Cucur Bilis untuk Minum Petang

Hujung minggu agak membosankan bila En Hubby bekerja. Puas menonton tv, aku tidur. Puas tidur, perut rasa lapar pulak. Masuk dapur, selongkar peti ais namun hanya tiada makanan yang boleh terus dimakan. Tiba- tiba terlintas untuk buat cucur memandangkan ada ikan bilis, karot, bawang besar di dalam peti ais. Bahan-bahan lain yang ditambah adalah garam, serbuk kunyit,telur dan cili giling..
Maka jadi lah untuk minum petang...

Cucur Bilis Dan teh o wangi..

Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu


Ini adalah perjalanan yang tidak dirancang pada 11.01.2015. Rupanya telah setahun berlalu.. Secara tiba-tiba En Hubby ajak aku ke Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. En Hubby memang jenis yang suka buat kejutan dan unexpected person (aku isteri yang berterus terang..huhu). Lagipun En Hubby sendiri pun mengakuinya, suka buat pergi berjalan-jalan tanpa buat perancangan. Berbalik pada cerita kami, En Hubby telah ke sana sebelum ini bersama rakan-rakan untuk mandi sungai. Jadi memandangkan isterinya belum pernah ke sana, En Hubby tidak mahu berlaku kejam..huhu..Dia pun bawa lah aku ke sana.

  
Ini berhampiran Empangan Sungai Selangor. Kami berhenti seketika untuk ambil gambar

  
En Hubby merenung jauh pemandangan yang luas terbentang..huhu (macam penyajak pulak)







Kami berjalan kaki untuk ke sungai yang agak ke dalam sedikit. Berpeluh-peluh jugak berjalan kaki untuk cari pemandangan sungai yang cantik.








  
Ini lah hasilnya. Sungguh cantik alam ciptaan Allah swt. Sejenak mengagumi kebesaran ciptaanNya.. Sangat mendamaikan dan rasa sejuk walaupun tidak mandi. Kami sedikit menyesal kerana tidak bawa baju untuk mandi manda kat sini. Kami hanya mampu berposing jela..huhu



Peta ini sesuai bagi yang ingin melakukan aktiviti jungle tracking atau bercamping di kawasan ini. Tempat ini memang cantik dan sesuai untuk mandi terutamanya bagi yang mahu ketenangan dan suasana menghijau.
Harap kami dapat repeat lagi untuk ke sini. Mungkin pergi beramai-ramai untuk camping atau berkelah. Insyallah.. 

Non Stick Pan & Kambing Perap Panggang



Tengok gambar macam beli serentak kan tapi sebenarnya beli berasingan walaupun pada hari yang sama. Kambing perap panggang dibeli kat opis pada harga RM38.00 sepeket 1000gm atau 1 kg..sajer nak try sebab membe-membe opis ramai cakap sedap. En Hubby plak suka daging kambing. Kira beli special untuk dia..huhu..aku pulak tak suka daging kambing sebab tak tahan bau hamisnya. 
Tapi kali ni rasa nak try plak.. mana tau kan pasni jadi penggemar daging kambing macam En Hubby..
Ok pasal non-stick frying pan tu plak memang beli pas waktu keje. Jumpe je En Hubby terus ajak pergi beli sebab nak guna panggang daging kambig perap tu nanti. Harganya RM 32.00 beli kat kedai peralatan dapur berdekatan dengan rumah. Sebenarnya dah lama nak beli tapi al maklumla kalo ngan En Hubby selalu cakap tak payah beli, kuali dah banyak la...tapi kali ini dia setuju pulak sebab yela nak panggang daging kambing kegemarannya..huhu
Malamnya kami dinner makan daging kambing panggang..Memang sedap dan takde rasa hamis yang ketara. Aku bagi 5 bintang..Tak rugi beli.

