Suamiku dan Bundle

En Hubby dan bundle berpisah tiada..Huhu..kalau En Hubby tahu aku wat entry pasal dia ni memang kena la.. Huhu..Nasib dia bukan jenis minat meneroka blogku ini.

Ini kegemaran En Hubby dari dulu lagi..Memang die minat bundle dan mengumpul jersi. Kalau pergi bundle tu boleh mengalahkan orang pompuan shopping. Dia akan habiskan masa berjam-jam dalam kedai bundle tu.

Dah minat sangat memang tak boleh buat apa. Memang dia sangat fanatik dengan jersi dan bundle. Jika dilihat semua jersi yang dia beli dah boleh buka kedai bundle huhu..
Kadang-kadang isterinya ini pun dipengaruhi jugak untuk ikut kegemarannya tu. Aku pun ada jugak terpengaruh sedikit itu pun sebab En Hubby yang belanja. Kalau nak keluar duit sendiri susah jugak rasanya. Maklumlah orang pompuan lebih suka barang baru.
Antara kedai yang dia suka berkunjung adalah di Jaymie Bundle Kota Damansara yang banyak menjual kelengkapan barang-barang outdoor. Kedai bundle lain yang beliau suka pergi adalah :

# Family Bundle

# Bonduru di Batu 3 Shah Alam

# Empire Bundle Kota Damansara

# Car Boot Sale Kota Damansara

# Heaven Bundle 

Jaymie Bundle di Kota Damansara

Si isteri yang tak berapa gemar bundle pun tumpang sekaki berposing di Jamie Bundle.

Nampak tak dia punya keterujaan dapat beg yang diminati di Jaymie Bundle

Sekarang ni En Hubby kerap ke Baden Baden Bandle di Setapak. Tempatnya yang agak besar dan ekslusif menarik pengunjung ke situ termasuk En Hubby. Dekorasi kedai bundle tu memang menarik dan sejuk kat dalam kedai kerana banyak penjuru dilengkapi dengan penghawa dingin. memang selesa untuk seisi keluarga kerana banyak sofa disediakan. Bawa si kecik lepak dalam kedai tu lama pun tak mngapa sebab sejuk kan. huhu.. si kecik pun dah terdedah dengan bundle. (hasil ajaran ayahnya).Waktu kemuncak adalah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Jika kat Baden Baden Bandle berjam-jam En Hubby boleh 'menyelam' (istilah bagi penggemar Bundle). Bermaksud mencari barang yang dikehendaki.
Istilah ni dapat dari En Hubby..huhu
Selain itu, En Hubby juga suka 'menyelam' kat pasar malam. Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni. Siap dukung di kecik sambil memilih pakaian bundle. Si kecik pulak muka redha jela ngan minat ayahnya tu.





Si kecik sudah diajar meminati barang Bundle..Hmm

Aku pun ada terikut juga dengan hobi En Hubby ni. Ada juga beli handbag dekat kedai bundle. Beg tangan yang aku beli agak fleksibel dan tahan jugak lah. Harga pun agak murah. Keadaan beg tangan tu pun boleh tahan lagi. Berbaloi jugak beli.

Inilah cerita mengenai minat yang amat sangat En Hubby terhadap barang bundle.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...