Perjalanan TTC Kami

Tajuk kedengaran seperti suatu usaha yang berterusan dalam mendapatkan zuriat yang tentunya diimpikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Bagi kami, tahun 2016 merupakan tahun ke 5 usia perkahwinan dan beberapa usaha telah kami lakukan. Namun kalau diberikan gambaran mengikut graf, kemungkinan usaha kami ada naik dan turunnya. Bagi kami, bukan tidak bersungguh-sungguh dalam mendapatkan zuriat namun lebih yakin dengan kuasa Allah swt serta qada dan qadarNya. Jika kita berusaha gigih sekalipun jika Allah swt masih belum tetapkan ia rezki kita, Dia akan beri rezki dalam bentuk lain. Kita bersungguh-sungguh inginkan anak namun jika Allah belum izin, tidak dapat  juga kan. Oleh itu, berusaha dengan berterusan dan berdoa tanpa rasa putus asa.Allah Maha Mendengar. Yakin itu...

Kali ini akun ingin bercerita mengenai usaha yang telah kami lakukan untuk mendapatkan anak. Antaranya aku pernah berurut dengan bidan (2 atau 3 kali), minum jus qaseh gold, minum susu kambing dengan pil habbatus sauda, minum air buah zuriat dan macam-macam vitamin seperti shaklee dan asid folic. Kami juga sentiasa mohon ibu bapa kedua2 belah pihak doakan agar kami mendapat zuriat dan rasanya tanpa diberitahu mereka juga sentiasa mendoakan kami mendapat anak. Namun semuanya perancangan terbaik Allah kepada kami. Bukan gagal dalam usaha kami namun masih belum masanya.

Aku telah keguguran pada bulan puasa tahun lalu dan selepas habis pantang aku memulakan rawatan di Klinik Reproduktif PPUM.
Aku masih ingat lagi pada hari pendaftaran di klinik tersebut, nurse ada bagitau..awak taknak cuba secara semulajadi dulu ke memandangkan awak pernah keguguran.. aku senyum. aku mahu teruskan rawatan di situ kerana bimbang sekiranya ada masalah kesuburan.

Bermula dari situ, aku dan suami melalui pelbagai ujian di mana aku melalui vagina scan yang beberapa kali, ujian darah dan ujian sampel air mani suami. Kami melaluinya dengan tenang.
Pada 12 Jan yang lalu, kami ke Klinik Reproduktif PPUM kesekian kalinya untuk review result ujian yang telah kami buat. Bagi aku, hari yang sangat mendebarkan kerana risau jika ada masalah. Kami tiba awal. Setelah sarapan, kami terus ke klinik dan daftar. Berdebar juga menunggu untuk jumpa doktor bagi review result.

Setelah nombor giliran tiba, kami masuk berjumpa doktor. Kali ini doktor lelaki, muda dan cute plak tu..Doktor menyatakan result kami normal dan kami tiada masalah. Aku berasa sangat lega. Ya Allah syukur padaMu kami tiada apa-apa masalah untuk mendapat anak. Cuma Kau belum mengizinkannya. Mungkin kami masih belum bersedia lagi untuk mempunyai anak. Aku tersenyum lega pada waktu doktor menerangkan hasil result ujian yang telah kami lakukan. Banyak yang doktor terangkan dan aku bersungguh-sungguh mengingat. Bagi rawatan yang seterusnya, doktor  memberikann aku pilihan sama ada untuk rawatan HSG atau mengambil ubat kesuburan iaitu clomid. Panjang lebar doktor dan jururawat terangkan mengenai proses dan prosedur kedua-dua rawatan tersebut. Doktor menyarankan aku terus buat rawatan HSG namun beliau menyerahkan kepada aku untuk buat keputusan. Aku perlu hubungi kembali bagi menetapkan appointment seterusnya.
Kami balik dengan perasaan yang lega. Aku juga berbincang dengan En Hubby untuk rawatan yang seterusnya dengan menilai baik buruk dan faktor usia aku.
Seorang kawan aku yang telah berkahwin selama 6 tahun telah  hamil sebulan selepas menjalani rawatan HSG.
Aku telah banyak study mengenai HSG melalui en Google dan sehingga hari ini masih memikir mengenai rawatan tersebut.




No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...