Life is too short

Life is too short
Rasanya bukan tajuk lagu atau tajuk buku tapi tiba-tiba perkataan ni terlintas dalam fikiran di saat ini dan aku rasa nak bagi ulasan lebih lanjut mengenainya. Bukan dalam English ye..Huhu..Dalam bahasa melayu. My English is ke laut sedikit.

Okay life is too short..
Jadi hargai lah ia sebaik-baiknya..
Memang jika kita renung kembali masa berlalu dengan pantas. Usia semakin bertambah dan kita semakin menghampiri kematian. Kita tak tahu bila akan mengadap Ilahi. Bila bila masa sahaja kita boleh dipanggil. Semua sudah ditetapkan Alah SWT dalam qada dan qadarnya. Jadi setiap detik life is too short sebenarnya. Namun kita dituntut agar terus berjuang meneruskan hidup walau macam mana skali dugaan yang melanda hidup kita. Kita tidak boleh menyerah kalah. Perjuangan kehidupan tidak akan pernah selesai sehingga kita dijemput Ilahi.
Oleh sebab life is too short, sentiasa la kita beramal dan sentiasa taat dengan perintah Allah. Jangan melakukan dosa-dosa yang sememangnya dilarang.

Life is too short..
Jangan kita mencipta hubungan yang tidak baik sesama manusia. Berbaik la sesama kita kerana life is too short. Tiada gunanya kita bermasam muka kerana kita semua akan ke tanah juga suatu hari nanti. Hargai lah persaudaraan yang ada sebaik mungkin.

Life is too short..
Sesungguhnya apa yang kita usahakan. Sekarang masih belum selesai. Jika masih belum membuahkan hasil, jangan berputus asa..Teruskan berusaha..

Life is too short..
Jangan membuang masa, teruskan perjuangan yang masih belum selesai.

# ini hanya peringatan untuk semua dan diri sendiri juga.

Suamiku dan Bundle

En Hubby dan bundle berpisah tiada..Huhu..kalau En Hubby tahu aku wat entry pasal dia ni memang kena la.. Huhu..Nasib dia bukan jenis minat meneroka blogku ini.

Ini kegemaran En Hubby dari dulu lagi..Memang die minat bundle dan mengumpul jersi. Kalau pergi bundle tu boleh mengalahkan orang pompuan shopping. Dia akan habiskan masa berjam-jam dalam kedai bundle tu.

Dah minat sangat memang tak boleh buat apa. Memang dia sangat fanatik dengan jersi dan bundle. Jika dilihat semua jersi yang dia beli dah boleh buka kedai bundle huhu..
Kadang-kadang isterinya ini pun dipengaruhi jugak untuk ikut kegemarannya tu. Aku pun ada jugak terpengaruh sedikit itu pun sebab En Hubby yang belanja. Kalau nak keluar duit sendiri susah jugak rasanya. Maklumlah orang pompuan lebih suka barang baru.
Antara kedai yang dia suka berkunjung adalah di Jaymie Bundle Kota Damansara yang banyak menjual kelengkapan barang-barang outdoor. Kedai bundle lain yang beliau suka pergi adalah :

# Family Bundle

# Bonduru di Batu 3 Shah Alam

# Empire Bundle Kota Damansara

# Car Boot Sale Kota Damansara

# Heaven Bundle 

Jaymie Bundle di Kota Damansara

Si isteri yang tak berapa gemar bundle pun tumpang sekaki berposing di Jamie Bundle.

