Kemeriahan Aidilfitri 2018


Tiba masanya kita meraikan Syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa. Syawal untuk meraikan kemenangan dengan cara yang sederhana bukan berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.

Kali ni giliran kami sekeluarga beraya di Kelantan kerana tahun lepas tidak dapat beraya di Kelantan walaupun turn raya di Kelantan (sebabnya ada diceritakan dalam entry sebelum ini).

Jadi raya kali ni memang meriah sangat. Adik beradik bekerjasama masing-masing sponsor makanan. Sayang familiku...kali ni semua berkumpul. adik-adikku semua stay di Kelantan. Jadi kalau aku tak balik beraya di Kelantan, seolah-olah raya tak lengkap bagi famili Kelantan. Sayangnya mereka pada anak sulungnya ni...huhu. Macam riak pun ada. Ibu bapa mana tak sayang anak kan. Tambah-tambah hari raya kalau boleh nak semua anak ada depan mata.


Cerita pasal sponsor adik ke-2 sponsor biskut raya, adik ke 3 sponsor sate ayam dan daging 300 cucuk (rezekinya dapat APC dan kenaikan pangkat dikongsi bersama), adik lelaki sulung sponsor kambing seekor (mak masak lauk kari kambing di malam raya).

Jadi hari raya pertama menu memang banyak sampai tak larat nak makan.


Sate ayam dan sate daging

Biskut raya hasil tangan adik ke 2

Macam-macam gelagat bila dah ramai. Aktiviti wajib di pagi raya.



Kali pertama raya bertiga


Wefie bersama adik ke 2

Si kecik bergambar bersama sepupu-sepupunya


Posing raya ke 2 ketika beraya ke rumah datuk. Si kecik tak pakai sarung kaki sebab cuaca kat Kelantan waktu ni sangat panas membahang...



Kesimpulannya raya kali ini sangat bermakna buat kami semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk berkumpul bersama keluarga tersayang.

Indahnya Balik Kampung Walaupun Jauh

Balik kampung..ooo..balik kampung...

Lirik lagu Allahyarham Sudirman yang sesuai berkumandang menjelang raya...

Kami mula bercuti pada hari Rabu dan bergerak seawal jam 4 pagi dari Petaling Jaya..Kononnya bujet orang tak ramai time tu..huhu..Punya gigih masukkan barang-barang dalam kereta pada malamnya.
En Hubby dah bagitau siap-siap tepat 4 pagi tayar kereta akan bergerak..Arahan big bos jangan diingkari...Dia punya istilah..huhu
Kami plan singgah sahur kat Mc Donald tapi org ramai sgt..pegi KFC pun ramai jugak...
Stress jugak bekal tak bawak tapi semua tempat penuh dengan orang. 
Penyudahnya beli sandwich ngan air milo kotak je sahur dalam kereta..
Dari Bentong ke Tol Gombak keadaan jalan jem teruk, kenderaan bergerak sangat perlahan..
Lepas tol Gombak kami berhenti tidur dalam kereta..termasuk si kecik memang nyenyak tidur sepanjang perjalanan..
Pastu ambil keputusan balik ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebab susur keluar ke Bentong sangat padat dan slow.
Ikut LPT lancar sakit walaupun kenderaan sangat banyak.
Semua tempat Rehat dan Rawat (RNR) juga padat.Jadi kami tidak menyinggah di mana-mana RNR.
Jam 11 pagi kami exit Tol Kuala Terengganu
Kami menggunakan waze sebab nak ikut jalan tepi pantai.
Perjalanan kami melalui Batu Rakit, Merang..
Memang sengaja ikut jalan tu sebab niat nak beli keropok lekor yang sedap dan murah di Setiu. Dulu masa kerja di Kota Bharu, jika outstation aku selalu singgah beli keropok lekor tu. 
Nama kedai tersebut Keropok Lekor Mengabang Tapah. Keropoknya sedap, kaya dengan rasa ikan fresh.
Ada kejadian potong barisan panjang ketika En Hubby beratur nak beli keropok lekor kat kedai tu. Makcik tu memang kena sound la..Huhu

Perjalanan diteruskan lagi setelah siap beli keropok lekor. kami melalui Kg Raja,Jerteh dan Besut. Kami singgah solat di masjid tepi jalan dekat Pantai Rhu Sepuluh..2 jam rest kat situ..Mandi & solat serta menguruskan si kecik.
Kami selamat tiba di kamupung halaman jam 3 petang. perjalanan yang santai dan banyak berhenti rehat sebab EN Hubby tak nak stress kan diri. Walaupun dia sedikit stress kat kedai keropok lekor..haha

Itulah cerita perjalanan balik beraya di kampung tercinta. Walaupun jauh dan penat,semunya hilang setelah menatap wajah ibu ayah tersayang.

