Corak Acuan Semperit Pecah 15


Acuan semperit pecah 15 ni bentuknya yang memang cantik dan sedap mata memandang. Ini lah hasilnya acuan semperit pecah 15. Memang mengikut bentuk bunga dahlia.


Tangan penulis tak mahir lagi untuk menekan acuan semperit ni menyebabkan bentuknya tidak sama. Jika diperhatikan betul-betul. Bentuknya lari sedikit kan. Kene lebih banyak latihan. Walaupun rupa tak berapa nak cantik tapi rasanya sedap. Cair dalam mulut gitu.huhu

Ini lah hasilnya semperit Daisy yang telah siap dibakar. Bentuknya lebih kurang sebelum dibakar kan. Tips untuk dapatkan bentuk yang cantik, adunan jangan dikacau terlalu lama. Kacau hingga sebati sekejap sahaja. Jika kacau hingga kembang, bunga akan jadi kembang juga dan bentuknya jadi kurang cantik.

Acuan Tart Nenas Gulung Bulu Mata

Sekarang ni aku dah seperti minat mengumpul koleksi acuan biskut..Sebab minat buat biskut punya pasal, gigih mencari acuan dekat Lazada dan Shoppe..Huhu...😍

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻
Hasilnya jumpa la acuan tart nenas gulung bulu mata. Sebelum ni aku dah ada acuan tart nenas gulung yang kecil tu ( acuan sikat).

Hasil carian tu jumpa la acuan tart bulu mata ni kat Lazada dengan harga RM 20 termasuk pos. Agak mahal tapi dah banyak kali gigih cari kat kedai tapi susah pula nak jumpa..Huhu..pejam mata sekejap untuk RM 20. agak berbalai sebab dapat 2 acuan yang bersaiz besar. 

Dapat 2 acuan yang bersaiz besar


2 bentuk acuan yang berlainan

Selain tu disertakan 3 resepi di belakang packaging acuan ni

Inilah hasilnya bila ditekan 

Ini pula hasil tart nenas yang guna acuan tart bulu mata


Semperit Daisy yang Murah dan Sedap

Sejak kebelakangan ni mood membuat biskut semakin menjadi-jadi. Asyik buat biskut, bagi kat family dan juga bawa ke pejabat. Sekejap je atas meja Pastu tinggal bekas. Semua puji sedap. Alhamdulillah..

Rasanya buat biskut ni dapat hiburkan hati dan dapat kepuasan jika biskut yang sedap dan menjadi. Kebanyakan biskut yang buat aku agihan kat famili dan bagi kawan makan. Saya suka buat tapi tak makan sangat..huhu
Tak sangka dah bagi orang makan, ada officemate adik ipar nak order.

Kebetulan satu petang saje suka-suka isi dalam balang kecik biskut semperit sebab bunga pecah 15 yang cantik. Ambil gambar dan post dalam grup whatsapp famili.
Adik ipar terus cakap kawannya nak 4 balang. Untuk raya pun nak jugak. Katanya sedap.
Jenuh jugak fikir nak jual berapa sebalang sebab guna butter yang agak mahal. Huhu..Akhirnya ambil keputusan jual murah-murah je sebab sememangnya minat buat kek dan biskut.

Rahsia semperit sedap adalah guna butter yang agak mahal dan bermutu tinggi seperti Lurpark, Anchor dan SCS.
Biskut jadi wangi dan cair lam mulut.
Aku guna resepi Semperit Daisy Azlina Ina. Sedap sangat..


Doh semperit bersama acuan tekan bunga pecah 15





Bunga pecah 15


Buat kecil-kecil baru cantik dan kemas serta senang makan. 


Siap dibakar dan sejuk. Letak dalam satu bekas yang besar sebelum disusun dalam bekas plastik kecil

Satu bancuhan dapat 3 balang lebih

Satu balang mengandungi lebih kurang 50 biji.
Dijual dengan harga yang agak murah iaitu RM 17 sahaja. Harga butter dah mahal jadi tak ambil untung sangat. 