Nampak tak dia punya keterujaan dapat beg yang diminati di Jaymie Bundle

Sekarang ni En Hubby kerap ke Baden Baden Bandle di Setapak. Tempatnya yang agak besar dan ekslusif menarik pengunjung ke situ termasuk En Hubby. Dekorasi kedai bundle tu memang menarik dan sejuk kat dalam kedai kerana banyak penjuru dilengkapi dengan penghawa dingin. memang selesa untuk seisi keluarga kerana banyak sofa disediakan. Bawa si kecik lepak dalam kedai tu lama pun tak mngapa sebab sejuk kan. huhu.. si kecik pun dah terdedah dengan bundle. (hasil ajaran ayahnya).Waktu kemuncak adalah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Jika kat Baden Baden Bandle berjam-jam En Hubby boleh 'menyelam' (istilah bagi penggemar Bundle). Bermaksud mencari barang yang dikehendaki.
Istilah ni dapat dari En Hubby..huhu
Selain itu, En Hubby juga suka 'menyelam' kat pasar malam. Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni. Siap dukung di kecik sambil memilih pakaian bundle. Si kecik pulak muka redha jela ngan minat ayahnya tu.





Si kecik sudah diajar meminati barang Bundle..Hmm

Aku pun ada terikut juga dengan hobi En Hubby ni. Ada juga beli handbag dekat kedai bundle. Beg tangan yang aku beli agak fleksibel dan tahan jugak lah. Harga pun agak murah. Keadaan beg tangan tu pun boleh tahan lagi. Berbaloi jugak beli.

Inilah cerita mengenai minat yang amat sangat En Hubby terhadap barang bundle.

Shell Out TR Tomyam Slim River


Ini cerita awal tahun ini di mana ketika balik kampung En Hubby, adik ipar mengajak makan shell out di salah satu kedai tom yam di Slim River. Kami pergi makan berempat. En Hubby memang suka jugak makan shell out ni tapi takla kerap pergi makan..huhu
Memang dicadangkan untuk makan seisi keluarga kerana harganya berpatutan.

Bagiku harga sangat berpatutan dan sos shell out sedap. Harga RM 50 seorang. dia kira per kepala tapi kalo jenis tak kuat makan boleh la share sebab portion agak besar jugak.

Lokasi kedai TR Tomyam ni agak senang nak cari. Jika dari Tanjung Malim kena ikut jalan lama ke Slim River. Kedainya sebelah kiri jalan selepas RnR Slim River jalan lama.
Shell Out kedai ni ada waktu petang hingga malam. Sebelah pagi takde ye.
Bagi sesiapa yang nak cuba Shell Out di kedai ni memang berbaloi. Selain Shell Out ada masakan panas sepanjang masa. Waktu tengahari pula ada pelbagai jenis lauk pauk.




Tart Nenas Gulung (Ina Azlina) Sedap

Sudah lama simpan hasrat nak buat tart nenas sendiri. Akhirnya berjaya juga. Ingatkan susah tapi sebenarnya takde sesusah yang aku bayangkan sebelum ini. Lebih puas hati buat sendiri untuk makan. Gebu dan cair dalam mulut gitu..
Resepi dari Azlina Ina yang memang menjadi dan sedap. Yang penting ikut sukatan betul-betul dan jangan menderhaka dengan resepi tu..huhu



Kredit : resepi Azlina Ina

Plastik jem nenas di potong pada bahagian hujung. Cepat dan senang tekan pada doh tart. Lepas tu gulung.
Jem nenas dibeli kat kedai bakeri Yen Yen pada harga yang agak murah..RM7 untuk 1kg..Memang berbaloi

Buat saiz kecil je untuk makan sendiri


Dalam adunan doh ni aku tak letak pewarna kuning sebab lupa nk beli. Tak letak pewarna pun takpe. Sapu kuning telur kat tart sebelum masuk oven





Siap dibakar


Dapat dua balang lebih. Rasanya sedap..
Selamat mencuba resepi ari Azlina Ina ni...

