Gubahan Bakul Hiasan dari Bunga Telur

Bunyi tajuk di atas macam gempak kan. Macam nak buat gubahan untuk hantaran perkahwinan. Tapi sebenarnya hanya nak kongsi hasil 'keras' tangan ku yang biasa je.
Apabila perasaan bosan melanda, muncul pula idea kreatif (macam la aku ni kreatif sangat)...huhu..
Ceritanya bermula ketika sedang mengemas bilik belakang yang dijadikan stor simpanan barang- barang, aku terjumpa sejambak bunga telur yang dikumpulkan tidak tahu sejak bila.
Bunga telur yang dapat di majlis- majlis kahwin kenalan- kenalan dan saudara mara. Niat hati mulanya hendak buang sahaja tapi sayang pula. Ternampak pula bakul di sebelah tv yang nampak tidak menarik. Terfikir untuk menjadikannya menarik macam ini....


Inilah hasilnya gubahan bunga dari bunga telur yang terpakai. Dari buang lebih baik jadikannya hiasan. Sekurang-kurangnya ruang tamu nampak lebih berseri.

Happy Anniversary En Haffiz & Pn Ida

Hari ini cuti umum sambutan Deevapali. Walaupun cuti tapi aku bekerja..huhu..bukan bekerja di opis namun bekerja di rumah. Hari ini aku bertungkus lumus di rumah menyiapkan sambutan yang bakal dirai. Tahun ini aku berazam untuk buat sendiri persiapan sambutan. Bukan sambutan Deevapali yer .Jangan salah faham..huhu

Sebenarnya setiap tarikh 11 November adalah ulangtahun perkahwinan kami. Jadi aku nak sambut dengan cara kami pada tahun ini. Cara yang jimat dalam keadaan kenaikan harga barang kesan dari perlaksanaan gst. Jadi aku buat sendiri kad anniversary kami. Walaupun tidak cantik tapi amat bermakna untuk aku kerana sehari suntuk ambil masa untuk siapkannya ditambah lagi dengan kesakitan pinggang kerana fokus menyiapkannya. Kek anniversary juga aku buat sendiri. Dari pagi hingga ke petang aku siapkan kedua-duanya. Pada mulanya agak buntu untuk mereka kad ucapan namun akhirnya idea muncul setelah trial and error dilakukan.



Inilah hasil rekaan aku yang tak seberapa. Sekali tengok macam budak tadika yang buat jer..huhu 


Kek pula aku buat kek Russian Black n White 2 lapis jer ( sebab takut tak habis makan.. En Hubby memang tak suka makan kek). Ucapan di kad pula ikhlas dari hati untuk En Hubby tercinta.


En Hubby balik kerja ( kebetulan hari ni En. Hubby kerja) baca kad dan tersenyum. Ayat yang keluar dari mulutnya adalah " pandai sayang buat semua ni yer". Dapat pujian dari En Hubby jadi kembang sekejap...setelah siap semua, aku dan En Hubby siap berposing dengan kek dan kad ucapan ( agak poyo jugak lah kitorang ni kan ). Inilah sambutan anniversary kami yang kali ke-4. Kitorang tidak seperti pasangan lain yang buat sambutan dengan pergi bercuti, menginap kat hotel atau makan- makan kat luar. Masing- masing dengan cara tersendiri. Kami pula sangat teruja menyambutnya di rumah sahaja kerana lebih selesa untuk menghabiskan masa di rumah dari bersesak- sesak di luar sana. Itulah kami yang sangat selesa berada di rumah ibarat rumahku syurgaku...kami lebih suka habiskan masa di rumah dengan menonton tv di rumah di hujung minggu. Tapi bila dah keluar macam xjumpa jalan nak balik jer ( keluar pagi malam baru balik). Bila dah melepak kat rumah malas nak keluar..tambahan pula En Hubby langgan astro yang ada PVR kat rumah..rancangan2 yang direkod kami khatam pada hujung minggu. Bunyinya agak membosankan tapi kami seronok menghabiskan masa begini...