Tips Packing Baju

Ini satu lagi tugas yang agak mencabar bagi seorang isteri dan ibu..Huhu..
Nak parking baju untuk travel atau balik kampung ni kena ambik mood dulu. Kadang-kadang boleh jadi berjam-jam baru selesai packing.
Agaknya sebab perempuan ni sangat teliti, semua benda ambil kira temasuk baju macam mana yang nak dipakai.
Biasanya aku lega sedikit kerana En Hubby packing sendiri bajunya.

Alhamdulillah dah kurang satu kerja.
Packing Baju sendiri ngan si kecik serta barang-barang keperluan seperti tuala dan toileteries je.

Aku ni kalau balik Kelantan macam nak angkut semua barang bawa balik..Huhu..
En Hubby selalu cakap kita balik naik keta bukan naik lori..Haha..
Tambahan ada si kecik lagi banyak barang nak bawa. Si kecik juga dipersalahkan..Huhu
Kali ni aku buat check list bagi menyenangkan kerjaku..Huhu.. yeke senang..

Prinsip untuk Berjaya dalam Hidup

Sebuah kejayaan tak datang bergolek. Ia memerlukan usaha dan kerja keras yang berterusan.
Bukan mudah untuk berjaya.
Lihatlah orang-orang yang berjaya dan terkenal di sekeliling kita.
Tentu tak ada yang cakap sangat mudah untuk berjaya dalam hidup.
Kebanyakan mengamalkan sikap tidak putus asa.
Sekali gagal bukan bermakna terus rebah, perlu terus bangkit walaupun berkali-kali rebah.
Teruskan berusaha.
Cabaran dan dugaan sentiasa ada bagi orang yang ingin berjaya.
Semuanya perlu ditempuh dengan sabar dan kental.
Jika kita buat sesuatu yang baru, tak kira cuba berniaga, menceburi pekerjaan baru atau berblogging.
Semua itu memerlukan usaha keras untuk berjaya dalam apa yang kita buat.

*Peringatan untuk diri sendiri

Bijak Merancang Balik Kampung di Musim Perayaan

Bijak merancang perjalanan balik kampung untuk sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal tiba akan menyenangkan kita
Rancang lah perjalanan dengan sebaik-baiknya kerana ramai orang akan membanjiri jalan raya.
Semua nak balik beraya di kampung kan.

Bagi yang balik jauh macam raya kami tahun ni lagi perlu merancang awal-awal.
Tambahan dengan si kecik lagi.

Perjalanan yang jauh dan banyak kenderaan di jalan raya.
Untuk raya kali ini, aku dah memohon cuti seawal 2 hari sebelum raya.
Kami balik beraya di Kelantan dahulu. Lepas tu baru gerak ke kampung En Hubby.
Aku amik cuti 5 hari untuk raya kali ni. Begitu juga dengan En Hubby.
Kami balik Kelantan awal untuk menghabiskan masa dengan famili lama sikit.
Sempat la kami berkumpul beramai-ramai buka puasa...mak ayah, adik beradik, ipar suai dan anak-anak buah..Mesti meriah..
Rumah mesti dah macam kenduri..
Jarang balik Kelantan mesti nak habiskan masa sebaik-baiknya dengan famili.

Kami merancang untuk bergerak balik awal pagi Rabu dan akan bersahur dalam perjalanan.

Aku duk fikir lagi sama ada nak masak untuk bawa bekal sahur atau beli je fast food ( sama ada McD stay burger King).

En Hubby cakap nasi lemak McD sedap jugak tapi aku tak cuba lagi. Jadi tak boleh nak komen..Huhu
Kami akan gerak jam 3 pagi pada hari Tersebut. Kalau si kecik tgh nyenyak tidur angkat je masuk keta.
Barang-barang kene masukkan awal dalam kereta sebab takut kalut masa nak bertolak.


5 Cara Berkesan Hadapi Situasi Sukar di Pejabat

Situasi sukar di sini merujuk kepada pelbagai ragam masalah di tempat kerja.
Dunia pekerjaan merupakan sebuah medan yang memerlukan kita berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Bukan semua yang sebumbung dengan kita dalam sesebuah organisasi berfikiran sama dengan kita.