Mandi Sungai di Hulu Selangor

Hari ini public holiday sempena perayaan Thaipusam. aku dan En Hubby masih lagi menghabiskan cuti di rumah family En Hubby. Semalam penat di Manjung. Arini semua sambung tido selepas subuh. Lebih kurang jam 10 pagi, aku , En Hubby dan emak mertua kuar ke Tg Malim. Kami setelkan urusan bayaran bil dan ansuran bulanan kereta. Sebelum itu, kami pergi makan nasi lemak kat area UPSI. Aku plak nak beli sandal. masuk kedai kasut dengan emak mertua tapi takde yang berkenan. Aku ni buang tabiat ke ape kat Sogo berlambak kasut tapi taknak pergi beli pulak. Balik kampung baru rasa nak shopping.Pelik kan...huhu
Memandangkan pada sebelah petang, kami tiada apa-apa aktiviti dan bosan lepak di rumah, selepas makan tengahhari, En. Hubby mengajak seisi keluarga mandi sungai. Lagipun cuaca agak panas. Kami bersiap-siap dan bergerak ke Sg Inki, Kalumpang untuk mandi sungai. Turut serta mak mertua, bapa mertua, adik ipar dan satu-satunya anak buah belah En. Hubby....bukan main riang gembira kami mandi manda..xcaya tengokla gambar-gambar kat bawah ni...



Aku mula-mula jadi pemerhati sahaja tapi dek En, Hubby simbah air sampai aku basah dan tarik tangan..aku pun seronok mandi sungai sekali..


Adik ipar belanja aiskrim...

En Hubby merenung jauh...huhu



Seri Manjung

Selesai sarapan pagi di rumah makcik En. Hubby, kami pergi lepak-lepak di Jeti Marina Island. Cuaca memang sangat panas terik. Kami ambil gambar. Lepak sekejap. Inilah gambarnya...













Pada waktu tengahari kami keluar lagi ke Hospital Sri Manjung menziarahi kenalan famili emak mertua yang mengidap penyakit kanser usus. Lama sangat menunggu perbualan orang tua, aku ngan En Hubby sempat melayan internet..huhu


Selesai urusan melawat orang sakit, kami dengan tanpa sebarang perancangan terus menuju ke Pantai Teluk Batik bagi menghirup udara pantai di waktu petang. Kami lepak sehingga hampir masuk waktu maghrib. En. Hubby sempat lagi layan naik bot ronda pulau bersama anak buah si kecik sorang tu..huhu..












Balik Kampung En Hubby

En Hubby keje arini. Kami plan nak balik kampung. Jadi pada sebelah pagi aku tak buat apa. Kemas rumah ckit sambil tunggu En Hubby balik petang.
Petang En Hubby balik keje. Kami kemas barang pastu terus balik kampung En Hubby.
Hari Isnin Cuti Thaipusam jadi better kitorang spend masa di kampung dengan famili kecil En Hubby.
Sepanjang perjalanan kitorang tidak menyinggah di mana-mana. Sampai di rumah emak mertua pukul 5.30 petang kami yang memang kelaparan terus makan. Emak mertua dah masak gulai tempoyak ikan sepat, sambal belacan dan ikan goreng.




Dalam perjalanan ke kampung En Hubby keadaan awan gelap menandakan hari hendak ujan.

Malam kami (emak mertua, bapa mertua, adik ipar,anak saudara, En Hubby dan aku) bertolak ke Manjung. Kami sampai jam 12 tengah malam. Dalam perjalanan kami singgah makan di Restoren Ghulam Rasul kat Teluk Intan yang terkenal dengan masakan kari mamak dan ayam goreng berempah yang sangat sedap. Kami bermalam di rumah adik emak mertua.

