Goodies 1st Besday Si Kecik

Cepatnya masa berlalu. Si kecik sudah setahun. 
Kenangan di dewan bedah masih segar dalam ingatan bagaikan baru semalam melahirkan si kecik.
Sekarang di kecik sudah belajar bertatih. Setiap hari berlatih..Huhu..

Sebenarnya pening jugak nak buat sambutan besday si kecik kat rumah pengasuh. Try Google pasal sambutan besday di rumah pengasuh tapi tak jumpa info..tanya jugak kawan-kawan pejabat, kebanyakan tak bagi apa pun kat rumah pengasuh untuk besday anak.Agaknya parents tak sambut besday anak kat rumah pengasuh..
Kalau kat Taska biasa dengar kan.Parent bekerjasama sambut besday anak di Taska. tapi jika kat rumah pengasuh jarang dengar.

Setelah berbincang dengan En Hubby, kami sepakat nak bagi goodies atau buah tangan kat kawan-kawan Si kecik di rumah pengasuhnya.
Selain itu beli sebiji kek Secret Recipe..
Tak ramai pun 4 orang kanak-kanak termasuk cucu pengasuh yang on off stay kat situ.

Inilah dia goodies yang mengikut selera kanak-kanak..Aku agak la..Huhu. aku try elak beli jajan yang tak berapa elok untuk kanak-kanak tapi masih dalam suasana eraikan dorang. Jadi aku beli barang-barang ini.

Isi kandungan goddies. Makanan ringan yang tak memudaratkan. Bagi pendapatku...

Paperbag

Cupcake (ada cerita di sebaliknya). Semoga murah rezeki orang yang menjualnya


Pening nak pilih kek apa yang budak-budak suka. Siap tanya jurujual kat SR lagi..huhu..
Penyudahnya pilih Kek Chocolate Indulgence

Siap untuk diagihkan..huhu







Semua dah selamat ke rumah pengasuh..Alhamdulillah..sedekah bagi orang makan..Insyallah mudah-mudahan bertambah rezeki kami anak-beranak.

Potluck Jamuan Raya di Pejabat

Ini cerita open house di bulan Syawal yang baru berlalu...
Bersempena bulan Syawal, aktiviti makan semakin menjadi-jadi. Sana sini ada je jamuan makan tak kira lah secara potluck atau pun sponsor dari syarikat atau tempat kerja. Tidak terkecuali di pejabat ku iaitu di unitku sendiri ada buat potluck untuk majlis raya unit. Walaupun staf tak ramai tapi makanan boleh tahan banyak siap boleh jamu makan satu pejabat lagi. Alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama.
Untuk potluck Jamuan raya ni aku bangun seawal 4 pagi untuk buat makaroni goreng. Gigih kan..Huhu... Alhamdulillah berbaloi dapat pujian sedap dari orang yang makan makaroni goreng.
Aku goreng 2 paket makaroni. 



Biskut raya yang dibawa oleh ketua unit yang diterbangkan dari Sabah

Makaroni goreng yang bertanda anak panah



Pelbagai jenis makanan ada. Semua kekenyangan aritu. Aku makan ketupat palas dengan rendang sahaja. Tak boleh nak makan banyak sebab dah kenyang tengok makanan yang banyak..Huhu..Sebenarnya selepas raya selera makan jadi merudum. Mungkin sebab dah terbiasa kurang makan di bulan puasa.

Asasnur Florist - Kejutan dari En Hubby

Ini cerita pada 25 Jun bulan lepas.. Hari ulangtahun kelahiranku yang ke..Baru nak cerita kan...Huhu..Di ambang 40 tahun dah. Lagi beberapa tahun aku akan jadi sweet 40..Haha.
Hari tersebut aku terpaksa emergency leave sebab pengasuh Si kecik demam. Kesian tak sampai hati nak hantar walaupun pengasuh suruh hantar sebab anaknya ada di rumah.
Memandangkan cuti, En Hubby ajak aku pergi beraya rumah kawan ketika zaman belajar. suami isteri adalah kawan En Hubby.Tetiba plak kan mengajak pergi beraya. Tanpa apa-apa syak wasangka aku ikut je.
Kawannya tu ada buka bisnes gubahan bunga dan coklat untuk majlis konvo dan juga penghantaran untuk sebarang majlis.
Dorang buka perniagaan di rumah..
Asasnur Florist terletak di Pingggiran Subang tapi jangan risau tak perlu ke kedai sebab dorang sediakan servis penghantaran.

Aku pun teruja tengok dorang buat gubahan sambil berborak-borak. Kebetulan waktu tu ada 3 tempahan yang dorang perlu siapkan. Memang menarik betul gubahan yang dia buat.
Lama kami melepak kat rumah kawan En Hubby..Kami pun nak gerak balik..
Masuk dalam kereta terus En Hubby hulur jambangan bunga ni. Memang terkejut dan tak sangka En Hubby bagi hadiah bunga sebab dia memang tak minat bagi bunga untuk isterinya ni.
Huhu..Hati berbunga-bunga dan excited betul. Dapat surprise dari En Hubby..Patutla beria-ia ajak pergi rumah kawannya tu.






Yang bestnye bunga fresh Ni memang kekal segar hingga seminggu lebih. Pastu jadi bunga kering. Asasnur Florist memang sangat dicadangkan untuk sesiapa yang nak bagi gift untuk orang tersayang.

Contact number dan boleh follow dekat IG jika ada yang berminat...

