Ubat Hurix's Berkesan untuk Si Kecil

Si kecik mengalami demam selsema selepas 3 hari cucuk untuk setahun pada 18 Julai yang lalu. Nak kata disebabkan suntikan tersebut tak jugak sebab lepas 3 hari baru demam. Kemungkinan di kecik berjangkit demam dengan kawan kat rumah pengasuh. Itu teori si ibu yang cukup risau jika si kecik mula demam. Bila di kecik demam sesi tantrum bermula dan di ibu ini terpaksa cuti untuk jaga si kecik. Rancangan untuk balik kg juga dibatalkan kerana family En Hubby datang melawat kami. Kita merancang Allah yang tentukan..Betul tak..

Okay berbalik pada cerita si kecik yang mula demam selsema dan batuk berkahak juga makin menjadi-jadi. Kesian dia serba tak kena, asyik menangis sebab demam dan batuk menyebabkan badan tidak selesa.
Jadi kami pun ambil keputusan beli ubat di farmasi. Nak bawa pergi klinik keadaan di kecik terkawal lagi. Suhu badan takde tinggi sangat.
En Hubby pergi farmasi dan ahli farmasi cadangkan ubat ni. 3 in 1 untuk demam,selsema dan batuk.


Ubat batuk yang berasaskan herba. 

Arahan yang terdapat pada kotak dan botol

Picagari yang sentiasa ada di rumah. Sekiranya si kecik demam sangat diperlukan.

2 hari si kecik diberi ubat ni mengikut ketetapan dan keperluan. Nampak ada perubahan. Demam dah surut. Namun batuk masih ada tetapi sudah berkurangan.
Ubat ni agak serasi jugak dengan si kecik. Kadang-kadang kahak keluar melalui muntah sebab si kecik xpandai nak buang kahak bila dia batuk. Hidung pulak masih berhingus sampi sekarang namun agak berkurangan. Si kecik cukup marah bila nak buang hingus. Cukup susah mama ngan ayahnya nak buang hingus.

Si kecik demam menyebabkan aku terpaksa amik cuti 3 hari. Menjaganya di rumah dan melayan dia yang kuat meragam..Biasalah anak-anak bila demam akan kuat meragam sebab tidak selesa. Kesian Si Kecik..

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...