Rutin kehidupan dan bekerja di bandaraya Kuala Lumpur sememangnya sibuk dan sentiasa mengejar masa.
Dalam entry kali ini aku akan berkongsi rutin harian ke tempat kerja. Catatan ini sebagai satu cerita yang akan aku simpan sebagai rujukan pada masa akan datang. Mana tahu beberapa tahun akan datang aku akan bertukar ke tempat lain pula. Jika sebelum ini aku telah bertugas di negeri kelahiran cik siti wan kembang selama 6 tahun. Baru bulan april 2014 aku dan En Hubby dapat tinggal bersama setelah aku bertukar kerja ke KL.
Rutin ke tempat kerja memang jauh berbeza dengan tempat kerja sebelum ini. Kerja di sini setiap pagi aku mengejar masa.
Kebiasaannya aku bangun seawal 5.30 pagi. Mandi, solat subuh dan bersiap. Jam 6.15 aku turun dari rumah, panaskan enjin kereta dan bergerak ke stesen komuter yang ambil masa beberapa minit sahaja dari rumah. Lebih kurang jam 6.20 pagi aku telah sedia menunggu komuter tiba.
Aku biasanya sampai di stesen Bank Negara jam 6.50 pagi. Orang agak ramai waktu itu tapi boleh tahan lagi sebab komuter selepas iti memang padat seperti sardin. Jadi aku lebih suka naik komuter jam 6.30 pagi.
Tambang komuter dari stesen rumah hingga Bank Negara RM 1.50.Dari situ pula aku berjalan kaki stesen lrt Bandaraya. Tambang ke stesen Titiwangsa adalah RM 1.20.
Dari stesen Lrt Titiwangsa pula aku berjalan kaki ke opis yang ambil masa 6 minit dengan kelajuan yang biasa tanpa pecutan. Tapi berpeluh juga bila sampai ke opis. Aku biasanya akan sampai opis lima minit sebelum 7.30 pagi sebab aku masuk kerja 7.30 pagi dan balik 4.30 petang.
Ini serba sedikit rutin pergi balik kerja yang aku tempuhi. Walaupun badan agak letih tapi kepala tidak serabut untuk menempuh jem sekiranya aku memilih untuk memandu ke opis..
No comments:
Post a Comment