Entry ini adalah mengenai keseronokan bercuti di kampungku pada hujung tahun 2015.
Balik kampung menjenguk famili di Kelate adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Fikirn rasa tenang , jauh dari hiruk pikuk kota dan dapat menyedut udara segar di kampung yang masih menghijau. Sungguh tenang dan damai bila berada di kamung halaman.
Hubungan dengan adik beradik yang sangat rapat, sepupu yang tinggal bersebelahan rumah nenek dalam kawasan yang sama dengan rumah ma menambah keakraban kami.
Alangkah seronoknya lepak di waktu petang sambil berborak-borak dan minum petang. Bergelak ketawa, berkongsi cerita suasana di bandar dan sebagainya menjadikan keadaan ceria. Lagi pula aku ngan En Hubby gemar melayan telatah anak-anak buah.
Tergelak kami dengan celoteh mereka yang kadang-kadang buat kami tidak kering gusi. Bukan kita boleh agak telatah budak-budak macam mane kan.
Anak-anak buah pula suka melayan kami berdua. Agaknya dorang faham kami tiada anak untuk dilayan. Mereka tempat bermanja, menghiburkan hati bila berada di kampung.
Boleh dikatakan bila balik Kelate, aktiviti kami menjadi padat. En Hubby suka melayan bundle. Kedai bundle pula banyak terdapat di sekitar Kota Bharu. Rasanya semua kedai bundle kat Kota Bharu En Hubby dah tau.
Yang jadi pemandu pelancong En Hubby adalah aku yang setia menjadi penunjuk arahnya. En Hubby tidak cekap dengan jalan di Kelantan dan masih tidak mengingat jalan-jalan tersebut. Mungkin sebab jarang balik Kelantan agaknya.
Selain bundle, En Hubby pengumpul tegar jersi team kegemarannya termasuk arsenal.Kalau balik Kelantan, tidak sah jika tidak menyinggah di Rantau Panjang untuk menyopping jersi kegemaran En Hubby.
Kami juga tidak melepaskan peluang makan nasi kukus yang sedap di bandar Kota Bharu iaitu nasi kukus Zaeman yang terletak berdekatan dengan Flat Buluh Kubu dalam bandar KB. Ia menjadi favorite En Hubby yang agak cerewet dengan makanan Kelantan. Katanye manis-manis belaka.
Selain itu, kedai roti canai cotek di Kubang Kerian juga wajib En Hubby pergi makan setiap kali balik Kelantan. Memang sedap, boleh buat teringat-ingat jer time menaip entry ni.
Aktiviti kegemaran kami yang lain adalah menghirup udara pantai bersama adik beradik dan ma. Makan keropok lekor fresh, makanan laut goreng celup tepung serta air coconut shake atau air kepala yang sungguh sedap memang menjadi kemestian bila berada di Pantai Irama, Bachok. Jarak perjalanan dari rumah ma dengan pantai tersebut 15 minit perjalanan dengan kereta.
Itu lah antara keseronokan yang kami rasai ketika menghabiskan cuti di bumi Kelantan.
No comments:
Post a Comment