Keseronokan Di Bumi Kelantan


Entry ini adalah mengenai keseronokan bercuti di kampungku pada hujung tahun 2015.
Balik kampung menjenguk famili di Kelate adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Fikirn rasa tenang , jauh dari hiruk pikuk kota dan dapat menyedut udara segar di kampung yang masih menghijau. Sungguh tenang dan damai bila berada di kamung halaman. 
Hubungan dengan adik beradik yang sangat rapat, sepupu yang tinggal bersebelahan rumah nenek dalam kawasan yang sama dengan rumah ma menambah keakraban kami. 
Alangkah seronoknya lepak di waktu petang sambil berborak-borak dan minum petang. Bergelak ketawa, berkongsi cerita suasana di bandar dan sebagainya menjadikan keadaan ceria. Lagi pula aku ngan En Hubby gemar melayan telatah anak-anak buah.
Tergelak kami dengan celoteh mereka yang kadang-kadang buat kami tidak kering gusi. Bukan kita boleh agak telatah budak-budak macam mane kan.
Anak-anak buah pula suka melayan kami berdua. Agaknya dorang faham kami tiada anak untuk dilayan. Mereka tempat bermanja, menghiburkan hati bila berada di kampung.
Boleh dikatakan  bila balik Kelate, aktiviti kami menjadi padat. En Hubby suka melayan bundle. Kedai bundle pula banyak terdapat di sekitar Kota Bharu. Rasanya semua kedai bundle kat Kota Bharu En Hubby dah tau.
Yang jadi pemandu pelancong En Hubby adalah aku yang setia menjadi penunjuk arahnya. En Hubby tidak cekap dengan jalan di Kelantan dan masih tidak mengingat jalan-jalan tersebut. Mungkin sebab jarang balik Kelantan agaknya.
Selain bundle, En Hubby pengumpul tegar jersi team kegemarannya termasuk arsenal.Kalau balik Kelantan, tidak sah jika tidak menyinggah di Rantau Panjang untuk menyopping jersi kegemaran En Hubby.
Kami juga tidak melepaskan peluang makan nasi kukus yang sedap di bandar Kota Bharu iaitu nasi kukus Zaeman yang terletak berdekatan dengan Flat Buluh Kubu dalam bandar KB. Ia menjadi favorite En Hubby yang agak cerewet dengan makanan Kelantan. Katanye manis-manis belaka.
Selain itu, kedai roti canai cotek di Kubang Kerian juga wajib En Hubby pergi makan setiap kali balik Kelantan. Memang sedap, boleh buat teringat-ingat jer time menaip entry ni.
Aktiviti kegemaran kami yang lain adalah menghirup udara pantai bersama adik beradik dan ma. Makan keropok lekor fresh, makanan laut goreng celup tepung serta air coconut shake atau air kepala yang sungguh sedap memang menjadi kemestian bila berada di Pantai Irama, Bachok. Jarak perjalanan dari rumah ma dengan pantai tersebut 15 minit perjalanan dengan kereta.
Itu lah antara keseronokan yang kami rasai ketika menghabiskan cuti di bumi Kelantan.

TTC di Klinik Kesihatan Reproduktif PPUM

Hari ini aku telah meluangkan sedikit masa dalam kesibukan dengan keje-keje opis untuk telefon Klinik Kesihatan Reproduktif PPUM bagi mengetahui mengenai apa yang patut aku lakukan untuk rawatan seterusnya. 
Selagi tidak setel benda ini hati tidak tenang.

Dalam waktu keje ambil masa sekejap untuk telefon. Aku bagitau mengenai keputusan untuk buat rawatan HSG. Staf klinik yang menjawab panggilan telefon tersebut minta aku tunggu di talian. Terdengar beliau berbincang sesuatu dengan staf yang lain. Beliau menyarankan aku telefon semula pada hari pertama period akan datang untuk berikan tarikh rawatan tersebut. Pada waktu itu nanti aku akan berunding dengan doktor untuk prosedur rawatan. 
Apa yang aku faham dari penerangan doktor sebelum ini, doktor akan buat scan rahim pada hari ke 2 period untuk mengukur saiz telur dan memberikan ubat clomid mengikut dos yang diperlukan. Itu rawatan melalui ubat clomid. 
Sekiranya aku melalui rawatan HSG, jika keputusan menunjukkan tiub tersumbat, doktor menyarankan IVF. Jika tiub tidak tersumbat, rawatan seterusnya adalah IUI. Apa pun aku layan kan jela mana-mana yang terbaik untuk kami berdua dalam usaha mendapatkan zuriat.

Di sini ingin aku kongsikan mengenai layanan yang diterima di PPUM. Setakat hari ini aku berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang berurusan dengan PPUM. Perkhidmatan yang agak cepat dan kalau terpaksa menunggu pun tidak memakan masa seharian suntuk. Ada juga rakan-rakan yang syor aku buat rawatan di LPPKN namun biarlah aku cuba satu persatu. Kami tidak mahu mencampur aduk rawatan, nanti kami jugak yang pening dan lebih banyak masa dihabiskan. 
Aku berdoa semoga rawatan yang bakal aku tempuh selepas ini tidak memberikan apa-apa masalah. Aku tidak mengharap lebih, cuma sentiasa berdoa agar Allah swt mempermudahkan urusan kami. Aamin..

