Jenuh duk pikir nak masak apa untuk potluck dan jamuan raya unit di pejabat pada bulan lepas.Akhirnya dapat idea nak buat makaroni goreng. Malamnya terus ajak En Hubby pergi pasaraya beli bahan-bahan untuk masak.
Setelah balik dari pasaraya sebelum tidur dah potong siap-siap bahan untuk masak dan letak dalam peti ais.
Bangun seawal jam 4 pagi untuk masak. Alhamdulillah ramai boleh makan dan dapat pujian sedap...huhu
Bahan-bahan :
~ Makaroni Prego 2 paket direbus selama 10 minit bersama minyak zaitun dan sedikit butter
~ sebiji capsicum dipotong dadu
~ daging ayam kisar Ramli
~ sosej dipotong kecil
~ isi ayam dipotong dadu
~ bawang merah, bawang putih di blend
~ sos tiram
~ sos cili
~ cili kisar
~ kicap
~ sos tomato
~ garam
~ gula
~ butter
~ 1 biji telur
Cara memasak:
~ rebus makaroni dalam air mendidih. Letak sedikit garam dan mentega. Ikut arahan yang tertulis di paket makaroni. Setelah masak toskan.
~ dalam kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan 2 sudu mentega ( saya guna mentega SCS).
~ tumis bahan-bahan blend sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Tumis sehingga agak masak.
~ Masukkan isi ayam dan daging kisar. Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali-sekala untuk elak hangit.
~ Masukkan sedikit air. Biar seketika.
~ Masukkan sosej dan capsicum. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau.
~ Bila agak pekat sedikit masukkan makaroni yang telah siap direbus.
~ Kacau sehingga sebati. masukkan sedikit gula dan garam.
~Siap.
*Gambar lupa nak ambil sebab mengejar masa untuk bersiap ke tempat kerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ceritaku
Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm
Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...
-
Susu adalah makanan utama bagi bayi yang sedang membesar. Tanpa susu, tumbesaran bayi terbantut kerana banyak zat- zat yang diperlukan oleh...
-
Ini adalah iklan tidak berbayar. Penulis hanya ingin berkongsi cerita mengenai keberkesanan serum yang penulis guna. Penulis sebenarnya ...
-
Sudah lama simpan hasrat nak buat tart nenas sendiri. Akhirnya berjaya juga. Ingatkan susah tapi sebenarnya takde sesusah yang aku bayangkan...
No comments:
Post a Comment