering kisar 3 sudu besar
Maggie cukup rasa
Garam






Cara Memasak : 

Cili merah, bawang merah dan bawang puti dikisar bersama-sama.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar.
Masukkan cili kering kisar. Kacau sebati.
Tumis sehingga sedikit garing.
Masukkan air asam jawa. Kacau lagi. 
Masukkan udang, kacau sebati.
Tidak perlu tambah air yang banyak kerana air udang akan keluar.
Jika kering sangat baru tambah sedikit air
Masukkan garam dan serbuk maggie cukup rasa. Bila dah agak masak boleh la padam api.
Siap.
Mudah kan.




Kek Lapis Sedap


Kisah Kek Lapis yang sedap ini. Memang tak rugi beli..
Perkenalan dengan kek lapis ini adalah ketika perjalanan balik ke kampung En Hubby hari Ahad minggu lepas. 
Kami singgah di stesen minyak Petronas NKVE arah Damansara dengan tujuan nak cucuk duit sebab kononnya nak singgah beli baju raya si kecik dan barang dapur di Aeon Mall Rawang.

Ketika nak melangkah masuk ke dalam Kedai Mesra Petronas tersebut, aku terpandang banyak kek-kek yang beraneka warna lapisan tersusun di atas meja di luar kedai. Agak menarik perhatian, tambahan pula kek lapis memang kegemaran ku.Tengok dah nampak sedap. Terus beli satu bekas yang dah bercampur pelbagai perisa. Satu bekas harganya RM 30. Sama juga harga dengan sebiji kek yang lapis yang lain. 

Lepas buka puasa terus makan kek tu. Memang sedap, harganya pula berpatutan. Tak la mahal sangat.



Dah tinggal sedikit sebab banyak yang dah dimakan oleh si pembeli sendiri



Ada dapat kad ketika beli kek tersebut. aku try buka facebook KhadijahKekLapisPremium..
Wah...rupanya sangat meriah. Ramai yang suka dan memuji kesedapan kek lapis ni. Harga kek juga agak berbaloi dan mampu milik..huhu..

Bagi yang hantu kek lapis macam aku ni, rasa nak repeat je lagi..seriously delicious.. kata orang tua-tua..



Bubur Nasi Mudah Untuk Si Kecil

Si kecil Hafeeya sudah masuk 10 bulan dan boleh makan makanan separa pejal. Jadi memasak kepelbagaian bubur sangat menyeronokkan jika si kecil berselera makan makanan yang dimasak.

Bubur Karot Dan Ikan Bilis

Resepi yang senang disediakan. Boleh dimasak lebih dan dibekukan.

Bahan-Bahan :
Karot yang dipotong dadu kecil (telah dipotong siap-siap dan disimpan di dalam freezer dalam kuantiti yang banyak. Jika nak masak, senang..ambil je)



Karot yang dipotong dadu

Beras 1/2 cawan (dibasuh bersih)
1 sudu besar minyak zaitun
Serbuk Ikan Bilis *
Garam
Bawang merah dicincang halus


*Cara Membuat Serbuk Ikan Bilis
Ia lebih kurang sama dengan pati ikan bilis atau kiub ikan bilis. Yang berbeza jika kita buat sendiri ia tidak mengandungi msg dan bahan pengawet. Jadi untuk bayi lebih baik buat sendiri kan.

Serbuk ini tahan lama dan boleh disimpan dalam bekas kedap uadar dan letak dalam peti ais.

Ikan bilis yang siap dikopek, dibasuh bersih . Toskan
Sediakan kuali dan goreng tanpa minyak sehingga air kering.
Abaikan rupa kuali yang banyak berjasa. Huhu


Masukkan minyak zaitun dan goreng lagi. 
Setelah garing, padamkan api.



Biarkan suam dan boleh diblender kering.


Sedia disimpan dalam bekas kedap udara.



Cara Memasak Bubur Nasi




Dalam periuk, masukkan beras bersama karot dan air yang banyak (anggaran 2 cawan).
Masukkan bawang merah. Kacau hingga mendidih. 




Masukkan minyak zaitun, garam dan serbuk ikan bilis.



Kacau lagi. Tambah air panas jika nasi masih pejal. Masak sehingga menjadi bubur.
Mudah kan..
Si kecik suka makan. Berselera.
ikan bilis boleh digantikan dengan daging ayam atau seafood (isi udang atau ikan)



Inilah dia stok untuk si kecik. Bubur nasi boleh bertahan sehingga 3 hari kerana si kecik tidak kuat makan.
Selamat mencuba...




