Bahan Biskut Dan Kek Murah Di Bake With Yen

Ini cerita pada hari Sabtu yang lalu..

Kedai bakeri Bake With Yen (BWY) yang aku pergi terletak di alamat NO 18 & 20, Jalan Pekaka 8/4 Kota Damansara. Aku ertarik untuk pergi ke BWY sini setelah disyorkan oleh adik ipar yang pejabatnya sederet dengan kedai bakeri ini. Katanya barang murah dan banyak pilihan.

Sebelum pergi aku dah senaraikan siap-siap bahan-bahan yang perlu dibeli. Takut nanti terbeli barang yang tak perlu. Over budget pulak nanti. Belanja perlu secara berhemah..Huhu..Sebelum pergi juga dah seronok untuk beli barang biskut.
Melangkah masuk ke dalam kedai, hati berbunga-bunga dan jadi rambang mata. Kedainya besar dan banyak barang senang untuk membuat pilihan. Seronok sangat..
Rasa nak duduk lama-lama dalam kedai sebab nak tengok semua barang (scan dan buat perbandingan dengan tempat lain).
Sampai macam tu sekali..Huhu
Kesimpulannya kedai bakeri ini memang highly recommended.

Butter pun murah dan banyak pilihan. Kat kedai ni, butter jenama Anchor harga RM 9.00 berbanding di Mydin RM 11.29. Banyak kan beza. Jika butter Lurpark pula RM 8.80 seketul. Murah aku rasa sehingga nak beli banyak-banyak untuk buat stok. Tapi terpaksa kawal nafsu takut jadi membazir pula nanti. Aku beli butter Anchor 3 ketul dan Lurpark seketul sahaja. (Baru nak cuba rasa butter Lurpark macam mana)

Tepung kastard juga murah di sini, RM 3.80 untuk 1 kg dibandingkan dengan sebelum ini aku beli dekat Speedmart dengan harga RM 3.99 untuk 300g..Mahal kan. Jimat dan berbaloi beli di BWY.

Antara barang yang dibeli di BWY :
1. Paper doilies 250pcs- RM 2.55
2. Gold tape - RM 1.80
3. Silver tape - RM 1.80
4. Anchor butter salted - 3 ketul RM 27
5. Lurpark salted butter - 1 ketul RM 8.80
6. Baking muffins  cup - RM 6.10
7. Pineapple jam 1 kg- RM 7.00
8. Pineapple jam blueberry flavour 1 kg- RM 9.00
9. Pewarna purple - rm 1.80
10.Tepung kastard - rm 7.60 untuk 2 kg
11. Bekas biskut - 0.75 satu, rm 6
Jumlah rm 79 sahaja. Dapat banyak barang. Layanan pekerja kat sini juga mesra.
Secara keseluruhannya sangat berpuas hati dengan BWY.
Insyallah lepas ni sekiranya dapat banyak tempahan biskut atau kek, aku akan datang lagi.
' tak cari yang lain dah'
Kat sini boleh bayar guna debit card atau pay wave. TAK perlu nak bawa cash kat tangan banyak-banyak.

Inilah stok bahan-bahan biskut dan kek

Si kecik pun nak tolong jugak..Huhu..Dia pulak excited nak susun barang

Dua-dua brand butter ni sangat sedap

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...