Hari ini bekerja seperti biasa setelah semalam bercuti umum sempena sambutan Deevapali. Aku bersiap di awal pagi bangun seperti biasa jam 5.30 pagi, bersiap-siap, kejutkan En Hubby jam 6.00 pagi setelah siap mandi. Biasanya En Hubby hantar aku sehingga ke tempat parkir kereta tapi pagi ini En Hubby mandi awal. Setelah siap solat subuh, En Hubby cakap nak hantar aku ke opis. Kami sarapan sama- sama di kafeteria berdekatan opis aku.
En Hubby buat ucapan sempena 11 November ( ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4). Aku pun turut ucap pada En Hubby.
Malamnya, En Hubby ajak dinner di kedai makan kegemarannya di Kg Melayu Subang. Walaupun tempat dinner kami bukan istimewa seperti restoren mewah atau hotel bertaraf 5 bintang namun kami cukup seronok. Ini cara kami, tiada sambutan yang mewah namun cukup bermakna. Sepanjang tempoh 4 tahun perkahwinan banyak suka duka yang dilalui dan ia semakin mematangkan kami. Terasa seperti baru melalui majlis perkahwinan. Banyak lagi yang perlu kami tempuhi kerana pelayaran bahtera ini masih jauh perjalanannya untuk menuju ke destinasi yang abadi.
No comments:
Post a Comment