Tips Kurus Di Bulan Ramadhan

Apa khabar semua..Harapnya sihat dan masih meneruskan ibadah puasa di Ramadhan ke 15 hari...Tentu badan bertambah sihat sebab itu antara kelebihan berpuasa kan..Berat badan pula tentunya makin susut kan.Jika berat badan makin bertambah di bulan puasa ni tentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan corak pemakanan kita. Huhu..Bagi yang berhajat nak kuruskan badan eloklah kita ambil peluang di bulan puasa ini kerana ia mengajar kita dari menahan diri dari makan yang keterlaluan dan melatih diri mengawal makan.
Di sini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk cuba kurus di bulan puasa. Harap amalan ini berkekalan sehingga selepas raya nanti.

1) Amalkan berhenti makan sebelum benar-benar kenyang.Hanya diri kita yang tahu perut kita macam mana, banyak mana boleh terima makanan. Tak salah jika kita amalkan kerana ia antara amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Ini tidak, di meja makan ketika berbuka semua hendak makan.

2) Amalkan berbuka puasa dengan makan 3 biji buah kurma dan air suam terlebih dahulu. Lepas tu solat baru makan nasi dalam kuantiti yang kecil. contohnya semangkuk nasi, lebihkan sayuran dan lauk. Percayalah itu sudah mencukupi wlaaupun kita berlapar sepanjang hari. 

3) Jangan lupa kunyah makanan secara perlahan-lahan baru telan. Ia boleh mengelakkan kita dari makan dengan kuantiti yang banyak.

4) Banyakkan minum air masak di malam hari. Bulan puasa badan kita banyak kehilangan air. Jadi untuk menampungnya perlu banyakkan minum air masak. Ia tidak mengandungi kalori dan baik untuk sistem badan.

5) Setelah terawih, jika masih lapar lagi seeloknya makan lah buah-buahan atau kudapan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan pula waktu ni kita makan nasi sebab sahur nanti nak makan lagi. Biarkan perut berehat untuk sahur pula.

6) Siapa kata bulan puasa kita tak boleh membakar kalori dengan bersenam. Sebenarnya pergerakan di pejabat atau berjalan kaki boleh membakar kalori. Lakukan di siang hari dan jangan banyak tidur. Tidur di siang hari boleh, ambil masa 30 minit untuk tidur sebab kita dah bangun awal untuk sahur kan.

7) Bulan puasa mengajar kita mengubah pola pemakanan yang kurang sihat. Contohnya jika sebelum ini lebih kerap minum air manis,di bulan puasa cuba kurangkan minum air manis. Hadkan minum air bergula sekali sahaja sama ada waktu berbuka atau bersahur.

8) Amalkan makan buah kurma di waktu sahur. Ia sangat bagus kerana mengurangkan rasa lapar. Amal sebanyak 3 biji atau 7 biji mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Itu antara tips yang saya amalkan. Walaupun kadang-kadang menderhaka juga tapi bukan selalu. Sekali sekala kena juga bagi reward untuk diri sendiri asalkan tidak makan secara berlebihan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Selamat mengamalkannya pada yang rasa ianya bersesuaian. Cubalah mana tau berhasil kan. Nak kurus bukan ambil masa yang singkat. Tiada jalan pintas untuk kurus. Ia ambil masa yang panjang jika mahu berkekalan kurus. Huhu..
Disiplinkan diri untuk kurus.
Semoga misi kurus di bulan puasa akan berjaya...

Sandwich Sedap di Avenue Cafe

Ini cerita sebelum bulan puasa dan baru sekarang nak share...huhu

Nama je kerja dalam bangunan hotel tapi tidak pernah merasa makan  dan lepak santai di Cafe Hotel Grand Seasons Avenue.

Jika tidak kerana hujan lebat dan angin yang kuat petang itu, kemungkinan sampai sekarng kami tidak akan merasa makan di dalam hotel yang mana terletaknya pejabatku. Sungguh naif kan kami ni.
Yela kami ni jenis spesies yang bukan nak menghabiskan duit makan di tempat- tempat yang mahal.
Lebih suka masak dan makan kat rumah

Okay berbalik mengenai cerita sandwich sedap di Cafe Grand Seosons Avenue. Merasa la kami makan sandwich ayam di petang yang dingin itu. Hujan lebat dan perut lapar.
Nak balik memang akan basah kuyup sebab En Hubby tidak bawa baju hujan. 
Keadaan kesesakan di KL menyebabkan En Hubby lebih suka hantar dan ambil aku dengan motosikalnya. Huhu..

