Jalan-jalan di Hujung Minggu

Ini cerita kami anak beranak keluar berjalan-jalan dan makan di hujung minggu.

Kebetulan dah lama teringin nak makan durian sedap di musim durian tengah menjadi ni.huhu..

Meronta-ronta cari port nak makan durian sebab dah teringin sangat.

Kami meronda dari rumah hingga ke Sungai Buloh.

Singgah makan nasi lauk asam pedas yang di kedai yang dah banyak kali kami repeat



Asam pedas ikan kembung dan asam pedas ikan pari. 
Portion banyak.
Tak habis makan. 
Kami bungkus bawa balik jadi lauk makan malam. 
Elak pembaziran dan langkah penjimatan.

Kebiasaan En Hubby sebelum makan. 
Melayan hansetnya. huhu

Masam muka si kecik bila bergambar.huhu

Inilah restoren asam pedas kegemaran kami

Selesai makan tengahari kami gerak ke setapak dan wangsa maju dalam misi pencarian port nak lepaskan keinginan makan durian..Huhu

Jumpa la gerai durian tepi jalan. 

Tengok orang ramai duk makan. 

Tanggapan kami mesti kedainya best.

Kami pun join skali...

Longgokan durian kat belakang tu banyaknye..Geram rasa nak borong semua. Tamak haloba.. Huhu

Si kecik pun suka durian. Kami makan durian kampung special.
Suggested by tuan kedai.
 Katanya datang dari Perak.
 Isi tebal, rasa lemak berkrim..
Memang sedap. 
Kami makan habis  3 biji.
Sebiji bawa balik.kopek siap-siap. 
Yang bagusnya kedai ni menyediakan kemudahan bekas plastik untuk tapau bawa balik.huhu.
 Total kami makan habis RM 50 sahaja...
Agak murah

Lepas makan durian boleh plak En Hubby bawa kami menonton perlawanan bola sepak kat padang Sekolah Menengah Vokasional Setapak. 
Dah lewat petang baru kami gerak balik rumah.


No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...