Masing-masing berlumba untuk menunjukkan kebolehan, bijak mengatur bicara adalah lumrah manusia.
Ada yang sangat pandai bercakap tapi kerja tidak terurus.
Ada yang tidak mempunyai kebolehan berbicara dan membodek tapi kerja sangat bagus. Dan pelbagai lagi jenis manusia dalam organisasi.

Yang nyata kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan orang yang menyakitkan hati dan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Mengambil kesempatan bermaksud suka arahkan orang lain buat kerja yang tak sepatutnya dilakukan olehnya atau di depan ketua bercakap seolah-olah semua benda dia yang buat sedangkan mengarahkan orang lain menyiapkan kerjanya.

Memang sukar apabila terpaksa bekerja dengan orang sebegini.

Jadi kita perlu melakukan sesuatu :-

1- Bersabar, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Buat kerja seperti biasa. Lakukan tugasan yang diarahkan oleh ketua.

2- Sesekali sindirlah orang itu secara bijaksana dan berhemah.

3- Jika kita banyak buat kerja bukan kita yang rugi, orang yang menolak kerja yang  rugi sebenarnya. Kita akan lebih cekap dan mahir dalam sesuatu tugasan.

4- Jika sampai tak tahan sangat, berjumpa ketua dan bincang secara professional. Jika ketua tidak mahu layan, bertabah lah. Janji kita dah berusaha.

5- Ini pilihan terakhir, mohon pertukaran ke unit atau bahagian lain.

* Ini sekadar pendapat dan pandangan penulis, hasilnya bergantung kepada cara kita menangganinya.

Goreng Kubis Bunga Udang

Bahan-bahan :
Kubis bunga dipotong sederhana
Karoot dipotong ikut citarasa
Bawang merah 2 ulas - dimayang
Bawang putih 1 ulas - dimayang
Cili padi 4 biji dipotong dua
Sedikit udang segar
Sos tiram
Serbuk cukup rasa
Garam

Cara memasak :
Tumis bawang yang dimayang dan cili padi.
Setelah layu sedikit masukkan udang segar,sos tiram dan karoot.
Kacau sekejap.
Masukkan kubis bunga. Kacau sebati. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk cukup rasa.
Biarkan sayur layu sedikit dan boleh padamkan api.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple

Bahan-bahan :
Ikan keli 3 ekor saiz besar
(Seekor dikerat tiga)
Cili merah 4 biji- dikisar
Bawang merah 5 ulas- dikisar
Bawang putih 2 ulas- dikisar
Sos cili
Air asam jawa
Garam


Cara memasak :
Ikan keli dilumur garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Tumis sehingga garing sedikit.
Masukkan sos cili dan air asam jawa.
Masak agak lama sedikit. Masukkan sedikit garam. ( Jangan banyak sebab ikan keli dah dilumur garam kunyit)
Masukkan ikan keli yang telah siap digoreng. Gaul rata.
Padamkan api dan sedia dihidangkan.

Dilema Biskut Raya..Beli atau Buat?

Assalamualaikum wbt semua..

Rasa berada dalam dilema pulak..
Adakah tahun ni tiada biskut raya.. tapi macam tak best pulak raya tak buat biskut raya kan..
Tempah pun tak..

Aku masih duk pertimbangkan sama ada nak buat biskut raya atau beli sahaja satu jenis atau tak ada langsung biskut raya.
Adik ada request suruh buat biskut kacang. Katanya biskut kacang aku sedap.
Gebu je.. ( masuk bakul plak dah) huhu
Nak buat biskut rasanya macam mustahil bila memikirkan si kecik yang tengah aktif dan tak boleh jauh dari mamanya.
Lagipun bahan-bahan biskut dewasa ini agak mahal.

Bahan-bahan yang tak habis akhirnya buang juga sebab akan expired.
Banyak bahan kek dan biskut raya tahun lepas aku buang masa kemas kotak sebab bila check tarikh dah expired. Simpan lama-lama jadi sarang lipas plak.
Rugi dan membazir tak.
Nak beli biskut pula agak mahal dan belum tentu sedap.
Tengoklah macam mana nanti.
Tunggu mood raya datang dulu..huhu

Comfortable Sports Shoes


The title sounds like I really appreciate and love my sports shoes.

By the way, this entry just wants to share the story that I will never forget during my new job task.