Semperit Daisy yang Sedap

Malam ni ketagih buat biskut lagi..huhu..
Tunggu si kecik tidur baru start buat.
Ulang lagi buat tart nenas gulung. Kali ni permintaan mak mertua..lagipun jem nenas ada banyak lagi.

Malam ni nak share buat semperit daisy.
Resepi ni aku ambil dari Ina Azlina. Terima kasih banyak- banyak cikgu atas resepi yang menjadi dan sedap tu...
Tapi aku tukar sedikit bahan di mana guna butter SCS yang agak mahal sedikit. Beli di Speedmart dengan harga RM 12.74 bagi 250g.
Tepung gandum pula aku guna tepung red rose..

Semperit ni memang sangat sedap..Bau die wangi semerbak satu rumah masa bakar biskut.
Mungkin sebab guna butter scs. Huhu
Pukul 2 pagi baru setel semua. Esok keje. Tapi nak wat macam mana minat punya pasal.
Satu bekas bawa pergi ofis bagi kawan-kawan merasa biskut ni.

Terima kasih resepi Azlina Ina yang sedap









Inilah die semperit Daisy yang dah siap. Bagiku rupanya takdela menarik sebab guna acuan semperit pecah 8. Tak cantik sangat kan. Tapi rasanya sangat sedap.
Aku dah order acuan semperit pecah 15 kat Lazada..Nanti boleh buat banyak-banyak.huhu..Nak ambil tempahan pun dah boleh ni


HMFD (Hand, Foot, and Mouth Disease)


Beberapa hari yang lepas, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..Aku ada dengar berita dalam radio mengenai peningkatan kes HFMD sekarang ini.
Sebagai seorang ibu yang ada bayi kecil..Tentunya risau dan perasaan ambil tahu mengenai perkara ini agak tinggi dalam diri.
Jadi untuk manfaat bersama elok lagi aku share sedikit info mengenai virus hfmd ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Info ini aku ambil dari group whatsapp...



Antara tanda dan gejala yang berlaku

Puncanya..bagi yang kurang mengetahui termasuk aku..huhu

Tanda dan gejala yang terjadi untuk kita lebih alert..


Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari bahaya penyakit ini. Aamin..

Gulai Lemak Ayam Cili Padi Resepi Ibu Mertua

Bahan-bahan :

Seekor ayam dipotong kecil
Serai sebatang diketuk
Santan 1 biji kelapa 
(asingkan kepada 2 bahagian iaitu santan pekat & santan cair)
Bawang merah
Daun kunyit
Serbuk kunyit
Ubi kentang dipotong 2/3 bahagian
Cili padi segenggam
Garam

Cara memasak:

Bawang merah, cili padi dikisar bersama sedikit santan cair.
Dalam kuali, letak ayam yg siap dicuci. 
Masukkan santan cair,serai,serbuk kunyit dan bahan kisar dan daun kunyit. Gaul sebati.
Hidupkan api. Masukkan ubi kentang. Masak sehingga mendidih. Air ayam akan keluar.
Biarkan seketika sehingga ayam empuk.
Masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan garam dan padamkan api.
Boleh dihidangkan dengan nasi panas.

*Gambar lupa nak ambil. 

Tips Maintain Pakai Baju Raya Lama

Assalamualaikum dan apa khabar semua..Harap sihat semuanya selepas sebulan kita berpuasa dan masuk sebulan juga di bulan Syawal..Banyak makan sebab banyak jamuan dan rumah terbuka kan..Rasa sampai tak larat makan dah..Huhu

Lama juga aku  tak post apa-apa story lepas raya sebab mood agak ke laut..Huhu dan agak busy ngan macam-macam macam hal kehidupan.
Hari ni Syawal terakhir baru datang mood untuk update blog..Jangan marah je..Huhu

Kali ni nak cerita sikit pasal aktiviti makan yang menjadi-jadi selepas raya kan. Maklumlah dah tradisi kat negara kita ni raya sebulan..Rumah terbuka a.k.a open house, jamuan raya kat pejabat pun sebulan jugak lah kan..
Saiz baju pun jika bulan puasa longgar pas raya jadi sendat dah..Hahaha..Ini kategori hidup untuk makan bukan makan untuk hidup..Huhu
Cerita pasal baju..Bukan nak riak tau..Saja nak ingatkan diri sendiri agar maintain berat badan..
Jamuan raya kat opis aritu aku pakai baju tahun 2012. ..6 tahun yang lalu..Alhamdulillah masih boleh dipakai lagi
Dah lama tak timbang berat badan selepas bersalin tahun lepas..Huhu..Jika sebelum kawen berat badan 40-43kg je.kurus sangat time tu.Selalu kena perli ngan orang..Dah kawen naik sedikit jadi 44-45kg.
Waktu mengandung berat sehingga 58 kg..Gemuk yang waktu tu..Dalam pantang berat turun 48kg..Sekarang tak tahu berapa kg..Harap berjaya mencapai berat 45kg ideal dengan ketinggian ( yang tak berapa nak tinggi ni)..
Sebulan berpuasa kita boleh je kawal makan. Apa kata selepas raya kita terus amalkan makan secara berhemah..huhu..Kawal pemakanan untuk badan yang sihat dan menghindari segala penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi,kencing manis,gaout dan pelbagai jenis penyakit yang sering menyerang rakyat Malaysia kini akibat terlebih makan.







Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...