Keberkatan Rezeki


Hari yang sangat memenatkan akal dan fikiran. Penat memikirkan macam-macam hal  yang datang mengejut dan pelbagai kerenah manusia yang terpaksa dilayan di pejabat. Ia berkaitan dengan keberkatan rezeki yang diperolehi.
Jika selalu menolak atau mengelak atau mereka pelbagai alasan untuk melarikan diri dari kerja sehingga membebankan rakan sekerja yang lain, adakah rezeki yang diperolehi untuk diberi makan pada keluarga berkat?..
Manusia yang kaki kipas (malahan menjadi kaki aircond), hipokrit dan pentingkan diri sendiri di tempat kerja. Ada yang dalam meeting suka bercakap (walaupun hal tersebut menjatuhkan maruah orang lain) semata-mata untuk menonjolkan diri di depan bos dan rakan yang lain. Namun kerja sendiri selalu tertangguh dan menimbulkan masalah. Orang yang pentingkan diri sendiri dan suka menolak kerja memang akan menyusahkan orang lain.
Itu cabaran di tempat kerja yang perlu ditempuhi, berdepan dengan ramai manusia yang hipokrit, berlakon semata- mata untuk nampak sempurna di pandangan manusia sehingga lupa Allah yang menilai.
Kadang-kadang perasaan bosan ada bila berhadapan dengan manusia sebegini sebab aku sendiri bukan jenis kaki kipas, hipokrit dan pentingkan diri sendiri.
Bila kita selalu berlembut pula, senang dipijak- pijak.
Itu realiti di tempat kerja. Nampak senang tapi sebenarnya sukar. Rezeki yang berkat dan halal datang dari keikhlasan melakukan kerja yang diamanahkan.
Ini sekadar luahan dan pendapat. Aku selalu fikir jika kita melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin, Allah swt akan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka sebagai ganjaran atas kebaikan yang dilakukan.
Kesan dari duit gaji yang berkat juga ditunjukkan dalam bentuk mendapat anak yang mengengar kata, tidak menimbulkan banyak masalah, berjaya dalam pelajaran, kesihatan yang baik, wang yang sentiasa cukup dan diberikan ketenangan hati.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...