Kek Coklat Kukus berinti Ganache


Kedengaran agak pelik kan resepi yang aku post kali ini. Rupanya tak cantik sangat kan tapi jangan tak tahu ianya sangat sedap ( promote ckit). Buktinya aku bawa ke opis..licin dan mendapat feedback yang memuaskan dari opismate unit aku.
Sebenarnya aku teringin makan muffin coklat lava yang inti coklat cair di dalamnya. Namun apakan daya aku lebih gemar kukus dari bakar kek. Ada juga google resepi muffin lava tapi kebanyakannya bakar.
Resepi ini mengikut resepi biasa coklat moist kukus. Aku hanya mengubahsuai mengikut cara tersendiri. Kat tengah- tengah kek aku korek membentuk lubang kecil. Selepas itu aku piping ganache yang telah dibuat semalaman ke dalam lubang kek tadi. Apabila telah siap, aku masukkan ke dalam peti ais. Memang sedap rase kek ini yang lembap dan ganache yang lemak berkrim. Lain kali boleh ulang lagi.

Cucur Udang Simple

Dari awal pagi tiba-tiba teringin sangat untuk makan cucur Udang sebab dah lama tak buat. Setelah siap masak untuk makan tengahari (mood rajin memasak di awal pagi).
Kebetulan bahan- bahan untuk cucur Udang ada dalam peti ais kecuali daun kucai tapi kalau tak letak pun takpe...huhu. Keluarkn semua bahan dari peti ais. Maka bermula lah operasi buat cucur udang.

Udang, taugeh, cili giling, ikan bilis ditumbuk kasar. Bawang merah dihiris.

Gaulkan semua bahan dengan tepung gandum. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan sebiji telur. Gaul sebati semua bahan.

Ini lah rupanya setelah semua bahan sebati. Gorengkan.

Siap untuk dimakan bersama sos thai & air teh tarik.



Ikan Patin Masak Tempoyak

Hari ini adalah hari masak-masak sedunia..macam mane aku boleh kate macam tu adalah seharian aku memasak. Dari awal pagi aku memasak cucur udang, ikan patin masak tempoyak, sambal bilis...dan penutup di sebelah petang adalah kek coklat kukus..
Walaupun badan penat tapi rasa puas sebab dapat bagi suami makan kecuali kek coklat. En Hubby bukan penggemar kek. Kalo makan pun kek coklat kukus. Itupun tanpa topping..huhu
Okay menu pertama yang aku masak adalah ikan patin masak tempoyak. Kebetulan semalam keluar dengan En Hubby..tujuan asal pergi kenduri kahwin kawan En Hubby.. Selepas itu kitorang melencong ke Giant Seksyen 18 Shah Alam..selain ikan patin, aku juga beli sedikit barang dapur & barang kek..
Sebelum itu, En Hubby singgah beli sandal Adidas di Al Ikhsan Batu Tiga
(antara tempat favorite En Hubby). Waktu itu hujan turun dengan lebat. Keluar dari Al Ikhsan, kitorang makan cendol  dan rojak.
Kembali kepada cerita memasak gulai tempoyak ikan patin. Ini antara lauk favorite En Hubby. Yang paling menyelerakan baginya adalah sudah tentu masakan mak mertua aku..huhu.
Jadi untuk makan tengahari hari ni aku 'couple' kan dengan sambal ikan bilis.

Ikan patin dilumur dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir. Biarkan seketika dan baru dicuci sehingga bersih.

Tak perlu guna bawang. Hanya guna serai yang dititik, cili merah dan cili padi. Kisar kasar cili merah dan cili padi.

Gaulkan bahan kisar dengan 2 senduk tempoyak dan juga air dalam periuk. Gaul dengan tangan yer (baru rasa air tangan)..huhu..masak dengan api perlahan. Letak garam secukup rasa.

