Musim Buah-buahan


Tahun ni musim buah-buahan memang menjadi-jadi. Puas rasanya makan buah. Raja buah pun boleh dibeli dengan harga yang murah.
Kami balik kampung En Hubby untuk makan buah-buahan tempatan ni. Boleh dapat dengan harga yang murah sebab tengah banyak.

Buah manggis fresh dari ladang


Durian kampung ni sedap. Durinya agak tajam. Maybe sebab tu sedap.huhu..Kene ati-ati nak kopek. Kene tangan memang berdarah

Buah pulasan juga dibeli di kebun kat kampung Balun. Seronok dapat masuk ke kebun





Suasana di kebun


Seronok kalau balik kampung En Hubby menikmati musim buah-buahan. Seronok dapat feel masuk kebun buah. Ambil buah-buahan dari sana dan makan kat rumah.  Kami makan dengan sepuas-puasnya. Huhu
Masa kat kebun mula LA berangan kalau ada orang nak jual tanah dusun buah kat area situ nak je beli.. huhu..Bestnya kalo ada dusun buah-buahan sendiri.
Berangan tak pernah habis..huhh

My Passion


Boleh ke sesuatu hobi menjadi sumber kewangan kepada kita. 

Bagaimana cara kita mengubahnya menjadi sumber pendapatan.

Selalunya hal ini sentiasa bermain dalam fikiran. 

Memikirkan cara bagaimana untuk menukar hobi menjadi pendapatan.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi itu menyebabkan kita akan berusaha melakukannya dengan cara yang terbaik.

Hobi ku adalah membuat biskut dan kek. 

Sekarang ni rasa seperti tidak lengkap jika tidak buat biskut. 

Seronok dan dapat kepuasan setelah siap menghasilkan biskut.

Bila beri orang lain makan lagi seronok. 

Tambahan pula jika dapat komen positif daripada orang yang makan.

Sanggup bersengkang mata buat biskut sebab minat. 

Penat tidak terasa pun. 

Bila dah siap buat baru terasa penat. 

Jika tidak buat biskut akan rasa hidup seperti tidak lengkap.

Masih awal lagi untuk bercakap mengenai perniagaan. 

Banyak cabaran dan dugaan yang menanti

Bukan senang nak jadi senang. 

Begitu lah agaknya orang yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Banyak menempuh onak dan duri. 

Ada yang bermula dari bawah. 

Ada yang pernah jatuh namun terus bangkit dan melangkah ke depan. 

Sesuatu yang bagus kerana berani mencuba sesuatu.

Sekali gagal bukan bererti akan terus gagal.

Namun jika kita tidak cuba sesuatu kita tidak akan tahu bagaimana.

Jadi perlu cuba.

Jika tidak berjaya perlu cuba lagi.

Jangan cepat berputus asa.




Rahsia Biskut Sedap dan Gebu

Tajuk macam sangat mengujakan..Huhu

Macam teruja sangat nak tahu kan apa rahsianya biskut sedap dan gebu..

Rahsia la sangat kan..

Jom kongsi bersama memandangkan biskut yang dibuat mendapat pujian dari ramai yang memakannya..

Bunyi macam riak kan..

Ya Allah xde niat  nak riak..

Mohon ampun..

Just untuk dikongsi bersama

Aku guna butter yg agak mahal..

Untuk dapat biskut yang sedap dan gebu..Huhu

Inilah butter yang digunakan..

Butter Lurpark atau Anchor..

Butter SCS pun sedap jugak..

Harganya boleh tahan mahal..Huhu..

Tapi untuk rasa yang sedap pejam mata jela..




Butter ni beli banyak-banyak kat kedai bakery Bake With Yen..

Sebab murah aku pun borong sakan.

Ada tersimpan dalam peti ais sampai sekarang.

Plan nak buat biskut dahlia ngan tart banyak-banyak untuk diniagakan.

Namun projek buat biskut agak terbantut sebab si kecik sekarang semakin ligat dan kurang tidur.

Banyak nak berjalan dan explore macam-macam benda je.

Sabar jela layan kerenahnya.

Kena cari masa yang sesuai untuk projek biskut.

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...