Sambal Udang Simple

Ini adalah lauk Ramadhan ke-13 kami suami isteri. Lauk ini boleh dimakan sehingga sahur Ramadhan ke-15 kami.

Perancangan awal untuk masak sambal udang petai. Namun En Hubby yang jenuh mencari petai di sekitar kawasan rumah namun tiada, maka terhasil lah resepi Sambal Udang simple.
Sangat Mudah disediakan.
Cepat dan ringkas.
Mungkin next time boleh dikongsikan Sambal Udang Petai pula.

Bahan-Bahan :

Udang  (anggaran 400gm)
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 3 atau 4 biji
Air asam jawa
Cili kering kisar 3 sudu besar
Maggie cukup rasa
Garam






Cara Memasak : 

Cili merah, bawang merah dan bawang puti dikisar bersama-sama.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar.
Masukkan cili kering kisar. Kacau sebati.
Tumis sehingga sedikit garing.
Masukkan air asam jawa. Kacau lagi. 
Masukkan udang, kacau sebati.
Tidak perlu tambah air yang banyak kerana air udang akan keluar.
Jika kering sangat baru tambah sedikit air
Masukkan garam dan serbuk maggie cukup rasa. Bila dah agak masak boleh la padam api.
Siap.
Mudah kan.




Kek Lapis Sedap


Kisah Kek Lapis yang sedap ini. Memang tak rugi beli..
Perkenalan dengan kek lapis ini adalah ketika perjalanan balik ke kampung En Hubby hari Ahad minggu lepas. 
Kami singgah di stesen minyak Petronas NKVE arah Damansara dengan tujuan nak cucuk duit sebab kononnya nak singgah beli baju raya si kecik dan barang dapur di Aeon Mall Rawang.

Ketika nak melangkah masuk ke dalam Kedai Mesra Petronas tersebut, aku terpandang banyak kek-kek yang beraneka warna lapisan tersusun di atas meja di luar kedai. Agak menarik perhatian, tambahan pula kek lapis memang kegemaran ku.Tengok dah nampak sedap. Terus beli satu bekas yang dah bercampur pelbagai perisa. Satu bekas harganya RM 30. Sama juga harga dengan sebiji kek yang lapis yang lain. 

Lepas buka puasa terus makan kek tu. Memang sedap, harganya pula berpatutan. Tak la mahal sangat.



Dah tinggal sedikit sebab banyak yang dah dimakan oleh si pembeli sendiri



Ada dapat kad ketika beli kek tersebut. aku try buka facebook KhadijahKekLapisPremium..
Wah...rupanya sangat meriah. Ramai yang suka dan memuji kesedapan kek lapis ni. Harga kek juga agak berbaloi dan mampu milik..huhu..

Bagi yang hantu kek lapis macam aku ni, rasa nak repeat je lagi..seriously delicious.. kata orang tua-tua..



Bubur Nasi Mudah Untuk Si Kecil

Si kecil Hafeeya sudah masuk 10 bulan dan boleh makan makanan separa pejal. Jadi memasak kepelbagaian bubur sangat menyeronokkan jika si kecil berselera makan makanan yang dimasak.

Bubur Karot Dan Ikan Bilis

Resepi yang senang disediakan. Boleh dimasak lebih dan dibekukan.

Bahan-Bahan :
Karot yang dipotong dadu kecil (telah dipotong siap-siap dan disimpan di dalam freezer dalam kuantiti yang banyak. Jika nak masak, senang..ambil je)



Karot yang dipotong dadu

Beras 1/2 cawan (dibasuh bersih)
1 sudu besar minyak zaitun
Serbuk Ikan Bilis *
Garam
Bawang merah dicincang halus


*Cara Membuat Serbuk Ikan Bilis
Ia lebih kurang sama dengan pati ikan bilis atau kiub ikan bilis. Yang berbeza jika kita buat sendiri ia tidak mengandungi msg dan bahan pengawet. Jadi untuk bayi lebih baik buat sendiri kan.

Serbuk ini tahan lama dan boleh disimpan dalam bekas kedap uadar dan letak dalam peti ais.

Ikan bilis yang siap dikopek, dibasuh bersih . Toskan
Sediakan kuali dan goreng tanpa minyak sehingga air kering.
Abaikan rupa kuali yang banyak berjasa. Huhu


Masukkan minyak zaitun dan goreng lagi. 
Setelah garing, padamkan api.



Biarkan suam dan boleh diblender kering.


Sedia disimpan dalam bekas kedap udara.



Cara Memasak Bubur Nasi




Dalam periuk, masukkan beras bersama karot dan air yang banyak (anggaran 2 cawan).
Masukkan bawang merah. Kacau hingga mendidih. 