Makan la kami berdua dengan romantik sambil bergelak ketawa disebabkan suatu peristiwa lucu yang terjadi ketika kami mula masuk ke dalam cafe tersebut. Biarlah aku dengan En Hubby je yang tau peristiwa lucu tersebut. 



Bersemangat En Hubby tuang botol cili sos. Maklumlah Sandwich banyak penuh pinggan.




Jenuh juga kami nak menghabiskan sandwich ini. Agak banyak. Rasanya sedap dan tidak mengecewakan. Memang berbaloi dengan harganya.

En Hubby ni bukan jenis suka makan sandwich sangat jika nak dibandingkan dengan isterinya yang suka jenis makanan mat salleh macam ni. Tapi komen positif yang diterima. Katanya sandwich sedap dan ada bagi hint nak repeat lagi..huhu. 

Inilah resit makan kami kat cafe tu. Saja simpan, senang nak rujuk kalau nak makan lagi. Order je finger sandwich yang sedap tu.

Ramen Samyang Sedap dan Pedas


Ramen Samyang yang merupakan keluaran salah sebuah syarikat makanan di Korea ini sebenarnya dah lama viral tapi aku yang agak ketinggalan. Baru nak rasa bagaimana tahap kesedapan ramen yang hangat diperkatan ini.Huhu..

Sebelum itu, jenuh kutip info jugak la melalui En Google mengenai kepedasan dan sijil halal yang dikeluarkan. Yela risau takut benda tak halal kan. 

Hasil carian, puas hati sebab ramen samyang ni ada sijil halal Korea. Tak was-was nak makan.

Jadi misi membeli ramen ni di Lazada pun bermula. Harga RM 30.90 termasuk postage. Agak murah jugak la.
Order pun cepat jugak sampai. Dalam beberapa hari dah sampai kat pejabat.



Inilah dia Hot Chicken Flavour Ramen.
Percubaan pertama makan, hanya letak separuh perencahnya. Agak pedas jugak.
Permulaan makan  tak pedas sangat. Kepedasan akan bertambah semakin lama kita makan.
Agak sedap. Mee nya kenyal dan gemuk-gemuk..huhu.
Nak habiskan satu paket banyak kali jugak berhenti makan sebab kuantitinya banyak dan kekenyangan untuk habiskan satu paket. 
Berbaloi jugak beli ramen ni.





Timun kononnya untuk mengurangkan tahap kepedasan tapi tak menjadi jugak. huhu..
Tetap terasa kepedasannya.
Cara masak ramen tak susah. Hanya rendam ramen dalam air panas selama 5 minit. 
Toskan air, tinggalkan sedikit air dalam bekas. Masukkan perencah banyak mana yang disukai. Gaulkan dan boleh makan.

Lepas ni nak cuba ramen samyang cheese pulak. 
Aku dah order online di Lazada jugak namun belum sampai lagi. 
Tak sabar nak rasa yang berkeju pula. Huhu...

Resepi Nasi Lemak Mudah

Hari ni hari ke 12 umat Islam berpuasa.
Selamat menjalani ibadah puasa semua.Tentu ada yang masih duk fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka puasa.
Bagi yang nak masak nasi lemak untuk berbuka, ini dia resepi yang boleh dicuba.
Ini resepi biasa sahaja. 
Tak berani nak cakap sedap sangat tapi air tangan sendiri lagi sedap dari beli di kedai kan.
Jom kita sediakan bahan-bahan :
  • Bawang merah dan halia dimayang
  • Beras dibasuh bersih
  • Daun pandan disiat-siat
  • Santan kotak (campur dengan sedikit air)
  • Garam secukup rasa
  • Ikan bilis dan kacang tanah yang telah siap digoreng.







Cara memasak :

Dalam periuk masukkan beras yang telah dibasuh bersih, bawang dan halia yang telah dimayang, daun pandan, santan kotak dan secubit garam. Anggaran santan yang telah bercampur air seperti kita masak nasi biasa. 

Mudah kan.


Boleh masak guna dapur gas atau periuk eletrik.

