Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm


Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha...
Bukan jatuh cinta kat orang lain tau...
Kesian En Hubby kalo penulis jatuh cinta pada lelaki lain. Curang namanya tu...

Jatuh cinta yang penulis maksudkan kat sini adalah jatuh cinta pada produk Cosmoderm bila dah mula menggunakan beberapa produk Cosmoderm ini.
Penulis pun tak tahu kenapa sekarang rasa nak jaga kecantikan pulak huhu...

Sebelum ni penulis tak hirau sangat pakai je mana ada.

Takde pula rasa nak kulit cantik ke berseri ke apa. Cuba juga cari punca mungkin sebab penulis dalam mood relaks sebab tu ada masa nak fikir pasal kecantikan ni. Ataupun sebab faktor usia yang semakin meningkat ni mula nak jaga kesihatan kulit. Kata orang baik cegah sebelum parah... Apa- apa jela janji benda yang penulis buat tidak melanggar hukum agama. Tengok dah melalut jauh kan bila dah mula menulis. Memang tak sedar diri...huhu..

Produk Cosmoderm yang best penulis sedang guna sekarang adalah Tea Tree Oil Shower Gel dan Tea Tree Magic Lotion

"Penulis dah ulang beli produk ni sebab memang sangat best dan sangat berkesan untuk memulihkan masalah kulit penulis"....

Baunya yang wangi dan segar  selepas mandi membuatkan penulis tak cari yang lain dah. Ia juga tidak mengeringkan kulit dan memberikan kelembapan yang sewajarnya terhadap kulit. 
Penulis beli secara online di website Cosmoderm atau Shoppe sebab penulis ada cari di Drugstore seperti Watson atau Guardian tetapi susah nak jumpa.
Jadi bagi penulis lebih senang beli online..

Satu lagi produk untuk kulit badan jadi lebih cerah dan berseri yang penulis guna adalah Magic Lotion Cosmoderm. Penulis sapu di lengan, betis dan paha 2 kali sehari pada sebelah pagi dan petang. Biasanya selepas mandi.
Kesannya memang magic sebab gatal-gatal di badan semakin berkurangan dan sekarang dah takde masalah gatal- gatal badan. 

"Sangat disyorkan pada sesiapa yang mengalami masalah kulit"

Penulis juga perasan jerawat badan sangat berkurangan dan kulit menjadi semakin cerah dan lebih sihat.
Alhamdulillah penulis jumpa penyelesaian kepada masalah kulit gatal-gatal. Sangat menakjubkan.
Penulis akan berterusan menggunakan produk ini kerana ia sangat serasi dengan penulis.



credit to www.cosmoderm.com.my

TEA TREE OIL 
Shower Gel (500 ml)
Suitable for All Skin Types / Sesuai untuk Semua Jenis Kulit

INGREDIENTS / RAMUAN:
Tea Tree Oil

Amazing freshness for anti body odour and body acne
• Provides gentle cleansing of the skin leaving skin fresh and smooth with no sticky feel
• Mild, non-irritating and anti bacterial
• Helps to soothe and purify the skin
• Suitable for teenagers and adults
DIRECTIONS FOR USE:
Pour a small amount of Tea Tree Oil Shower Gel onto moistened palms, towel or sponge. Work up a good lather and gently massage over the whole body. Rinse thoroughly with water. After bathing, apply Tea Tree Oil Lotion Talc

Kesegaran menakjubkan untuk lawan bau badan dan jerawat badan
• Membersih kulit dengan lembut tanpa rasa kering atau melekit
• Lembut, tanpa iritasi dan anti-bakteria
• Kulit rasa nyaman dan bersih
• Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa
CARA PENGGUNAAN 
Tuangkan sedikit Gel Mandian Tea Tree ke atas tapak tangan, tuala atau span. Buatkan buih dan urut secara lembut ke atas seluruh badan. Bilas dengan air. Selepas mandi, gunakan Taklum Losyen Minyak Tea Tree




 credit to www.cosmoderm.com.my

TEA TREE OIL 
Magic Body Lotion (125 ml)
Suitable for Body Acne & Body Odour Sesuai untuk Badan Berjerawat & Bau Badan


INGREDIENTS / RAMUAN:
Sunflower Seed Oil, Aloe Vera, Chamomile Extract, Witch Hazel, Tea Tree Oil

