Apam Strawberi


Percubaan pertama kali masak apam strawberi. Resepi adalah hasil carian dengan Mr Google namun resepi ini aku olah sedikit sebab bahan untuk into tiada. Sepatutnya apam strawberi ini kena letak jem strawberi tapi sebab lupa beli, jadi aku tak letak inti. Alhamdulillah menjadi juga percubaan pertama kali. Boleh buat lagi di lain waktu. Satu sahaja benda aku aku kurang puas hati adalah bila hendak mencorak apam. Polkadot perlu dibuat dengan cepat sebab aku hanya guna plastik biasa yang digunting sedikit dihujung bucunya. Aku tak guna piping bag sebab tiada. Perlu pastikan lubang tak besar sebab nanti adunan akan keluar dengan laju dan polkadot menjadi sangat comot.
Apam ini aku bawak balik rumah mak mertua sebab kebetulan hujung minggu ni balik kampung En Hubby...

Apple

Hari ini bermula projek diet yang sihat memandangkan tahap kolestrol dalam darah pada paras berjaga-jaga. Masa check di Hospital Slim River bulan puasa aritu.
Tahap kolestrol hampir tinggi. Sekarang mula lah perasaan risau bertandang. Kebetulan hujung minggu en hubby ajak oergi Mydin Subang. Aku pun apa lagi amik kesempatan beli stok buah apple. Harap aku berjaya menurunkan paras kolestrol dengan banyak makan buah apple. Selain itu perlu kurangkan minum minuman bersusu yang menjadi kegemaran sejak dulu lagi. Aku perlu bertahan dan menjaga pemakanan jika mahukan kesihatan berpanjangan.



Royal Gala Apple yg sgt rangup...

Percubaan pertama kali..

Hari ni ari ahad..bermulanye projek pertama kali buat kek russian black and white...agak frust sebab ganache xbrape menjadi..yg lain dah ok..tak mengapa belajar dari kesilapan..lain kali cuba lagi...
Buat juga kek kukus sunquick dan kek coklat moist yg sgt lembut..
Ini lah dia 3 jenis kek sbg langkah permulaan..

Keterujaan Dalam Membuat Kek di Hujung Minggu

Bila diri sudah menunjukkan ciri-ciri kerajinan yang melampau..inilah hasilnya

Antara peralatan & bahan2 kek

Kek milo kukus (resepi dr shiela rusly fanpage)

Kek Pelangi sedang dikukus

Kek Pelangi yg telah siap dikukus..

Kek vanila & kek coklat moist kukus


***Inilah aktiviti di hujung minggu yang menyeronokkan..sambil buat kek dapat mengisi masa lapang & juga mengurangkan stress duk sorang2 kat rumah (En Hubby kerja sabtu &ahad) *****




Order Pizza Hut Delivery

Idahaffiz15
Pizza hut delivery
Penatnya hari sabtu (10.10.2015)..Hari Sukan Negara..semua staf opis aku diwajibkan menyertai program sukan yang diadakan oleh jabatan.
Penatnya seharian..padahal aku xdela la bermain apa-apa permainan namun penat menjadi penyokong untuk pasukan unit aku..bayangkan berdiri di tengah-tengah panas bagaikan pasukan sorak..huhu
Sambil bersukan dapat mengurangkan stress dan mengeratkan hubungan antara rakan sekerja. En hubby pun bekerja juga. Jadi dua-dua memang seharian tiada di rumah. Malam baru kami dapat makan bersama. Itu pun aku sudah kepenatan untuk memasak, hanya pesan pizza but delivery..mkn berdua pizza tu memang tak habis..jawabnya masuk peti ais..panaskan dalam microvawe bila nak makan. Tiga hari baru dapat habiskan pizza tu.

Dalam Hati ada Bunga

Pada khamis yang lalu,perasaanku berbunga-bunga umpama mendapat bonus 2 bulan gaji....
Tapi bukan bonus yang aku dapat tapi aku telah membeli perfume Guess Dare yang sangat lah wangi dan agak lasting walaupun edt dengan harga yang berbaloi iaitu RM 99 (100ml)..murah kan..
Aku telah menyinggah di Sogo setelah habis waktu kerja semata-mata untuk membeli perfume tersebut..tapi bukan setakat perfume yang aku beli, malahan lipstik matte Revlon (RM 37.90) juga menjadi hasil tangkapan. Itu lah kadang-kadang wanita mudah ikut nafsu..huhu termasuk aku..tidak tahan godaan tambahan lagi bila masuk Sogo. Sudah lumrah kan kaum wanita memang sukakan kecantikan Dan wangian..aku sendiri tidak dapat mengelak ari benda tu semua.
Berbalik kepada cerita perfume guess, sebelum aku beli..aku telah singgah di outlet Bodyshop untuk test perfume vanilla kat situ. Wangi jugak. Hati mula tak keruan. Aku sudah mula memasang niat untuk beli perfume itu juga bila gaji nanti. Aku beli dulu perfume guess sebab takut nanti habis dan harganya menjadi RM200 lebih (normal price) jika bukan waktu promosi..
Perfume Guess 'Dare'

Misi Pencerahan Kulit Muka


Tajuknya bunyi macam satu misi yang penting kan..sebenarnya bukan melibatkan misi ketenteraan tau tapi misi kecantikan..bukan untuk aku tapi untuk En Hubby..maaf ye abg terpaksa dedahkan rahsia kat sini (kalau dia baca..teruk aku kene kutuk nanti..huhu)
Sebenarnya sudah lama aku survey krim ni melalui en google setelah En Hubby asyik complaint muka semakin gelap sebab kerja outdoor seharian. Aku pun tumpang busy skali godek2 apa produk yang sesuai untuknya..akhirnya aku amik jadi perunding kecantikannya dengan mengesyorkan En Hubby untuk cuba krim olay ini. Aku berjaya menyakinkan dia produk ini berkesan sebab dulu masa mula-mula dapat kerja lepas grad aku pakai produk ni juga..berkesan pada aku. Ape pun nanti kita tunggu hasilnya sama ada misi berjaya atau sebaliknya. Olay ini dibeli di Mydin Subang dengan harga RM 34.90. Malam ini En Hubby dengan semangatnya mula pakai..hehe

Salam ukhwah sbg permulaan....

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua...
Sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara ini...tiada pengalaman berblog dan baru bertatih untuk menyusun kata-kata di ruangan ini..niat untuk menulis blog sebenarnya telah lama terpendam namun baru sekarang langkah tersebut direalisasikan..bukan untuk berbangga diri atau sebagainya namun diharap blog ini dapat dijadikan medan untuk saling berkongsi sesuatu yang baik tidak kira dari segi idea, pengalaman atau cerita tentang kehidupan yang boleh dijadikan panduan dan menjadi detik-detik yang tidak akan lenyap begitu sahaja..ibarat merakam sebuah perjalanan kehidupan yang kekadang ada persinggahan dan masih perlu diteruskan hingga ke hujungnya..

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...