Biasanya jika masak untuk 2 orang makan, aku akan guna dapur gas. Sentiasa kacau sekali-skala bagi mengelakkan nasi melekat pada periuk dan tidak hangit.




Untuk resepi sambal bilis, boleh rujuk Sambal Ikan Bilis Mudah dan Tahan Lama

Susu Frisolac

Susu adalah makanan utama bagi bayi yang sedang membesar. Tanpa susu, tumbesaran bayi terbantut kerana banyak zat- zat yang diperlukan oleh badan tidak diperolehi. Ia akan mendorong kepada antibodi yang lemah, berat badan yang kurang dan tumbesaran tidak seiring usia.

Si kecik adalah anugerah terindah buat aku dan En Hubby. Jadi kami mahu yang terbaik untuk si kecik. Biar dia membesar dengan sihat dan sempurna.

Si kecik mula minum susu formula seawal dalam pantang disebabkan aku mengalami bengkak susu yang teruk sehingga tidak dapat menyusukan si kecik. Kesian si kecik pada waktu itu tidak tidur dan asyik menangis kerana kelaparan. Sebagai ibu yang melalui pengalaman pertama, banyak benda yang aku tidak tahu dan ilmu yang cetek dalam kaedah penyusuan bayi. Sememangnya sejak mengandung aku telah berniat untuk fully breastfeeding si kecik sehingga usia 2 tahun. Namun, kita hanya mampu merancang Allah yg menentukan nya. Walaupun bermacam ikhtiar tapi itulah terpaksa si kecik diberikan susu formula. Namun breastfeed diteruskan juga.

Susu formula pertama di kecik adalah Dutch Baby.  Susu ni susu mampu milik kerana harganya yang tidak mahal, lebih kurang RM 30 untuk 1kg. Hanya sempat bertahan selama beberapa minggu sahaja, si kecik menghadapi masalah muntah yang banyak minum susu ini. 

Aku kemudian bertukar kepada susu Neo Baby atas nasihat adik-adikku. Sempat habiskan satu tin kecil tapi masalah muntah dan muak si kecik masih tidak berhenti. Ibu mana yang tak risau jika si kecik muntah tersembur setelah menyusu atau ketika sedang tidur. Kangkala muntah sampai keluar melalui hidung.

Setelah mencari-cari susu yang sesuai dalam internet, aku bertukar susu kecik kepada susu Snow pula. Sekejap sahaja guna susu ini sebab si kecik buang air dengan najis yang berwarna hijau pekat. Muntah juga masih berterusan.

Setelah mencari maklumat-maklumat  di dalam internet, banyak info yang diperolehi. Perbandingan dibuat. Kami juga pergi klinik untuk jumpa Dr kerana najis si kecik yang berwarna hijau dan di kecik masih muntah. Si kecik telah diambil darah dan x-ray telah dibuat, keputusannya si kecik tiada masalah kesihatan yang kronik. Keputusan x-ray menunjukkan perut si kecik banyak angin ya g menyebabkan dia kembung dan muntah. Pada waktu itu di kecik berusia 4 bulan.

Aku sudah mula buntu mahu tukar susu apa lagi yang sesuai untuk si kecik. Dah banyak sangat try and terror. Si kecik seolah-olah jadi bahan ujikaji. Huhu..

Kebanyakan susu yang di cuba susu mahal namun tidak juga sesuai untuk si kecik. Aku tukar lagi kepada susu Enfalac A+ namun tidak juga sesuai. Harga susu Enfalac mahal jugak.

AKHIRNYA.....

Inilah susu formula terbaik untuk si kecik
Susu Frisolac Rumusan Bayi  Langkah 1. Sejak minum susu ni dari usia 6 bulan sehingga kini, Si kecik tidak lagi muntah atau muak susu. Najis si kecik juga berwarna kuning elok dan tidak lagi hijau pekat. Syukur kami telah menemui susu yang sesuai untuk si kecik walaupun susu ni agak mahal namun tidak mengapa. Kesihatan si kecik yang menjadi keutamaan kami. Lagipun di kecik dah berhenti bf sejak usia 6 bulan. Sekarang sepenuhnya bergantung kepada susu formula. Si kecik agak kurang makan jadi kami pejam mata beli susu mahal ni.