It happened before I bought my new shoes. I have my old sports shoes that now maybe in garbage bin or landfill.
Very funny to remember it back. 

Better I call it as a tragedy and will take it as a lesson for me..huhu
It happened when I was a person in charge in one of my department program around February this year. It is volunteerism program that I was responsible in handling certificate given by Ministry (don't want to mention which Ministry).

I was a 'girl tray' ( in my office we call it girl tray) that hold the tray with a certificate and pass it to my Director.  I need to move from certificate place to pass it to my director. Unfortunately, during that time, my footwear was dated. So embarrassing...
Maybe it's my fault too because of didn't check before wear it.
Actually, the shoes may crack if we did not wear it for a long time and just keep it in the shoe rack. It happened to me.

Since that, I will ensure my shoe in good conditions before wear it. It became lessons for me...
Fortunately, there is Seven Eleven nearby. So that, without wasting time I bought new slippers there for temporary use until the program finish.

Now, I have my new sports shoes.
This shoe is quite expensive for me but it worth.
It comfortable to wear.

I bought it for sales and get the price at RM 139.00. It was RM 429.00 before less. Affordable right...
I got that lovely shoes in Sports Planet Warehouse Outlet at Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

That all my story for this time.
Hopefully, this information will assist others.





Lauk Ramadhan ke 18

Bahang raya dah semakin terasa, lagu raya juga telah mula berkumandang di radio dan PC di pejabat...huhu..
Mesti semakin kalut buat persiapan raya kan.
Hari ni seawal jam 8 pagi bergerak dan di rumah, kami telah rancang awal malam sebelumnya untuk ke Car Boot Sale Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Ia terletak di alamat Jalan Teknologi 3/8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,Selangor. Agak meriah, tambahan dekat nak raya. 
Kami bertiga termasuk di kecik tidak sambung tidur selepas sahur sebab nak sampai awal ke tempat jualan tersebut.
Kalau lambat mesti hari dah panas.
En Hubby dukung di kecik sepanjang 'window shopping' di situ.
Jangan salah faham,kami Window shopping barang-barang bundle.
En Hubby memang sangat minat bundle.
Niatnya nak cari seluar jeans bundle untuk raya namun tiada.
Aku pula nak cari tudung bawal. Ingat ade yang jual tudung baru..Huhu..Tapi memang ada cuma yang bundle. 
Takde pula yang menarik minat aku ( agaknya belum sampai masa nak beli tudung bundle)..Maaf, bukan riak tapi ntahla tiada yang berkenan di hati. Shawl banyak lagi dijual.
Hampir 30 minit kami tawaf tempat tu, si kecik makin bosan dan mula buat hal. Lagipun matahari semakin naik atas kepala.
Kami ambil keputusan untuk beredar.
Misi nak cari tudung raya tidak terhenti di situ sahaja, perlu diteruskan lagi. Huhu..
Nak pergi kedai tudung, jam baru pukul 9 pagi. 
Kami ambil keputusan pergi beli barang dapur dulu berdekatan kawasan rumah.
Buah kurma kat rumah pun dah habis. Perlu dibeli.
Beli jugak lauk ( udang,ikan bilis) untuk berbuka petang ini.
Paling penting, petai yang sekian lama dicari. Dah lama teringin nak masak sambal bilis petai.
Siap beli barang dapur, on the way balik En Hubby terpandang kedai tudung bawal tapi  tak sempat singgah sebab si kecik dah mula tidur. 
Plan nak singgah selepas balik kerja.

Sampai rumah, si kecik sambung tidur lagi. Aku pun ambil kesempatan terus masak.
Pukul 12 tengahari dah kat dapur. En Hubby cakap petang boleh keluar lagi kalau siap masak, takde terkejar-kejar kejar nanti untuk berbuka.
Kami tak suka berbuka kat luar.
Lebih suka berbuka puasa di rumah. Senang nak solat Maghrib kan.

Hari ini aku telah langgar prinsip satu lauk je sehari.
Ada 2 lauk untuk hari ni.
Takpe lah bukan selalu.
Bagi reward untuk diri sendiri dan En Hubby sekali sekala.
Masak dalam kuantiti yang banyak, boleh dimakan berulangkali, jimat masa dan tenaga. 



Ikan Bilis yang telah siap dikopek. Seronok mengopek ikan bilis. Nak masak senang..terus ambil je.