Perjalanan TTC Kami

Tajuk kedengaran seperti suatu usaha yang berterusan dalam mendapatkan zuriat yang tentunya diimpikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Bagi kami, tahun 2016 merupakan tahun ke 5 usia perkahwinan dan beberapa usaha telah kami lakukan. Namun kalau diberikan gambaran mengikut graf, kemungkinan usaha kami ada naik dan turunnya. Bagi kami, bukan tidak bersungguh-sungguh dalam mendapatkan zuriat namun lebih yakin dengan kuasa Allah swt serta qada dan qadarNya. Jika kita berusaha gigih sekalipun jika Allah swt masih belum tetapkan ia rezki kita, Dia akan beri rezki dalam bentuk lain. Kita bersungguh-sungguh inginkan anak namun jika Allah belum izin, tidak dapat  juga kan. Oleh itu, berusaha dengan berterusan dan berdoa tanpa rasa putus asa.Allah Maha Mendengar. Yakin itu...

Kali ini akun ingin bercerita mengenai usaha yang telah kami lakukan untuk mendapatkan anak. Antaranya aku pernah berurut dengan bidan (2 atau 3 kali), minum jus qaseh gold, minum susu kambing dengan pil habbatus sauda, minum air buah zuriat dan macam-macam vitamin seperti shaklee dan asid folic. Kami juga sentiasa mohon ibu bapa kedua2 belah pihak doakan agar kami mendapat zuriat dan rasanya tanpa diberitahu mereka juga sentiasa mendoakan kami mendapat anak. Namun semuanya perancangan terbaik Allah kepada kami. Bukan gagal dalam usaha kami namun masih belum masanya.

Aku telah keguguran pada bulan puasa tahun lalu dan selepas habis pantang aku memulakan rawatan di Klinik Reproduktif PPUM.
Aku masih ingat lagi pada hari pendaftaran di klinik tersebut, nurse ada bagitau..awak taknak cuba secara semulajadi dulu ke memandangkan awak pernah keguguran.. aku senyum. aku mahu teruskan rawatan di situ kerana bimbang sekiranya ada masalah kesuburan.

Bermula dari situ, aku dan suami melalui pelbagai ujian di mana aku melalui vagina scan yang beberapa kali, ujian darah dan ujian sampel air mani suami. Kami melaluinya dengan tenang.
Pada 12 Jan yang lalu, kami ke Klinik Reproduktif PPUM kesekian kalinya untuk review result ujian yang telah kami buat. Bagi aku, hari yang sangat mendebarkan kerana risau jika ada masalah. Kami tiba awal. Setelah sarapan, kami terus ke klinik dan daftar. Berdebar juga menunggu untuk jumpa doktor bagi review result.

Setelah nombor giliran tiba, kami masuk berjumpa doktor. Kali ini doktor lelaki, muda dan cute plak tu..Doktor menyatakan result kami normal dan kami tiada masalah. Aku berasa sangat lega. Ya Allah syukur padaMu kami tiada apa-apa masalah untuk mendapat anak. Cuma Kau belum mengizinkannya. Mungkin kami masih belum bersedia lagi untuk mempunyai anak. Aku tersenyum lega pada waktu doktor menerangkan hasil result ujian yang telah kami lakukan. Banyak yang doktor terangkan dan aku bersungguh-sungguh mengingat. Bagi rawatan yang seterusnya, doktor  memberikann aku pilihan sama ada untuk rawatan HSG atau mengambil ubat kesuburan iaitu clomid. Panjang lebar doktor dan jururawat terangkan mengenai proses dan prosedur kedua-dua rawatan tersebut. Doktor menyarankan aku terus buat rawatan HSG namun beliau menyerahkan kepada aku untuk buat keputusan. Aku perlu hubungi kembali bagi menetapkan appointment seterusnya.
Kami balik dengan perasaan yang lega. Aku juga berbincang dengan En Hubby untuk rawatan yang seterusnya dengan menilai baik buruk dan faktor usia aku.
Seorang kawan aku yang telah berkahwin selama 6 tahun telah  hamil sebulan selepas menjalani rawatan HSG.
Aku telah banyak study mengenai HSG melalui en Google dan sehingga hari ini masih memikir mengenai rawatan tersebut.




Cabutan Bertuah








idahaffiz15
Rezeki Cabutan Bertuah
Rezeki di pagi Jumaat yang tidak disangka-sangka. Ada Mesyuarat Agung Kelab S & R di pejabat dan aku antara yang diberi rezeki ini. Alhamdulillah rezeki yang dikongsi bersama rakan-rakan unit yang lain...

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...