Quick natural remedy for body odour, body acne & sunburn
• Cool relief to skin irritation and discomfort
• Cools and soothes sunburnt skin with no peeling
• Helps reduce rashes, fungal and bacterial infection
• Natural mosquito and bed bugs repellant and soothes insect bites
• Suitable for children, adults and seniors
• Anti-body odour with natural deodorant
DIRECTIONS FOR USE: 
Apply onto clean dry skin after shower. No need to massage

Penyelesaian cepat dan berkesan untuk bau badan, jerawat badan dan selar matahari
• Menyamankan kulit terengsa dan tidak selesa
• Meredakan selar matahari tanpa pengelupasan
• Membantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman
• Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
• Anti-bau badan dengan deodoran asli
CARA PENGGUNAAN 
Ratakan pada kulit kering selepas mandi. Tidak perlu diurut.


Sehingga sekarang dari bulan Oktober 2018, penulis masih lagi setia menggunakan kedua-dua produk ini kerana ia sangat serasi dengan penulis. Memang sangat best. Kalau tak percaya kena try dahulu ye. Lepas tu baru bagi komen best atau tidak. Bagi penulis ia sangat disyorkan...
Jadi ianya sangat disyorkan bagi sesiapa yang sedang mencari produk bagi mengatasi kulit badan yang bermasalah.

Kesan Pakai Nano White Dark Spot Corrective Serum

Ini adalah iklan tidak berbayar. Penulis hanya ingin berkongsi cerita mengenai keberkesanan serum yang penulis guna. 
Penulis sebenarnya baru berjinak jinak menggunakan serum wajah memandangkan usia yang akan memasuki alam 40 an setahun lagi. Penulis perhatikan kulit muka dah mula ada pigmentation yang susah nak hilang. 

Pigmentation tu mungkin terhasil daripada parut jerawat pada usia remaja dahulu atau sememangnya jeragat yang mula menonjolkan dirinya ( ibu dan nenek penulis ada jeragat, mungkin faktot genetik pun ada)

Sebelum ini penulis menggunakan serum Garden of Eden Rosa E. Ia serum khas untuk mengurangkan pigmentation. Penulis beli yang 5ml dengan harga RM 39. Penulis memang berdisiplin pakai serum tu setiap malam sehingga habis. Kesannya pada waktu pagi apabila bangun dari tidur penulis tengok kulit wajah glowing sedikit dan agak berminyak. Namun kesan pada wajah tidaklah ada perubahan ketara. Tompok hitam pada wajah tidak hilang terus namun nampak kurang sedikit. Mungkin penulis kena guna lagi tapi penulis ni jenis kurang sabar.. huhu...Tak suka bila tengok tompok hitam ada lagi kat wajah.

Jadi pada 10 Disember 2018, penulis telah terpengaruh dengan jurujual di Watson Sunway Pyramid..huhu
Penulis sebenarnya banyak baca pasal serum Nano White sebelum ambil keputusan tengok sendiri di drugstore. Ketika penulis google pasal serum ni, ramai yang bagi feedback positif. Penulis pun jadi teruja untuk cuba juga serum ini. 
Tambahan pula kata-kata jurujual tu yang membuatkan penulis terpedaya. Huhu..
Penulis juga perpedaya bila tengok harga selepas diskaun iaitu RM 56 sahaja untuk 3ml. Orang perempuan memang senang terpedaya kalau berkaitan kecantikan huhu



Terjebak beli Bedak compact Loreal pada harga RM 20 kerana ada sales pada waktu itu

Dark Spot Corrective Serum Nano White

Semenjak beli serum ini, penulis memang berdisiplin pakai sehingga sekarang. kebiasaannya penulis pakai pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Penulis memang mengikut penerangan yang diberikan oleh promoter di Watson tersebut.

Sehingga sekarang,hampir sebulan penulis mendisiplinkan diri memakai serum ini. hasilnya kulit wajah ada sedikit perubahan di mana tompok hitam makin pudar dan kulit wajah semakin cerah. (ini adalah penilaian penulis sendiri). Penulis tidak pula dapat teguran dari orang sekeliling tentang perubahan kulit wajah. huhu

Bagi penulis biar kesannya lambat janji selamat berbanding menggunakan produk timbang kilo yang mana kesannya sangat cepat namun memudaratkan pengguna.
Jadi penulis merasakan produk Nano White ini memberikan kesan positif terhadap kulit penulis. Lagipun baru nak masuk sebulan penulis menggunakannya. Harap penulis terus kekal menggunakan produk ini.