Dulu kami beli susu ni yang dalam kotak dengan harga RM 64.00, 600g. Tapi mampu bertahan selama 3-4 hari sahaja. Kami pun beli yang dalam tin 900g dengan harga RM 100.90 di Speedmart dan boleh bertahan selama seminggu. Lebih jimat guna dalam tin. Sebelum ni jenuh juga kami survey di macam-macam kedai untuk mencari harga yang rendah namun susah nak jumpa..Agaknya susu ni memang mahal sebab ia diimport dari Holland. Negara yang sangat bersih dan sudah semestinya kualiti susunya juga berkualiti tinggi.

Susu Frisolac yang telah habis. Sayang nak buang tin..Huhu..Kumpul dahulu baru buang. Kat sini dah RM 600 habis. Tin kosong ini mungkin boleh guna untuk simpan syiling..Huhu..



Buat masa sekarang, ini adalah susu yang terbaik untuk si kecik kami. Si kecik agak kuat menyusu sebab kurang makan.
Pernah terfikir untuk tukar kepada susu formula lain yang lebih murah harganya. Tapi perasaan risau si kecik tak boleh terima susu lain lagi membantutkan niat kami.
Alhamdullilah masih ada rezeki untuk si kecik kami..



Sambal Ikan Bilis Mudah dan Tahan Lama

RESEPI SAMBAL BILIS


Bahan-Bahan :

Bawang Merah 6 ulas - dikisar


Bawang putih 3 ulas- dikisar


Cili kisar 5 sudu besar


Air asam jawa


Serbuk cukup rasa maggie


Air secukupnya


Ikan Bilis  (anggarkan sendiri)





Cara Memasak :

Goreng ikan bilis yang telah dicuci bersih dalam minyak masak hingga sederhana garing. 
Toskan
Dalam minyak yang sama, tumis bawang yang dikisar sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar.
Kacau sehingga cili sedikit garing.
Masukkan air asam jawa dan air dengan sukatan yang banyak. (Anggarkan dapat menenggelamkan kesemua ikan bilis).
Biarkan sehingga mendidih. 
Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
Kacau sekali sekala.
Masak sehingga kuah agak pekat bagi memastikan ikan bilis lembut dan cili telah betul-betul masak bagi mengelakkan sakit perut.
Masukkan sedikit garam dan juga serbuk cukup rasa Maggie.

Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Mudah

Kari Ikan Bawal


Bahan-Bahan:

* Resepi untuk 2 orang makan
Ikan Bawal 2 ekor (jika besar seekor dipotong 3 bahagian, sekiranya kecil potong 2 memadai) dibasuh bersih dan ditoskan
Bendi
Halia, bawang merah dan bawang putih dimayang 
Daun kari
Bancuhan rempah kari ikan Babas atau Alagapas
Tomato ( tak letak pun tak pe)
Sedikit Halba
Sedikit serbuk jintan manis (tak letak pun tak pe)
Air asam jawa
Serbuk maggi secukup rasa

Cara Memasak:

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.  Aku guna periuk yang orang India selalu masak kari. huhu. Kalau tiada pun tak menjadi masalah, boleh guna kuali biasa.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang
masukkan daun kari dan sedikit halba dan serbuk jintan manis.
Tumis sehingga bawang sedikit kuning.
Masukkan bancuhan kari ikan. 
Kacau sebati. Bila mendidih sedikit masukkan air dan air asam jawa.Jangan terlalu pekat nanti kari cepat hangit. Anggar-anggarkan jumlah air. 
Jangan terlalu cari sangat kerana bila dah masukkan ikan nanti, air ikan juga keluar.
Biarkan kuah betul-betul masak. Kemudian masukkan bendi.
Bila bendi agak layu sedikit, masukkan ikan bawal.
Kacaukan sedikit.
Masukkan garam dan maggi cukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia dihidang.


Tips:
* Serbuk kari mesti letak banyak untuk bagi kuah pekat (sebab tak guna santan)
* Sekiranya kuah memekat setelah masak, boleh tambah air panas mengikut kesesuaian.


Agak senang kan resepi ini..huhu
Sedap dimakan dengan nasi panas dan ulam timun.

Lauk Ringkas dan Mudah Ramadhan ke 9


Hari ini merupakan hari Jumaat dan hari ke 9 kita semua menjalani ibadah puasa.
Terasa begitu cepat masa berlalu. Sudah seminggu lebih berpuasa..
Hari ini telah merancang untuk masak sebab lauk yang dimasak 2 hari lepas telah habis.
Nak masak satu jenis lauk yang ringkas dan satu jenis sayur yang mudah.

