Sejak kebelakangan ni mood membuat biskut semakin menjadi-jadi. Asyik buat biskut, bagi kat family dan juga bawa ke pejabat. Sekejap je atas meja Pastu tinggal bekas. Semua puji sedap. Alhamdulillah..
Rasanya buat biskut ni dapat hiburkan hati dan dapat kepuasan jika biskut yang sedap dan menjadi. Kebanyakan biskut yang buat aku agihan kat famili dan bagi kawan makan. Saya suka buat tapi tak makan sangat..huhu
Tak sangka dah bagi orang makan, ada officemate adik ipar nak order.
Kebetulan satu petang saje suka-suka isi dalam balang kecik biskut semperit sebab bunga pecah 15 yang cantik. Ambil gambar dan post dalam grup whatsapp famili.
Adik ipar terus cakap kawannya nak 4 balang. Untuk raya pun nak jugak. Katanya sedap.
Jenuh jugak fikir nak jual berapa sebalang sebab guna butter yang agak mahal. Huhu..Akhirnya ambil keputusan jual murah-murah je sebab sememangnya minat buat kek dan biskut.
Rahsia semperit sedap adalah guna butter yang agak mahal dan bermutu tinggi seperti Lurpark, Anchor dan SCS.
Biskut jadi wangi dan cair lam mulut.
Aku guna resepi Semperit Daisy Azlina Ina. Sedap sangat..
|
Doh semperit bersama acuan tekan bunga pecah 15
|
Bunga pecah 15
Buat kecil-kecil baru cantik dan kemas serta senang makan.
|
Siap dibakar dan sejuk. Letak dalam satu bekas yang besar sebelum disusun dalam bekas plastik kecil |
|
Satu bancuhan dapat 3 balang lebih |
|
Satu balang mengandungi lebih kurang 50 biji.
Dijual dengan harga yang agak murah iaitu RM 17 sahaja. Harga butter dah mahal jadi tak ambil untung sangat. |
Semoga lepas ni bertambah tempahan terutamanya sebelum raya haji nanti.
Target nanti untuk buat tester Tart Blueberry Gulung dan Tart Nenas Gulung