Musim Buah-buahan


Tahun ni musim buah-buahan memang menjadi-jadi. Puas rasanya makan buah. Raja buah pun boleh dibeli dengan harga yang murah.
Kami balik kampung En Hubby untuk makan buah-buahan tempatan ni. Boleh dapat dengan harga yang murah sebab tengah banyak.

Buah manggis fresh dari ladang


Durian kampung ni sedap. Durinya agak tajam. Maybe sebab tu sedap.huhu..Kene ati-ati nak kopek. Kene tangan memang berdarah

Buah pulasan juga dibeli di kebun kat kampung Balun. Seronok dapat masuk ke kebun





Suasana di kebun


Seronok kalau balik kampung En Hubby menikmati musim buah-buahan. Seronok dapat feel masuk kebun buah. Ambil buah-buahan dari sana dan makan kat rumah.  Kami makan dengan sepuas-puasnya. Huhu
Masa kat kebun mula LA berangan kalau ada orang nak jual tanah dusun buah kat area situ nak je beli.. huhu..Bestnya kalo ada dusun buah-buahan sendiri.
Berangan tak pernah habis..huhh

My Passion


Boleh ke sesuatu hobi menjadi sumber kewangan kepada kita. 

Bagaimana cara kita mengubahnya menjadi sumber pendapatan.

Selalunya hal ini sentiasa bermain dalam fikiran. 

Memikirkan cara bagaimana untuk menukar hobi menjadi pendapatan.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi itu menyebabkan kita akan berusaha melakukannya dengan cara yang terbaik.

Hobi ku adalah membuat biskut dan kek. 

Sekarang ni rasa seperti tidak lengkap jika tidak buat biskut. 

Seronok dan dapat kepuasan setelah siap menghasilkan biskut.

Bila beri orang lain makan lagi seronok. 

Tambahan pula jika dapat komen positif daripada orang yang makan.

Sanggup bersengkang mata buat biskut sebab minat. 

Penat tidak terasa pun. 

Bila dah siap buat baru terasa penat. 

Jika tidak buat biskut akan rasa hidup seperti tidak lengkap.

Masih awal lagi untuk bercakap mengenai perniagaan. 

Banyak cabaran dan dugaan yang menanti

Bukan senang nak jadi senang. 

Begitu lah agaknya orang yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Banyak menempuh onak dan duri. 

Ada yang bermula dari bawah. 

Ada yang pernah jatuh namun terus bangkit dan melangkah ke depan. 

Sesuatu yang bagus kerana berani mencuba sesuatu.

Sekali gagal bukan bererti akan terus gagal.

Namun jika kita tidak cuba sesuatu kita tidak akan tahu bagaimana.

Jadi perlu cuba.

Jika tidak berjaya perlu cuba lagi.

Jangan cepat berputus asa.




Rahsia Biskut Sedap dan Gebu

Tajuk macam sangat mengujakan..Huhu

Macam teruja sangat nak tahu kan apa rahsianya biskut sedap dan gebu..

Rahsia la sangat kan..

Jom kongsi bersama memandangkan biskut yang dibuat mendapat pujian dari ramai yang memakannya..

Bunyi macam riak kan..

Ya Allah xde niat  nak riak..

Mohon ampun..

Just untuk dikongsi bersama

Aku guna butter yg agak mahal..

Untuk dapat biskut yang sedap dan gebu..Huhu

Inilah butter yang digunakan..

Butter Lurpark atau Anchor..

Butter SCS pun sedap jugak..

Harganya boleh tahan mahal..Huhu..

Tapi untuk rasa yang sedap pejam mata jela..




Butter ni beli banyak-banyak kat kedai bakery Bake With Yen..

Sebab murah aku pun borong sakan.

Ada tersimpan dalam peti ais sampai sekarang.

Plan nak buat biskut dahlia ngan tart banyak-banyak untuk diniagakan.

Namun projek buat biskut agak terbantut sebab si kecik sekarang semakin ligat dan kurang tidur.

Banyak nak berjalan dan explore macam-macam benda je.

Sabar jela layan kerenahnya.

Kena cari masa yang sesuai untuk projek biskut.

Ukur Baju di Badan Sendiri

Ukur baju di badan sendiri bukan di badan orang lain ye.

Seringkali kita kaitkan istilah ini dengan bagaimana kita berbelanja mengikut kemampuan atau dengan kata lain mengikut kemampuan kewangan. 

Namun begitu ada juga sesetengah daripada kita tidak mengikut bagaimana besar periuk. 