Sampai di kawasan rumah, terus ke kedai barangan basah bersama En Hubby. Sebelum ambil si kecik di rumah pengasuh, lebih baik beli barang-barang masak dahulu.
Beli karot 1 batang, serai 3 batang, daun kari, ikan bawal 4 ekor, tauge, daun kucai, halia, bendi 10 biji,rempah kari ikan Baba's dan daun limau purut.
Ikan bawal beli lebih sedikit sebab niat nak bagi lauk kat pengasuh si kecik
Jumlahnya RM 26.50.
Rasa macam murah pulak...huhu

Selesai ambil si kecik di rumah pengasuh yang selang beberapa buah rumah, melayan dengan dia sekejap. Solat Asar dan bermulalah urusan perang masak di dapur.
Inilah dia Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Mudah. Resepi boleh rujuk entry sebelum ini



Kari Ikan Bawal untuk kami sekeluarga. 4 Potong disedekahkan kepada pengasuh


Berjaya Hamil dan Kulit Wajah Berseri dengan WDEC


Women Desire Essential Cream (WDEC) merupakan sejenis krim yang menstabilkan hormon dalam badan wanita.
Aku pernah cerita secara ringkas mengenai krim ini dalam posting yang lalu bertajuk Anugerah Terindah Terindah Buat Kami.
Ia merupakan salah satu usaha dalam usaha berTTC yang mana dengan izin Allah SWT berjaya.
Bagi aku, krim ini sangat menakjubkan kerana banyak perubahan yang berlaku selepas beberapa hari pemakaian di mana badan rasa lebih ringan,bertenaga dan emosi rasa gembira. Kemungkinan ia mengeluarkan sejenis hormon 'happy' kepada si pemakai.
Nasihatku jangan mula pakai pada hari bekerja kerana bila mula pakai, akan ada healing process di mana ia menyahtoksin dari badan.
Pengalaman aku mula pakai hari sabtu, seharian aku terbaring kerana rasa pening dan mual..Hanya rehat dan tido di rumah.
Namun aku tetap konsisten pakai krim ni. Healing process yang dilalui pada hari pertama sahaja, pada hari berikutnya terasa perubahan pada diri.
Namun healing process ini bergantung kepada individu dan ianya berbeza.

Cara pemakaian yang aku amalkan pada tahun 2016..
Hanya calit sedikit di kedua-dua nadi pergelangan tangan mengikut arah lawan jam.
# Di bahagian bawah telinga ( nadi leher) kedua-dua belah dan bawah dagu dari gerakan bawah ke atas.
# Di bahagian kedua paha yang dalam, gerakan dari bawah ke atas.
# Di bawah pusat pula, gerakan ikut arah lawan jam.

Disyorkan sapu dua kali sehari setiap kali lepas mandi ketika badan masih lembap.



Sebenarnya aku tidak tahu kewujudan krim ini sehingga diperkenalkan oleh Ibu mertua yang kerja di hospital. Katanya ada kawan-kawannya yang mencuba dan ada yang berjaya hamil. Lagipun krim ini ada kelulusan KKM. Jadi tidak risau untuk dipakai. Krim ini sangat jimat hanya calit sedikit sahaja.Bau pun agak wangi
Ia menyerap masuk ke dalam kulit badan.

Kesan yang aku rasa sepanjang guna krim ini :
* Badan lebih segar dan bertenaga.. sebelumnya badan asyik lesu dan penat
* Mood lebih baik. Sebelum pakai mood selalu je swing..huhu
* Terasa kulit wajah lebih sihat, glowing dan cerah. Segan nak letak gambar sebagai bukti...huhu
*Hubungan suami isteri ada kelainan..Huhu..Tak perlu cerita panjang lebar ye

Dan yang lebih bermakna aku berjaya hamil dengan izin Allah SWT. Kiranya pakai krim ni belum sampai sebulan. Period lewat dan check upt..Positif. itulah perkhabaran yang sangat menggembirakan. Aku kemudian berhenti pakai walaupun baki krim masih banyak lagi. Risau untuk teruskan takut ada kesan sampingan pada baby. Pengalaman keguguran menyebabkan aku sangat berhati-hati menjaga kandungan.

