Life is too short

Life is too short
Rasanya bukan tajuk lagu atau tajuk buku tapi tiba-tiba perkataan ni terlintas dalam fikiran di saat ini dan aku rasa nak bagi ulasan lebih lanjut mengenainya. Bukan dalam English ye..Huhu..Dalam bahasa melayu. My English is ke laut sedikit.

Okay life is too short..
Jadi hargai lah ia sebaik-baiknya..
Memang jika kita renung kembali masa berlalu dengan pantas. Usia semakin bertambah dan kita semakin menghampiri kematian. Kita tak tahu bila akan mengadap Ilahi. Bila bila masa sahaja kita boleh dipanggil. Semua sudah ditetapkan Alah SWT dalam qada dan qadarnya. Jadi setiap detik life is too short sebenarnya. Namun kita dituntut agar terus berjuang meneruskan hidup walau macam mana skali dugaan yang melanda hidup kita. Kita tidak boleh menyerah kalah. Perjuangan kehidupan tidak akan pernah selesai sehingga kita dijemput Ilahi.
Oleh sebab life is too short, sentiasa la kita beramal dan sentiasa taat dengan perintah Allah. Jangan melakukan dosa-dosa yang sememangnya dilarang.

Life is too short..
Jangan kita mencipta hubungan yang tidak baik sesama manusia. Berbaik la sesama kita kerana life is too short. Tiada gunanya kita bermasam muka kerana kita semua akan ke tanah juga suatu hari nanti. Hargai lah persaudaraan yang ada sebaik mungkin.

Life is too short..
Sesungguhnya apa yang kita usahakan. Sekarang masih belum selesai. Jika masih belum membuahkan hasil, jangan berputus asa..Teruskan berusaha..

Life is too short..
Jangan membuang masa, teruskan perjuangan yang masih belum selesai.

# ini hanya peringatan untuk semua dan diri sendiri juga.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...