Masukkan minyak zaitun, garam dan serbuk ikan bilis.



Kacau lagi. Tambah air panas jika nasi masih pejal. Masak sehingga menjadi bubur.
Mudah kan..
Si kecik suka makan. Berselera.
ikan bilis boleh digantikan dengan daging ayam atau seafood (isi udang atau ikan)



Inilah dia stok untuk si kecik. Bubur nasi boleh bertahan sehingga 3 hari kerana si kecik tidak kuat makan.
Selamat mencuba...




Tips Kurus Di Bulan Ramadhan

Apa khabar semua..Harapnya sihat dan masih meneruskan ibadah puasa di Ramadhan ke 15 hari...Tentu badan bertambah sihat sebab itu antara kelebihan berpuasa kan..Berat badan pula tentunya makin susut kan.Jika berat badan makin bertambah di bulan puasa ni tentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan corak pemakanan kita. Huhu..Bagi yang berhajat nak kuruskan badan eloklah kita ambil peluang di bulan puasa ini kerana ia mengajar kita dari menahan diri dari makan yang keterlaluan dan melatih diri mengawal makan.
Di sini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk cuba kurus di bulan puasa. Harap amalan ini berkekalan sehingga selepas raya nanti.

1) Amalkan berhenti makan sebelum benar-benar kenyang.Hanya diri kita yang tahu perut kita macam mana, banyak mana boleh terima makanan. Tak salah jika kita amalkan kerana ia antara amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Ini tidak, di meja makan ketika berbuka semua hendak makan.

2) Amalkan berbuka puasa dengan makan 3 biji buah kurma dan air suam terlebih dahulu. Lepas tu solat baru makan nasi dalam kuantiti yang kecil. contohnya semangkuk nasi, lebihkan sayuran dan lauk. Percayalah itu sudah mencukupi wlaaupun kita berlapar sepanjang hari. 

3) Jangan lupa kunyah makanan secara perlahan-lahan baru telan. Ia boleh mengelakkan kita dari makan dengan kuantiti yang banyak.

4) Banyakkan minum air masak di malam hari. Bulan puasa badan kita banyak kehilangan air. Jadi untuk menampungnya perlu banyakkan minum air masak. Ia tidak mengandungi kalori dan baik untuk sistem badan.

5) Setelah terawih, jika masih lapar lagi seeloknya makan lah buah-buahan atau kudapan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan pula waktu ni kita makan nasi sebab sahur nanti nak makan lagi. Biarkan perut berehat untuk sahur pula.

6) Siapa kata bulan puasa kita tak boleh membakar kalori dengan bersenam. Sebenarnya pergerakan di pejabat atau berjalan kaki boleh membakar kalori. Lakukan di siang hari dan jangan banyak tidur. Tidur di siang hari boleh, ambil masa 30 minit untuk tidur sebab kita dah bangun awal untuk sahur kan.

7) Bulan puasa mengajar kita mengubah pola pemakanan yang kurang sihat. Contohnya jika sebelum ini lebih kerap minum air manis,di bulan puasa cuba kurangkan minum air manis. Hadkan minum air bergula sekali sahaja sama ada waktu berbuka atau bersahur.

8) Amalkan makan buah kurma di waktu sahur. Ia sangat bagus kerana mengurangkan rasa lapar. Amal sebanyak 3 biji atau 7 biji mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Itu antara tips yang saya amalkan. Walaupun kadang-kadang menderhaka juga tapi bukan selalu. Sekali sekala kena juga bagi reward untuk diri sendiri asalkan tidak makan secara berlebihan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Selamat mengamalkannya pada yang rasa ianya bersesuaian. Cubalah mana tau berhasil kan. Nak kurus bukan ambil masa yang singkat. Tiada jalan pintas untuk kurus. Ia ambil masa yang panjang jika mahu berkekalan kurus. Huhu..
Disiplinkan diri untuk kurus.
Semoga misi kurus di bulan puasa akan berjaya...

Sandwich Sedap di Avenue Cafe

Ini cerita sebelum bulan puasa dan baru sekarang nak share...huhu

Nama je kerja dalam bangunan hotel tapi tidak pernah merasa makan  dan lepak santai di Cafe Hotel Grand Seasons Avenue.

Jika tidak kerana hujan lebat dan angin yang kuat petang itu, kemungkinan sampai sekarng kami tidak akan merasa makan di dalam hotel yang mana terletaknya pejabatku. Sungguh naif kan kami ni.
Yela kami ni jenis spesies yang bukan nak menghabiskan duit makan di tempat- tempat yang mahal.
Lebih suka masak dan makan kat rumah

Okay berbalik mengenai cerita sandwich sedap di Cafe Grand Seosons Avenue. Merasa la kami makan sandwich ayam di petang yang dingin itu. Hujan lebat dan perut lapar.
Nak balik memang akan basah kuyup sebab En Hubby tidak bawa baju hujan. 
Keadaan kesesakan di KL menyebabkan En Hubby lebih suka hantar dan ambil aku dengan motosikalnya. Huhu..

