Buku Biografi Agung Nabi Muhammad S.A.W

Pertama kali baca buku ini masa bertugas kaunter. Kebetulan pada masa itu klien tak ramai. sempat la baca buku yang sememangnya ada kat rak buku kat situ. Buku ini yang menarik perhatian aku untuk dibaca...Biografi Agung Rasullah S.A.W.

 

Subhanallah sungguh agung akhlakmu ya Rasulullah SAW. Akhlak mulia yang tiada tandingan. Sungguh terpuji kepimpinan baginda dalam pemerintahan dan dalam institusi kekeluargaan. Dua kali aku baca buku ini baru dapat habiskan keseluruhan. Rasanya banyak kali sebak menahan airmata terharu dengan pengorbanan kekasih Allah yang agung ini. 
Sungguh baginda SAW amat menyayangi umatnya sehingga saat nyawa baginda SAW akan dicabut oleh malaikat maut pun baginda sempat meminta beberapa kali agar kurangkan kesakitan ketika nyawa dicabut pada umat baginda dan biar baginda yang menanggung kesakitan tersebut. Namun permintaan tersebut tidak diperkenan oleh Allah swt. Sungguh di saat- saat kewafatan baginda pun masih lagi memikirkan mengenai umatnya.
Sedih sangat bila fikir. Jadi terharu dengan kemuliaan hati seorang Rasul.
Namun lihat bagaimana umat Baginga sekarang membalas segala pengorbanan Baginda. Ya Allah rasa kerdilnya . Umat Nabi SAW di akhir zaman ini lebih banyak bergelumang dengan dosa.
Selagi punya masa dan peluang untuk bertaubat, bertaubat lah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah berjuang untuk umat Islam. Ibadat solat telah diringankan dari 50 kali sehari menjadi 5 waktu sehari sahaja ketika Israk Mikraj. Itu pun ada yang tak boleh mendirikannya sebaik mungkin. Begitu sejati kasih sayang dan cinta Rasulullah SAW pada umatnya.
Keseluruhannya, buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki bagi mengenali dengan lebih dekat kekasih Allah ini. Mengamal ajarannya dan menambah kecintaan terhadap Rasul sebagaimana Rukun Iman yang ke 4 iaitu Beriman Kepada Nabi dan Rasul.



No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...