Fakta Tentang Durian

Sebut je durian sinonim dengan raja buah. Sekarang musim durian tengah menjadi. sana sini orang bercakap pasal harga durian yang agak murah berbanding tahun lepas. Ada yang cakap sebab semua tempat durian mengeluarkan hasil yang banyak. Ada logik jugak tu. Jika sebelum ni nak makan durian pun fikir berpuluh-puluh kali sebab harga mahal sangat. Tapi kali ni harga mampu milik dah..Hehe..Kami sekeluarga belum teruja lagi nak makan durian sebab 
Insyallah hujung minggu ni kami sekeluarga akan balik ke kg En Hubby untuk sesi makan durian beramai-ramai atau dengan kata lain kenduri durian.huhu..durian kat kg En Hubby tambah2 kawasan Sungai Jerung, Slim River..Durian kampungnya memang sangat sedap..Makan sepuas-puasnya..Tapi tak larat pun nak buat macam tu.
Memandangkan semua orang suka durian, jadi aku nk share sedikit fakta mengenai durian
Jadi kita boleh la control makan. Jangan terlalu ikut nafsu ye nanti memudaratkan kesihatan. Time tu nak berpantang pun dah takde kesan sangat...
Jom sama-sama kita kawal makan durian..Huhu..Bukan nak boikot ye tapi sebagai peringatan untuk semua termasuk diri sendiri.


Fakta dari KKM yang sangat bermanfaat


Kesimpulannya, durian boleh dimakan tapi jangan berlebihan. Makan secara sederhana ye. Apa-apa makanan sekali pun kita disarankan makan secara sederhana. Baru boleh maintain berat badan kan..huhu

Acuan Semperit Pecah 15

Alhamdulillah...
Acuan semperit pecah 15 yang order online selamat sampai
Order melalui Lazada..
2 hari barang sampai..Sangat pantas..
Jadi lepas ni boleh buat semperit guna acuan yang baru dibeli ni..
Sebelum ni ada Google pasal acuan semperit pecah 15. Bunganya lebih cantik. Sebab tu jadi teruja untuk cuba guna semperit pecah 15 ni..
Semalam juga selepas balik dari kerja terus beli bahan-bahan untuk buat semperit.
Tak sabar rasanya nak guna acuan semperit baru ni.
Insyallah lepas ni akan update gambar semperit pecah 15.




Acuan tembaga pecah 15

Makaroni Goreng Sedap

Jenuh duk pikir nak masak apa untuk potluck dan jamuan raya unit di pejabat pada bulan lepas.Akhirnya dapat idea nak buat makaroni goreng. Malamnya terus ajak En Hubby pergi pasaraya beli bahan-bahan untuk masak. 
Setelah balik dari pasaraya sebelum tidur dah potong siap-siap bahan untuk masak dan letak dalam peti ais.
Bangun seawal jam 4 pagi untuk masak. Alhamdulillah ramai boleh makan dan dapat pujian sedap...huhu

Bahan-bahan :


~ Makaroni Prego 2 paket direbus selama 10 minit bersama minyak zaitun dan sedikit butter

~ sebiji capsicum dipotong dadu
~ daging ayam kisar Ramli
~ sosej dipotong kecil
~ isi ayam dipotong dadu
~ bawang merah, bawang putih di blend
~ sos tiram
~ sos cili
~ cili kisar
~ kicap
~ sos tomato
~ garam
~ gula
~ butter
~ 1 biji telur


Cara memasak:


~ rebus makaroni dalam air mendidih. Letak sedikit garam dan mentega. Ikut arahan yang tertulis di paket makaroni. Setelah masak toskan.
~ dalam kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan 2 sudu mentega ( saya guna mentega SCS). 
~ tumis bahan-bahan blend sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Tumis sehingga agak masak.
~ Masukkan isi ayam dan daging kisar. Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali-sekala untuk elak hangit.
~ Masukkan sedikit air. Biar seketika.
~ Masukkan sosej dan capsicum. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau.
~ Bila agak pekat sedikit masukkan makaroni yang telah siap direbus. 
~ Kacau sehingga sebati. masukkan sedikit gula dan garam.
~Siap.

*Gambar lupa nak ambil sebab mengejar masa untuk bersiap ke tempat kerja.




Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...