Dan kini tahun 2018, aku kembali guna semula krim ajaib ini..Huhu..Aku mula guna pada 21 April yang lalu. Beli kat lazada dengan harga RM 75 termasuk postage.
Pejam celik dah sebulan lebih menggunakannya secara konsisten dan krim masih banyak lagi. Rasanya cukup untuk 2 bulan lagi ( lebih kurang).
Kesannya..Insyallah akan diceritakan nanti. Sekarang ada perubahan sedikit dari segi mood, badan rasa bertenaga sedikit dan kulit wajah pun ada perubahan.
Akan terus konsisten pakai krim ni.






Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenainya krim ajaib ni boleh melayari website
 https ://www.adleesyabeauty.my/
Ini adalah iklan tak berbayar..Huhu
Diharapkan entry ini berguna kepada yang sedang ber TTC Dan sedang mencari produk kecantikan.



Ayam Masak Kicap Simple

Assalamualaikum wbt..
Hari ni nak kongsi lauk berbuka puasa Ramadhan ke 6.
Puasa hari ini agak mencabar sebab aku dan En Hubby tidak bangun sahur..Huhu
Memang kami tido mati betul sebab langsung tidak dengar bunyi alarm handset.
Agak letih juga mengharung sepanjang hari. Tapi rutin harian tetap dilakukan seperti biasa.
Balik kerja jam 4 petang tapi En Hubby lambat ambil.
Aku siap- siap solat di opis.
Sampai rumah, terus pergi kedai runcit beli ayam dan sayur kangkung.
En Hubby request nak makan nasi lauk ayam masak kicap & sayur kangkung goreng belacan.
Cukup lah satu jenis lauk sahaja.
Jangan membazir ye di bulan puasa. Huhu..
Untuk di kecik pula ada ubi keledek yang dibeli masa pergi Cameron Highlands aritu. Aku rebus dan lenyek.
Si kecik suka sangat sebab rasanya yang manis.
Kami kalut buka puasa, si kecik pun kalut nak makan jugak.
Kami bergilir-gilir buka. Mulanya En Hubby makan dulu, aku suap di kecik..
Panjang pulak intro. Huhu
Sebenarnya nak kongsi resepi ayam masak kicap. Resepi ni diajar oleh Ibu mertua. Sedap pada kami.huhu

Bahan-bahan :
Ayam
(dipotong kecil-kecil seekor ayam aku guna separuh) dilumur garam kunyit
Rempah 3 jenis
 (bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
*Halia
*Bawang merah
*Bawang putih
Bahan-bahan bertanda * dimayang halus
Asam jawa
Cili kisar 3 sudu besar
Kicap masin
Sedikit gula

Cara Masak :
Goreng ayam dan ketepikan
Tumis rempah dan bahan-bahan yang dimayang halus dalam minyak. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan cili kisar.
Tumis lagi
Setelah cili agak masak, masukkan air asam jawa dengan anggaran 2 cawan lebih. Agak-agak semua ayam tenggelam dalam kuali.
Masukkan kicap. Biar mendidih, baru masukkan ayam yang digoreng tadi. Biarkan menggelegak dan kacau agar tidak melekat. Biar kuah memekat. Lebih kurang buat rendang..Huhu.
Masak dengan lama hingga kuat pekat. Masukkan gula dan gaul sebati. Biar seketika dan padamkan api.
Boleh dihidangkan.
Peneman lauk ini adalah sayur kangkung goreng belacan.

Bahan-bahan :
Kangkung satu ikat
Bawang merah
Bawang putih
5 biji cili padi
Sedikit belacan
Udang kering

Cara Masak :
Kangkung disiang dan direndam dalam air. Ia bagi mengeluarkan pasir atau tanah yang lekat pada sayur tersebut.
Biasanya aku cuci 3 kali dan baru tos. Risau kan, termakan pasir.
Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan dan cili padi ditumbuk kasar.
Tumis bahan tumbuk bersama udang kering sehingga naik bau.
Kemudian masukkan kangkung. Kacau sebati dan taburkan sedikit Maggie cukup rasa.
Bila dah agak layu boleh dihidangkan.
Garam tak letak sebab belacan dah cukup masin.

Resepi pantas dan senang dimasak.
Setelah siap masak dan hidang, azan berkumandang. Huhu..Memang betul-betul berperang di dapur. En Hubby yang jaga si kecik sepanjang aku memasak kat dapur.
Itulah lauk simple kami untuk 2 hari..Huhu.
Masak lagi bila lauk dah habis.

Gambar pula lupa nak snap sebab kelam kabut masak mengejar masa.