Ini lah rupanya ikan patin masak tempoyak yang telah siap.

Jalan Kaki Cari Makan

Bekerja pada hari Jumaat adalah menyeronokkan kerana waktu rehat yang panjang dari hari kerja biasa. Pada waktu ini lah boleh keluar makan lama sedikit dan berjimba-jimba (macam la aku suka sangat nak keluar hari bekerja)..huhu..
Disebabkan waktu ari jumaat,penghujung hari-hari bekerja, teringin untuk makan chicken chop dan juga mengelak dari makan nasi (OK tak alasan macam tu..hihi)..
Jadi mula lah mengajak opismate untuk cari tempat makan 'western food' sekitar opis. Bersama dengan 3 orang opismate, kami ambil keputusan untuk makan di Lepak Cafe..hanya jalan kaki dari opis. Harga makanan dan minuman kat situ boleh tahan jugak mahalnya tapi sebab nak merasa punya pasal makan lah jugak. Lagipun bukan setiap hari makan kat situ. Kalau setiap hari mahunya duit gaji kering kontang dibuatnya...huhu

Chicken chop

Cafe latte


Secara keseluruhannya, makanan agak kurang memenuhi selera aku. Kalau mengikut harga, chicken chop patut lagi sedap. Tapi kat tempat ini, kurang menyelerakan sebab bukan sos black pepper yang dihidangkan, lebih kepada sos mushroom..
Namun orang kata..tak cuba tak tahu kan macam mane..bile dah tahu..boleh buat keputusan untuk repeat makan ke tak kat sini..

Rutin Harian ke Pejabat

Rutin kehidupan dan bekerja di bandaraya Kuala Lumpur sememangnya sibuk dan sentiasa mengejar masa.
Dalam entry kali ini aku akan berkongsi rutin harian ke tempat kerja. Catatan ini sebagai satu cerita yang akan aku simpan sebagai rujukan pada masa akan datang. Mana tahu beberapa tahun akan datang aku akan bertukar ke tempat lain pula. Jika sebelum ini aku telah bertugas di negeri kelahiran cik siti wan kembang selama 6 tahun. Baru bulan april 2014 aku dan En Hubby dapat tinggal bersama setelah aku bertukar kerja ke KL.
Rutin ke tempat kerja memang jauh berbeza dengan tempat kerja sebelum ini. Kerja di sini setiap pagi aku mengejar masa.
Kebiasaannya aku bangun seawal 5.30 pagi. Mandi, solat subuh dan bersiap. Jam 6.15 aku turun dari rumah, panaskan enjin kereta dan bergerak ke stesen komuter yang ambil masa beberapa minit sahaja dari rumah. Lebih kurang jam 6.20 pagi aku telah sedia menunggu komuter tiba.
Aku biasanya sampai di stesen Bank Negara jam 6.50 pagi. Orang agak ramai waktu itu tapi boleh tahan lagi sebab komuter selepas iti memang padat seperti sardin. Jadi aku lebih suka naik komuter jam 6.30 pagi.
Tambang komuter dari stesen rumah hingga Bank Negara RM 1.50.Dari situ pula aku berjalan kaki stesen lrt Bandaraya. Tambang ke stesen Titiwangsa adalah RM 1.20. 
Dari stesen Lrt Titiwangsa pula aku berjalan kaki ke opis yang ambil masa 6 minit dengan kelajuan yang biasa tanpa pecutan. Tapi berpeluh juga bila sampai ke opis. Aku biasanya akan sampai opis lima minit sebelum 7.30 pagi sebab aku masuk kerja 7.30 pagi dan balik 4.30 petang.
Ini serba sedikit rutin pergi balik kerja yang aku tempuhi. Walaupun badan agak letih tapi kepala tidak serabut untuk menempuh jem sekiranya aku memilih untuk memandu ke opis..

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...