Hari ini aku telah meluangkan sedikit masa dalam kesibukan dengan keje-keje opis untuk telefon Klinik Kesihatan Reproduktif PPUM bagi mengetahui mengenai apa yang patut aku lakukan untuk rawatan seterusnya.
Selagi tidak setel benda ini hati tidak tenang.
Dalam waktu keje ambil masa sekejap untuk telefon. Aku bagitau mengenai keputusan untuk buat rawatan HSG. Staf klinik yang menjawab panggilan telefon tersebut minta aku tunggu di talian. Terdengar beliau berbincang sesuatu dengan staf yang lain. Beliau menyarankan aku telefon semula pada hari pertama period akan datang untuk berikan tarikh rawatan tersebut. Pada waktu itu nanti aku akan berunding dengan doktor untuk prosedur rawatan.
Apa yang aku faham dari penerangan doktor sebelum ini, doktor akan buat scan rahim pada hari ke 2 period untuk mengukur saiz telur dan memberikan ubat clomid mengikut dos yang diperlukan. Itu rawatan melalui ubat clomid.
Sekiranya aku melalui rawatan HSG, jika keputusan menunjukkan tiub tersumbat, doktor menyarankan IVF. Jika tiub tidak tersumbat, rawatan seterusnya adalah IUI. Apa pun aku layan kan jela mana-mana yang terbaik untuk kami berdua dalam usaha mendapatkan zuriat.
Di sini ingin aku kongsikan mengenai layanan yang diterima di PPUM. Setakat hari ini aku berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang berurusan dengan PPUM. Perkhidmatan yang agak cepat dan kalau terpaksa menunggu pun tidak memakan masa seharian suntuk. Ada juga rakan-rakan yang syor aku buat rawatan di LPPKN namun biarlah aku cuba satu persatu. Kami tidak mahu mencampur aduk rawatan, nanti kami jugak yang pening dan lebih banyak masa dihabiskan.
Aku berdoa semoga rawatan yang bakal aku tempuh selepas ini tidak memberikan apa-apa masalah. Aku tidak mengharap lebih, cuma sentiasa berdoa agar Allah swt mempermudahkan urusan kami. Aamin..
No comments:
Post a Comment