Tak tahu macam mana boleh berkenan nak ada kasut kesihatan ni.
Gara- gara tengok video pasal kasut ni lam Facebook tempoh hari.
Apa lagi studi skit pasal kasut ni. Sangat bagus untuk kaki dan orang yg ada masalah sakit lutut dan diabetes ( Alhamdulillah aku xde diabetes lagi..Semoga terus takde)
Aku jenis jarang beli kasut...
Pakai sehingga lunyai baru beli baru..Huhu
Beli kasut ni sebab kasut keje dah haus sangat tapak sampai sakit kaki bila pakai.
Lutut pun ada sakit sikit-sikit dah sekarang..
Belakang sakit ( maybe sebab kesan epidural masa bersalin)
Kasut Medifeet ni boleh tahan jugak harga.
Bagitau En Hubby..Die nak belanja..
Dia cakap takpe mahal janji elok untuk kesihatan isterinya..Huhu..
Sayang gak die kat bininya ni..
Alhamdulillah..apa lagi rezeki jangan ditolak..
Tambahan time tengah bulan pulak tu..
Kami pergi beli kat Sogo lepas waktu kerja..
Try banyak kasut Medifeet pattern yang berbeza tapi rasa yang ni paling sesuai untuk ke pejabat.
Pilih kaler hitam sebab nak match ngan handbag kaler hitam jugak...huhu
Ini ada sekali dalam kotak kasut yang dibeli. Support system yang bagus. |
Kotak kasut yang cantik |
Ada flyers dalam kotak kasut pasal kelebihan kasut kesihatan ni. Bagus untuk kesihatan. |
Harganya boleh tahan jugak tapi berbaloi. |
Aku amik saiz 4..Kalau kasut lain aku pakai saiz 5 tapi sebab kasut ni made in USA..Jadi mungkin saiznya mengikut saiz orang-orang putih..Huhu. saiz 4 kira elok ngan kaki.. |
Urat kaki dan otot membesar menjadi lebih aktif.
Elakkan membeli kasut pada waktu pagi kerana kaki dalam keadaan mengecut.
Kesimpulannya, kasut Medifeet ni disyorkan dibeli terutama bagi aku yang usia di ambang 40 ni..Huhu..
Bagus untuk keselesaan kaki dan kesihatan kita.
Aku duk target nak beli sepasang lagi kasut Medifeet yang lebih kasual untuk pakai time keluar berjalan-jalan.
Kene start menabung ni..huhu
No comments:
Post a Comment