Ada juga istilah dikaitkan dengan bagaimana besar kerak begitu lah besar periuknya.

Jangan ikut orang nanti diri sendiri yang merana.

Ia boleh dikaitkan dengan bagaimana besar perbelanjaan kita perlu dinilai terlebih dahulu jumlah pendapatan yang diperolehi.

Itu jela nak beritahu..

Bebelan ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga.

# Be Yourself




Aidiladha 2018


Ini cerita menyambut Aidiladha di kampung En Hubby.Kami sempat berada 2 hari di kampung En Hubby. 
Pagi raya ke 2 kami bertolak balik Kelantan sebab ibuku sakit.
Dapat berita ibu masuk wad sekejap sebab jangkitan kuman.
Ibu memang ada kencing manis dan darah tinggi.
Masuk wad sebab sebab demam teruk.
Doktor suspek jangkitan kuman pada pundi kencing.
Dah keluar wad ibu tak selera makan.
Aku ngan En Hubby risau dapat tau.
Jadi kami ambil keputusan balik jenguk ini.
Tak inform sesiapa pun.
Buat surprise kononnya.
Tapi sempat beraya di rumah famili En Hubby.










Si Kecik dan sepupunya. Beza beberapa bulan je


Housemate masa zaman bujang dulu. Tetap maintain walaupun anak dah 3.


Meja makan rumah famili En Hubby memang sarat dengan hidangan. Bersembang-sembang sambil menjamu selera

Masa balik Kelantan,sempat kami pergi kenduri kahwin rakan sekerja ( pengantin lelaki) En Hubby di Tumpat. Waktu ni dah jam 4 petang. Huhu..Kenduri kawen di Kelantan memang normal sampai ke petang.

Kursus di Bengkel Daya Klang

Ini adalah kursus pertama setelah aku bertukar ke unit lain.

Kursus ni berkaitan Program Home Help atau KBDR ( Khidmat Bantu di Rumah ) anjuran JKMM bermula  13 Ogos sehingga 15 Ogos.

Tempat penginapan disediakan di Hotel Rock & Roll bersebelahan Bengkel Daya Klang.
Aku tidak menginap.

Aku ulang alik dari rumah ke tempat kursus sebab tak sampai hati nak tinggalkan si kecik. 

Tak pernah lagi berjauhan dengan si kecik.

Demi untuk cukupkan syarat kursus 7 hari setahun.





Kursus yang agak santai dan tidak mengantuk sebab penceramah yang pandai tackle audience.

Jalan-jalan di Hujung Minggu

Ini cerita kami anak beranak keluar berjalan-jalan dan makan di hujung minggu.

Kebetulan dah lama teringin nak makan durian sedap di musim durian tengah menjadi ni.huhu..

Meronta-ronta cari port nak makan durian sebab dah teringin sangat.

Kami meronda dari rumah hingga ke Sungai Buloh.

Singgah makan nasi lauk asam pedas yang di kedai yang dah banyak kali kami repeat



Asam pedas ikan kembung dan asam pedas ikan pari. 
Portion banyak.
Tak habis makan. 
Kami bungkus bawa balik jadi lauk makan malam. 
Elak pembaziran dan langkah penjimatan.

Kebiasaan En Hubby sebelum makan. 
Melayan hansetnya. huhu

Masam muka si kecik bila bergambar.huhu

Inilah restoren asam pedas kegemaran kami

Selesai makan tengahari kami gerak ke setapak dan wangsa maju dalam misi pencarian port nak lepaskan keinginan makan durian..Huhu

Jumpa la gerai durian tepi jalan. 

Tengok orang ramai duk makan. 

Tanggapan kami mesti kedainya best.

Kami pun join skali...

Longgokan durian kat belakang tu banyaknye..Geram rasa nak borong semua. Tamak haloba.. Huhu

Si kecik pun suka durian. Kami makan durian kampung special.
Suggested by tuan kedai.
 Katanya datang dari Perak.
 Isi tebal, rasa lemak berkrim..
Memang sedap. 
Kami makan habis  3 biji.
Sebiji bawa balik.kopek siap-siap. 
Yang bagusnya kedai ni menyediakan kemudahan bekas plastik untuk tapau bawa balik.huhu.
 Total kami makan habis RM 50 sahaja...
Agak murah

Lepas makan durian boleh plak En Hubby bawa kami menonton perlawanan bola sepak kat padang Sekolah Menengah Vokasional Setapak. 
Dah lewat petang baru kami gerak balik rumah.


Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...