Saja beli petai banyak skit sebab susah nak dapat dan agak mahal. jenuh mencari petai akhirnya ada di jual di pasaraya..telah siap dikopek. Resepi boleh rujuk entry Sambal Bilis Mudah dan Tahan Lama. Hanya tambah petai last sekali.


Antara bahan untuk kari udang. Cara masak adalah sama masak Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Mudah. Untuk kari udang tak letak bendi.

Cara menyiang udang..hanya guntingkan hujung kepalanya. Kulit lebih suka dibiarkan kerana ia memberi rasa manis.huhu..Betul ke teori aku ni..



Sambal ikan bilis petai...masak agak lama baru tahan lama


Siap dimasak 


Semua siap dihidang..
Kari Udang
Sayur Kangkung Goreng Belacan
Sambal Bilis Petai
Tembikai
Buah Kurma

Sambal ikan bilis petai tu boleh makan untuk 3 hari..
Makin lama makin sedap pulak walaupun petai ada bau yang kurang menyenangkan..

Ada cara tau untuk kurangkan bau petai yang aku amalkan..
Caranya selepas makan petai, aku minum air nescafe atau hazelnut atau apa-apa apa air berkafein yang agak pekat bagi mengelakkan tandas berbau petai nanti.

Nafas berbau petai pula boleh dikurangkan dengan kunyah chewing gum sebab yang boleh. Tapi bulan puasa ni jangan amalkan. Malam bolehlah. Siang jangan wat lupa pula..huhu





Ikan Keli Goreng Berlada & Kubis Bunga

Ini cerita Ramadhan ke-16...

Hari ini ada gotong royong di pejabat bagi setiap bahagian/ unit. Gotong royong bersihkan ruang kerja dan bilik fail mengikut memo arahan yang dikeluarkan.
Asingkan setiap dokumen-dokumen yang perlu dan mana yang perlu dilupuskan diletak di dalam kotak.

Waktu rehat, aku lari sekejap ke Sogo. Dari pejabat aku menaiki LRT di Titiwangsa (Pekeliling) dan terus berhenti di stesen LRT Bandaraya. Terus masuk ke dalam Sogo. Agak senang tapi perlu berjalan kaki 5 minit dari pejabat nak ke Stesen LRT Titiwangsa.
Gigih juga ke Sogo sebab nak beli sarung kaki si kecik dan nak cari baju raya tambahan sebab sepasang baju raya yang ditempah dengan kawan pejabat tidak sempat disiapkan. Hanya siap sepasang sahaja.
Jadi setelah berbincang dengan En Hubby, kami bersetuju untuk cari baju gantian. Jika diikutkan hati memang malas sungguh nak bersesa-sesak di Sogo sebab confirm ramai orang yang mencari keperluan raya pada waktu ini. Memang ramai orang kat Sogo tambahan kat barangan bayi, bersesa-sesak orang memilih baju anak-anak. Nak beratur bayar memang barisan agak panjang. nasib baik kaunter bayaran banyak, jadi takdela lama sangat kena beratur. Agaknya sebab hari ni hari first sifar GST yang dah lama orang duk tunggu kan. Rakyat Malaysia ni memang banyak duit agaknya bila tengok kat tempat shoping di bulan puasa ni, semua tempat ramai orang membeli-belah. 

Sebenarnya si kecik dah ada 2 pasang blaus yang dibeli 2 bulan yang lalu. Tapi itulah mak ayah pulak yang over sebab first time beraya dengan si kecik.

Penat jugak ke Sogo dengan mengejar masa lagi. Berjalan kaki lagi di bulan puasa ni. Agaknya banyak kalori yang dibakar hari ni..huhu..

Balik kerja, terus masak sebab lauk dah habis. Jadi membakar kalori kat dapur pula. Hari ni lauk simple sahaja untuk berbuka sebab badan pun dah penat. Kebetulan dalam peti ais ada ikan keli yang dah siap dilumur garam kunyit dan bunga kubis. Hanya beli sedikit udang kat kedai dekat rumah.





Tung tang tung tang kat dapur, maka siap la lauk untuk berbuka petang ini.

Ikan Keli Goreng Berlada
Kubis Bunga Udang
(Lupa nak snap gambar fokus ikan keli goreng berlada)




Inilah juadah berbuka Ramadhan ke 16 kami. Tembikai memang selalu ada. Buah mangga tu diberi oleh pengasuh si kecik beberapa hari yang lalu. Baru teringat ada lam peti ais.


Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...