Semoga lepas ni bertambah tempahan terutamanya sebelum raya haji nanti.
Target nanti untuk buat tester Tart Blueberry Gulung dan Tart Nenas Gulung

Tart Blueberry Gulung

Resepi ni diolah sedikit dari resepi Tart Nenas Gold Azlina Ina. Sedikit penambahan di mana guna pewarna purple dan juga jem blueberry. 

Resepi boleh rujuk entry sebelum ni tentang Tart Nenas Gulung Sedap

Jem blueberry 

Guna acuan bulu mata yang dibeli online. Letak jem blueberry


Sedia untuk dibakar




Siap untuk sebagai tester. yang berminat nak beli boleh order..huhu



Ubat Hurix's Berkesan untuk Si Kecil

Si kecik mengalami demam selsema selepas 3 hari cucuk untuk setahun pada 18 Julai yang lalu. Nak kata disebabkan suntikan tersebut tak jugak sebab lepas 3 hari baru demam. Kemungkinan di kecik berjangkit demam dengan kawan kat rumah pengasuh. Itu teori si ibu yang cukup risau jika si kecik mula demam. Bila di kecik demam sesi tantrum bermula dan di ibu ini terpaksa cuti untuk jaga si kecik. Rancangan untuk balik kg juga dibatalkan kerana family En Hubby datang melawat kami. Kita merancang Allah yang tentukan..Betul tak..

Okay berbalik pada cerita si kecik yang mula demam selsema dan batuk berkahak juga makin menjadi-jadi. Kesian dia serba tak kena, asyik menangis sebab demam dan batuk menyebabkan badan tidak selesa.
Jadi kami pun ambil keputusan beli ubat di farmasi. Nak bawa pergi klinik keadaan di kecik terkawal lagi. Suhu badan takde tinggi sangat.
En Hubby pergi farmasi dan ahli farmasi cadangkan ubat ni. 3 in 1 untuk demam,selsema dan batuk.


Ubat batuk yang berasaskan herba. 

Arahan yang terdapat pada kotak dan botol

Picagari yang sentiasa ada di rumah. Sekiranya si kecik demam sangat diperlukan.

2 hari si kecik diberi ubat ni mengikut ketetapan dan keperluan. Nampak ada perubahan. Demam dah surut. Namun batuk masih ada tetapi sudah berkurangan.
Ubat ni agak serasi jugak dengan si kecik. Kadang-kadang kahak keluar melalui muntah sebab si kecik xpandai nak buang kahak bila dia batuk. Hidung pulak masih berhingus sampi sekarang namun agak berkurangan. Si kecik cukup marah bila nak buang hingus. Cukup susah mama ngan ayahnya nak buang hingus.

Si kecik demam menyebabkan aku terpaksa amik cuti 3 hari. Menjaganya di rumah dan melayan dia yang kuat meragam..Biasalah anak-anak bila demam akan kuat meragam sebab tidak selesa. Kesian Si Kecik..

Bahan Biskut Dan Kek Murah Di Bake With Yen

Ini cerita pada hari Sabtu yang lalu..

Kedai bakeri Bake With Yen (BWY) yang aku pergi terletak di alamat NO 18 & 20, Jalan Pekaka 8/4 Kota Damansara. Aku ertarik untuk pergi ke BWY sini setelah disyorkan oleh adik ipar yang pejabatnya sederet dengan kedai bakeri ini. Katanya barang murah dan banyak pilihan.

Sebelum pergi aku dah senaraikan siap-siap bahan-bahan yang perlu dibeli. Takut nanti terbeli barang yang tak perlu. Over budget pulak nanti. Belanja perlu secara berhemah..Huhu..Sebelum pergi juga dah seronok untuk beli barang biskut.
Melangkah masuk ke dalam kedai, hati berbunga-bunga dan jadi rambang mata. Kedainya besar dan banyak barang senang untuk membuat pilihan. Seronok sangat..
Rasa nak duduk lama-lama dalam kedai sebab nak tengok semua barang (scan dan buat perbandingan dengan tempat lain).
Sampai macam tu sekali..Huhu
Kesimpulannya kedai bakeri ini memang highly recommended.

