Assalamualaikum dan apa khabar semua..Harap sihat semuanya selepas sebulan kita berpuasa dan masuk sebulan juga di bulan Syawal..Banyak makan sebab banyak jamuan dan rumah terbuka kan..Rasa sampai tak larat makan dah..Huhu
Lama juga aku tak post apa-apa story lepas raya sebab mood agak ke laut..Huhu dan agak busy ngan macam-macam macam hal kehidupan.
Hari ni Syawal terakhir baru datang mood untuk update blog..Jangan marah je..Huhu
Kali ni nak cerita sikit pasal aktiviti makan yang menjadi-jadi selepas raya kan. Maklumlah dah tradisi kat negara kita ni raya sebulan..Rumah terbuka a.k.a open house, jamuan raya kat pejabat pun sebulan jugak lah kan..
Saiz baju pun jika bulan puasa longgar pas raya jadi sendat dah..Hahaha..Ini kategori hidup untuk makan bukan makan untuk hidup..Huhu
Cerita pasal baju..Bukan nak riak tau..Saja nak ingatkan diri sendiri agar maintain berat badan..
Jamuan raya kat opis aritu aku pakai baju tahun 2012. ..6 tahun yang lalu..Alhamdulillah masih boleh dipakai lagi
Dah lama tak timbang berat badan selepas bersalin tahun lepas..Huhu..Jika sebelum kawen berat badan 40-43kg je.kurus sangat time tu.Selalu kena perli ngan orang..Dah kawen naik sedikit jadi 44-45kg.
Waktu mengandung berat sehingga 58 kg..Gemuk yang waktu tu..Dalam pantang berat turun 48kg..Sekarang tak tahu berapa kg..Harap berjaya mencapai berat 45kg ideal dengan ketinggian ( yang tak berapa nak tinggi ni)..
Sebulan berpuasa kita boleh je kawal makan. Apa kata selepas raya kita terus amalkan makan secara berhemah..huhu..Kawal pemakanan untuk badan yang sihat dan menghindari segala penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi,kencing manis,gaout dan pelbagai jenis penyakit yang sering menyerang rakyat Malaysia kini akibat terlebih makan.
No comments:
Post a Comment