Percubaan pertama kali masak apam strawberi. Resepi adalah hasil carian dengan Mr Google namun resepi ini aku olah sedikit sebab bahan untuk into tiada. Sepatutnya apam strawberi ini kena letak jem strawberi tapi sebab lupa beli, jadi aku tak letak inti. Alhamdulillah menjadi juga percubaan pertama kali. Boleh buat lagi di lain waktu. Satu sahaja benda aku aku kurang puas hati adalah bila hendak mencorak apam. Polkadot perlu dibuat dengan cepat sebab aku hanya guna plastik biasa yang digunting sedikit dihujung bucunya. Aku tak guna piping bag sebab tiada. Perlu pastikan lubang tak besar sebab nanti adunan akan keluar dengan laju dan polkadot menjadi sangat comot.
Apam ini aku bawak balik rumah mak mertua sebab kebetulan hujung minggu ni balik kampung En Hubby...
No comments:
Post a Comment