Butter pun murah dan banyak pilihan. Kat kedai ni, butter jenama Anchor harga RM 9.00 berbanding di Mydin RM 11.29. Banyak kan beza. Jika butter Lurpark pula RM 8.80 seketul. Murah aku rasa sehingga nak beli banyak-banyak untuk buat stok. Tapi terpaksa kawal nafsu takut jadi membazir pula nanti. Aku beli butter Anchor 3 ketul dan Lurpark seketul sahaja. (Baru nak cuba rasa butter Lurpark macam mana)

Tepung kastard juga murah di sini, RM 3.80 untuk 1 kg dibandingkan dengan sebelum ini aku beli dekat Speedmart dengan harga RM 3.99 untuk 300g..Mahal kan. Jimat dan berbaloi beli di BWY.

Antara barang yang dibeli di BWY :
1. Paper doilies 250pcs- RM 2.55
2. Gold tape - RM 1.80
3. Silver tape - RM 1.80
4. Anchor butter salted - 3 ketul RM 27
5. Lurpark salted butter - 1 ketul RM 8.80
6. Baking muffins  cup - RM 6.10
7. Pineapple jam 1 kg- RM 7.00
8. Pineapple jam blueberry flavour 1 kg- RM 9.00
9. Pewarna purple - rm 1.80
10.Tepung kastard - rm 7.60 untuk 2 kg
11. Bekas biskut - 0.75 satu, rm 6
Jumlah rm 79 sahaja. Dapat banyak barang. Layanan pekerja kat sini juga mesra.
Secara keseluruhannya sangat berpuas hati dengan BWY.
Insyallah lepas ni sekiranya dapat banyak tempahan biskut atau kek, aku akan datang lagi.
' tak cari yang lain dah'
Kat sini boleh bayar guna debit card atau pay wave. TAK perlu nak bawa cash kat tangan banyak-banyak.

Inilah stok bahan-bahan biskut dan kek

Si kecik pun nak tolong jugak..Huhu..Dia pulak excited nak susun barang

Dua-dua brand butter ni sangat sedap

Life is too short

Life is too short
Rasanya bukan tajuk lagu atau tajuk buku tapi tiba-tiba perkataan ni terlintas dalam fikiran di saat ini dan aku rasa nak bagi ulasan lebih lanjut mengenainya. Bukan dalam English ye..Huhu..Dalam bahasa melayu. My English is ke laut sedikit.

Okay life is too short..
Jadi hargai lah ia sebaik-baiknya..
Memang jika kita renung kembali masa berlalu dengan pantas. Usia semakin bertambah dan kita semakin menghampiri kematian. Kita tak tahu bila akan mengadap Ilahi. Bila bila masa sahaja kita boleh dipanggil. Semua sudah ditetapkan Alah SWT dalam qada dan qadarnya. Jadi setiap detik life is too short sebenarnya. Namun kita dituntut agar terus berjuang meneruskan hidup walau macam mana skali dugaan yang melanda hidup kita. Kita tidak boleh menyerah kalah. Perjuangan kehidupan tidak akan pernah selesai sehingga kita dijemput Ilahi.
Oleh sebab life is too short, sentiasa la kita beramal dan sentiasa taat dengan perintah Allah. Jangan melakukan dosa-dosa yang sememangnya dilarang.

Life is too short..
Jangan kita mencipta hubungan yang tidak baik sesama manusia. Berbaik la sesama kita kerana life is too short. Tiada gunanya kita bermasam muka kerana kita semua akan ke tanah juga suatu hari nanti. Hargai lah persaudaraan yang ada sebaik mungkin.

Life is too short..
Sesungguhnya apa yang kita usahakan. Sekarang masih belum selesai. Jika masih belum membuahkan hasil, jangan berputus asa..Teruskan berusaha..

Life is too short..
Jangan membuang masa, teruskan perjuangan yang masih belum selesai.

# ini hanya peringatan untuk semua dan diri sendiri juga.

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...