Tiba masanya kita meraikan Syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa. Syawal untuk meraikan kemenangan dengan cara yang sederhana bukan berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.
Kali ni giliran kami sekeluarga beraya di Kelantan kerana tahun lepas tidak dapat beraya di Kelantan walaupun turn raya di Kelantan (sebabnya ada diceritakan dalam entry sebelum ini).
Jadi raya kali ni memang meriah sangat. Adik beradik bekerjasama masing-masing sponsor makanan. Sayang familiku...kali ni semua berkumpul. adik-adikku semua stay di Kelantan. Jadi kalau aku tak balik beraya di Kelantan, seolah-olah raya tak lengkap bagi famili Kelantan. Sayangnya mereka pada anak sulungnya ni...huhu.
Cerita pasal sponsor adik ke-2 sponsor biskut raya, adik ke 3 sponsor sate ayam dan daging 300 cucuk (rezekinya dapat APC dan kenaikan pangkat dikongsi bersama), adik lelaki sulung sponsor kambing seekor (mak masak lauk kari kambing di malam raya).
Jadi hari raya pertama menu memang banyak sampai tak larat nak makan.
Sate ayam dan sate daging |
Biskut raya hasil tangan adik ke 2 |
Macam-macam gelagat bila dah ramai. Aktiviti wajib di pagi raya. |
Kali pertama raya bertiga |
Wefie bersama adik ke 2 |
Si kecik bergambar bersama sepupu-sepupunya |
Posing raya ke 2 ketika beraya ke rumah datuk. Si kecik tak pakai sarung kaki sebab cuaca kat Kelantan waktu ni sangat panas membahang... |
Kesimpulannya raya kali ini sangat bermakna buat kami semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk berkumpul bersama keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment