Ini cerita open house di bulan Syawal yang baru berlalu...
Bersempena bulan Syawal, aktiviti makan semakin menjadi-jadi. Sana sini ada je jamuan makan tak kira lah secara potluck atau pun sponsor dari syarikat atau tempat kerja. Tidak terkecuali di pejabat ku iaitu di unitku sendiri ada buat potluck untuk majlis raya unit. Walaupun staf tak ramai tapi makanan boleh tahan banyak siap boleh jamu makan satu pejabat lagi. Alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama.
Untuk potluck Jamuan raya ni aku bangun seawal 4 pagi untuk buat makaroni goreng. Gigih kan..Huhu... Alhamdulillah berbaloi dapat pujian sedap dari orang yang makan makaroni goreng.
Aku goreng 2 paket makaroni.
Biskut raya yang dibawa oleh ketua unit yang diterbangkan dari Sabah |
Makaroni goreng yang bertanda anak panah |
Pelbagai jenis makanan ada. Semua kekenyangan aritu. Aku makan ketupat palas dengan rendang sahaja. Tak boleh nak makan banyak sebab dah kenyang tengok makanan yang banyak..Huhu..Sebenarnya selepas raya selera makan jadi merudum. Mungkin sebab dah terbiasa kurang makan di bulan puasa.
No comments:
Post a Comment