Sudah lama balik bercuti di kampung namun sekarang baru berkesempatan untuk update cerita sepanjang percutian. Tiada yang istimewa tapi suatu yang menyeronokkan bagi kami berdua menghabiskan masa di kampung ku.
Ahad (27.12.2015)
Kami berdua tidak ke mana-mana walaupun bangun awal pagi. Hanya pergi rumah sepupu menjenguk sepupu yang mengalami patah kaki. Keadaannya bertambah baik. Waktu petang kami menghabiskan masa di rumah emak sahaja. Pada sebelah malam, baru kami keluar makan beramai2 di kedai sup belut yang sedap berdekatan rumah adik yang ke 2. Kami makan bersama Ma, ayah, adik lelaki bongsu, adik ipar, adik ke 2 serta anak-anak buah. Selepas makan kami melepak pula di rumah adik ke 2.
Isnin (28.12.2015)
Kami bangun awal pagi kerana ada perancangan dengan ma. kami ingin bawa ma ke Pasar Siti Khadijah untuk bahan-bahan mentah untuk makan tengahari dan malam. Sebelum membeli belah di dalam pasar, kami mengalas perut dengan makan roti canai di kedai makan berdekatan pasar tersebut. Kami berada di bandar Kota Bharu sehingga tengahari dan tidak sempat masak. Kami beli bungkus nasi kukus untuk makan di rumah.
Kami bangun awal pagi kerana ada perancangan dengan ma. kami ingin bawa ma ke Pasar Siti Khadijah untuk bahan-bahan mentah untuk makan tengahari dan malam. Sebelum membeli belah di dalam pasar, kami mengalas perut dengan makan roti canai di kedai makan berdekatan pasar tersebut. Kami berada di bandar Kota Bharu sehingga tengahari dan tidak sempat masak. Kami beli bungkus nasi kukus untuk makan di rumah.
Selasa (29.12.2015)
Kami keluar ke bandar Kota Bharu pada sebelah pagi. Kami beli hadiah untuk dua baby di Parkson tengah bandar kota Bharu. Tengahari makan nasi kukus Zaeman. lepas tu aku ngan En Hubby pergi rumah kawan baik masa kat opis lama untuk melawatnya yang dalam pantang melahirkan baby girl. Penantian selama 6 tahun, diberikan Allah seorang baby girl yang sangat comel. Rezki selepas menjalani rawatan HSG di HUSM Kubang Kerian. Aku tumpang hepi dengan rezkinya. Lama kami bersembang sebab lama tak jumpa. Aku siap bergambar dengan orang berpantang dan babynya.
Pada sebelah malam En Hubby mengajak ayah keluar makan roti canai cotek sedap di Kubang Kerian sambil lepak santai. huhu..
Rabu (30.12.2015)
Kami teman ma ke JPN Bachok untuk menukar kad pengenalan ma yang rosak. Urusan sangat pantas dan iad pengenalan baru akan siap dalam tempoh sebulan. Setelah siap urusan kami terus balik. Ondeway balik kami singgah di mini market dan lepas tu singgah beli tembikai di gerai tepi jalan.
Kami makan tengahari lauk ikan talapia bakar dan air asam serta kerabu pucuk paku. Sangat sedap..Sebelah petang aku ngan En Hubby keluar melayan bundle.
Khamis (31.12.2015)
Hari berjalan ke Pengkalan Kubur untuk shopping kononnya namun tak shopping sangat sebab harga barang kat sini lebih mahal berbanding di Rantau Panjang. Pergi dengan En Hubby sebagai pemandu tetap, ma, adik serta anak-anaknya.
Aku hanya beli shawl butterfly dan periuk setelah jenuh tawar menawar.
Kami pergi makan tengahari di kedai nasi kukus Zaeman dalam bandar Kota Bharu. Lepas itu kami balik rumah.
Jumaat (1.1.2016)
Hari Jumaat, penghulu segala hari di Tahun Baru 2016. Pada sebelah pagi kami keluar lagi bersama ma ke pasar pagi di Kedai Lalat.
Sesuai dengan nama tempat itu yang dipenuhi oleh orang umpama lalat. huhu..Sampai sahaja di pasar tersebut, aku dengan En Hubby berpecah kerana En Hubby hendak ke bahagian lain manakala aku dengan ma ingin mencari bahan basah. Kami mencari lauk untuk masak tengahari. Aku juga beli keropok keping untuk dibawa balik ke KL. Emak mertua sudah mengirim keropok keping untuknya.
Sebelah petang aku ngan En Hubby lepak rumah adik sambil buat brownies. Adik memang sebelum ini menerima tempahan kek selain keje opis. Semenjak pregnant, die stop buat kek. Memandangkan die stop dulu sebab pregnant, banyak la bahan-bahan kek yang disedekahkan pada aku untuk bawa balik ke KL. Adik aku jenis yang minat beli bahan-bahan kek. Dah macam kedai kek rumahnya. Semua ada...Brownies yang kami buat menjadi dan sedap.
Sabtu (2.1.2016)
Kami keluar lagi melayan bundle. Balik dari bundle kami lepak je kat umah ma kerana esok kami akan bertolak balik ke KL. Pada mulanya kami plan nak balik arini namun plan ditunda sebab rasa tak puas menghabiskan cuti di kampung.
Ahad (3.1.2016)
Kami bertolak balik ke KL ikut Grik. Kelainan kali ini. Dalam perjalanan kami singgah ambil udara segar di Hentian Banjaran Titiwangsa. Kami berehat sekejap di situ sebelum meneruskan perjalanan. Kami kemudian singgah makan di Restoren Tasek Raban. Ikan talapia bakar dengan sambal tempoyak memang membuka selera kami berdua.
Peneman sepanjang perjalanan kami |
Itu lah percutian kami yang amat menyeronokkan. Menghabiskan masa bersama keluarga, melawat tempat kegemaran dan makan sepuas-puas makanan Kelantan.
No comments:
Post a Comment