Makan la kami berdua dengan romantik sambil bergelak ketawa disebabkan suatu peristiwa lucu yang terjadi ketika kami mula masuk ke dalam cafe tersebut. Biarlah aku dengan En Hubby je yang tau peristiwa lucu tersebut. 



Bersemangat En Hubby tuang botol cili sos. Maklumlah Sandwich banyak penuh pinggan.




Jenuh juga kami nak menghabiskan sandwich ini. Agak banyak. Rasanya sedap dan tidak mengecewakan. Memang berbaloi dengan harganya.

En Hubby ni bukan jenis suka makan sandwich sangat jika nak dibandingkan dengan isterinya yang suka jenis makanan mat salleh macam ni. Tapi komen positif yang diterima. Katanya sandwich sedap dan ada bagi hint nak repeat lagi..huhu. 

Inilah resit makan kami kat cafe tu. Saja simpan, senang nak rujuk kalau nak makan lagi. Order je finger sandwich yang sedap tu.

Ramen Samyang Sedap dan Pedas


Ramen Samyang yang merupakan keluaran salah sebuah syarikat makanan di Korea ini sebenarnya dah lama viral tapi aku yang agak ketinggalan. Baru nak rasa bagaimana tahap kesedapan ramen yang hangat diperkatan ini.Huhu..

Sebelum itu, jenuh kutip info jugak la melalui En Google mengenai kepedasan dan sijil halal yang dikeluarkan. Yela risau takut benda tak halal kan. 

Hasil carian, puas hati sebab ramen samyang ni ada sijil halal Korea. Tak was-was nak makan.

Jadi misi membeli ramen ni di Lazada pun bermula. Harga RM 30.90 termasuk postage. Agak murah jugak la.
Order pun cepat jugak sampai. Dalam beberapa hari dah sampai kat pejabat.



Inilah dia Hot Chicken Flavour Ramen.
Percubaan pertama makan, hanya letak separuh perencahnya. Agak pedas jugak.
Permulaan makan  tak pedas sangat. Kepedasan akan bertambah semakin lama kita makan.
Agak sedap. Mee nya kenyal dan gemuk-gemuk..huhu.
Nak habiskan satu paket banyak kali jugak berhenti makan sebab kuantitinya banyak dan kekenyangan untuk habiskan satu paket. 
Berbaloi jugak beli ramen ni.





Timun kononnya untuk mengurangkan tahap kepedasan tapi tak menjadi jugak. huhu..
Tetap terasa kepedasannya.
Cara masak ramen tak susah. Hanya rendam ramen dalam air panas selama 5 minit. 
Toskan air, tinggalkan sedikit air dalam bekas. Masukkan perencah banyak mana yang disukai. Gaulkan dan boleh makan.

Lepas ni nak cuba ramen samyang cheese pulak. 
Aku dah order online di Lazada jugak namun belum sampai lagi. 
Tak sabar nak rasa yang berkeju pula. Huhu...

Resepi Nasi Lemak Mudah

Hari ni hari ke 12 umat Islam berpuasa.
Selamat menjalani ibadah puasa semua.Tentu ada yang masih duk fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka puasa.
Bagi yang nak masak nasi lemak untuk berbuka, ini dia resepi yang boleh dicuba.
Ini resepi biasa sahaja. 
Tak berani nak cakap sedap sangat tapi air tangan sendiri lagi sedap dari beli di kedai kan.
Jom kita sediakan bahan-bahan :
  • Bawang merah dan halia dimayang
  • Beras dibasuh bersih
  • Daun pandan disiat-siat
  • Santan kotak (campur dengan sedikit air)
  • Garam secukup rasa
  • Ikan bilis dan kacang tanah yang telah siap digoreng.







Cara memasak :

Dalam periuk masukkan beras yang telah dibasuh bersih, bawang dan halia yang telah dimayang, daun pandan, santan kotak dan secubit garam. Anggaran santan yang telah bercampur air seperti kita masak nasi biasa. 

Mudah kan.


Boleh masak guna dapur gas atau periuk eletrik.

Biasanya jika masak untuk 2 orang makan, aku akan guna dapur gas. Sentiasa kacau sekali-skala bagi mengelakkan nasi melekat pada periuk dan tidak hangit.




Untuk resepi sambal bilis, boleh rujuk Sambal Ikan Bilis Mudah dan Tahan Lama

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...