Sambutan Syawal 2018

Syawal akan disambut tidak lama lagi. Masa akan beredar dengan pantas dan kita bakal meraikan hari kemenangan.
Bila sebut sambutan raya, semestinya kebanyakan dari kita akan menganggap semua perlu ditukar baru. Baju raya,kasut raya,perabot raya,biskut raya, kereta raya, duit raya dan macam-macam lagi yang berkait dengan raya.

Tentunya terbayang dalam pemikiran kita perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk sambutan raya. Memang jumlah yang agak besar untuk perbelanjaan raya jika semuanya hendak ditukar baru.Ia agak sinonim dengan semuanya baru. Bila sebut raya semua hendak baru termasuklah perabot dalam rumah.

Rasanya kita perlu mengubah tanggapan begitu dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini. Kita perlu berbelanja mengikut keperluan bukannya mengikut kemahuan.
Raya tahun ini bagi aku dan suami disambut dalam keadaan serba sederhana disebabkan musibah yang melanda ekonomi kami. Keperluan anak yang diutamakan dahulu.

Memandangkan kakitangan awam mendapat gaji awal bagi bulan raya iaitu pada 7 Jun, perancangan rapi perlu dibuat agar tidak kering kontang selepas raya. Tambahan pula, jarak gaji bulan Julai adalah 47 hari dari tarikh tersebut.

Azam perbelanjaan raya:

1) Baju raya aku dan anak telah dibeli. Jangan berkunjung ke jalan TAR,SOGO atau mana- mana pusat membeli belah dalam waktu ini kerana kemeriahan hendak menyambut raya mendorong akan mendorong kita membeli sesuatu yang bukan keperluan.

2) Tidak perlu kasut raya kerana banyak kasut yang masih boleh dipakai.

3) Tidak membeli biskut raya atau kerepek raya. Ia boleh dibuat sendiri. Tidak perlu banyak sebab kebiasaannya biskut raya tidak habis dimakan. Buat sedikit sahaja.

4) Hanya beli sehelai tudung bawal untuk dipakai bersama baju raya nanti.

Kain pasang dan kain baju melayu untuk aku, En Hubby dan si kecik. Kami beli awal pada 11 Februari yang lalu.

Kesimpulannya aku tidak akan membeli barang-barang yang telah ada dan masih elok dipakai. Beraya bukan bermaksud kita perlu berbelanja sakan. Apa salahnya memakai baju atau kasut yang sedia ada yang masih lagi elok digunakan.
Jangan membazir kerana tidak mahu menjadi saudara syaitan.

Raya tahun ini memang terpaksa berjimat cermat dan menghadkan perbelanjaan semaksimum yang mungkin kerana keadaan ekonomi kami yang dilanda musibah.
Kami redha kerana ini adalah ujian dari Allah yang terselit hikmah yang mungkin kami tidak tahu.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Resepi Masak Lemak Ikan Kembung

Assalamualaikum wbt..
Jarang sekali aku masak jenis yang bersantan. En Hubby kurang gemar kuah berlemak dan aku pula kurang mahir masak lemak.

Setelah kahwin, cara masak banyak dipelajari dari ibu mertua yang sekian lama memasak untuk suamiku. Jadi petua orang tua, jika ingin memikat perut suami perlu pandai masak masakan yang dimasak oleh ibunya.huhu. Ibu mertua pula seorang yang tidak kedekut berkongsi teknik masakan.alhamdulillah dapat Ibu mertua yang sangat sporting.

Tapi kali ni bukan resepi ibu mertua yang nak dikongsi. Resepi ini hasil pemerhatian ibuku memasak dan telah diolah mengikut citarasa sendiri. Masak untuk 2 orang makan

Bahan-bahan :
Ikan kembung 2 ekor dipotong dua
5 ulas kecil bawang merah
Lengkuas
Kunyit
Cili padi
Serai diketuk
Asam keping
Timun dipotong memanjang
Santan kotak ( anggaran)
Sedikit garam


Tumbuk bawang merah,cili padi,lengkuas dan kunyit. Satukan bahan tumbuk,ikan,serai,timun dan santan cair dalam kuali. Gaul sebati.


Baru pasang api. Masukkan asam keping
Biarkan seketika. Masukkan santan pekat dan garam


Padamkan api. Sedia dihidang


Sambal telur dan kangkung goreng belacan sebagai lauk sampingan. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...