Beban Digalas Hati Tersinggung

Tiada perasaan minat terhadap kerja.bekerja sekadar memenuhi tuntutan kewajipan dan menanti gaji pada penghujung bulan.
Itulah apa yang aku rasa kini.
Jika dahulu aku merasa sangat puas dan seronok bekerja ketika berada di unit yang sangat mencabar dan ramai orang yang takut untuk memikul beban tersebut.
Ketika itu, setiap kali dapat membantu dan menyelesaikan kes-kes klien jabatan, aku merasa puas dan sangat lega.
Kepuasan bekerja itu ada.
Namun tiba-tiba seperti awan hitam yang menyelubungi pelangi indah ketika aku dapat arahan pertukaran ke unit yang tidak pernah aku bertugas.
Arahan pertukaran tersebut aku terima ketika sedang cuti bersalin.
Pasrah & redha
Dengan berat hati aku bertugas di unit tersebut dengan tergapai-gapai mencari keserasian dengan unit baru tapi aku rasa sangat sukar.
Unit yang aku rasa tidak serasi dengan jiwa aku di mana aku perlu terlibat dengan program-program besarnya jabatan yang menuntut aku bekerja di hujung minggu dan adakalanya malam.
Sukarnya bagi aku yang baru menjadi ibubapa.
Masa dengan keluarga agak terbatas sekiranya ada program besarnya.
Tahun ini tahun ke 10 aku berkhidmat untuk jabatan. Pertukaran ke unit baru menuntut aku belajar banyak benda baru dan ia sangat baik untuk perkhidmatanku. Dapat meluaskan ilmu dan lebih mengenali orang-orang baru.
Semoga ada sinar yang menanti.
Harapan aku agar terus bermotivasi untuk bekerja walaupun kekadang aku sangat kecil hati dengan layanan yang diterima seolah-olah tidak begitu harap aku menyelesaikan tugasan..Atau semuanya perasaan aku semata-mata
Semoga ada hikmah atas apa yang berlaku.
Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.

Rutin Check Up Anak


Si kecik Nur Hafeeya Sufeena dah cukup 9 bulan pada 18 hb yang lalu. Cepat betul masa berlalu..Rasa nak tambah baby lagi je..Huhu..Saje berangan.
Realitinya tidak disyorkan selama 3 tahun sebab bersalin ceaser.
Redha jela walaupun usia dah di ambang 40 tahun.

Kali ni nak cerita mengenai checkup si kecik yang semakin membesar.
Klinik telah berikan tarikh temujanji untuk suntikan MMR bagi vaksin campak dan Rubella.

Rutin checkup si kecik kami buat di Klinik Kesihatan Taman Medan yang berdekatan dengan rumah kami. Kami mahu teruskan di klinik kerajaan juga sebab rasa lagi yakin. Huhu. Dulu ada juga bincang dengan En Hubby untuk check up di klinik swasta namun setelah dipertimbangkan balik kami lebih percaya untuk menerima rawatan di klinik kerajaan walaupun di Klinik Kesihatan Taman Medan sangat ramai orang yang mendapatkan perkhidmatan namun semua sabar menunggu.
Layanan baik dan mesra yang diterima dari jururawat yang comel-comel dan sabar melayan mungkin menyebabkan ramai yang sanggup menunggu.huhu..
Sememangnya mereka menjalankan tugas dengan baik walaupun terpaksa melayan orang awam yang ramai.

Biasanya orang ramai dah mula beratur dari jam 7 pagi lagi walaupun kaunter bermula jam 8 pagi. Servis juga agak cepat walaupun ramai yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

Kami biasanya berada di klinik jam 7.30 pagi dan selesai jam 11 pagi.


Permulaan menunggu giliran di kecik masih lagi ceria. Huhu. Kami bergilir-gilir pegang si kecik sebab si kecik memang tak nak duk lam stroller.


Makin lame si kecik semakin bosan. en Hubby pun dah makin layu.
Selesai menjalani rutin checkup si kecik iaitu timbang dan cucuk lebih kurang jam 11 pagi. menangis kuat sebab sakit kena cucuk tapi sekejap sahaja. Tapi suara si kecik memang juara, bergema satu klinik. huhu.. Setiap kali kena cucuk si kecik mesti menangis kuat.

En Hubby hantar aku dan si kecik ke pejabat. Risau nak tinggalkan si kecik dengan pengasuh kerana bimbang si kecik demam. Sian pulak pengasuh. sehingga malam aku memantau keadaan si kecik. Alhamdulillah si kecik tidak demam.
Next appointment si kecik nanti pada bulan 7 dan pada masa itu si kecik telah berusia setahun lebih. 

Kembali Mencoret

Semenjak menjadi ibu,masa seakan-akan akan tidak mencukupi untuk menguruskan  menguruskan anak,kerja-kerja di pejabat & pelbagai tuntutan lain yg perlu dilunaskan.
Inilah adalah punca blog ini lama menyepi
Memang menyedihkan..
Banyak yang ingin diceritakan sehingga tidak tahu ingin bermula dari mana.
Begitu banyak memori suka duka yang sangat berharga semenjak menjadi ibu ini..
Rasa mahu dicatatkan semua di blog kesayangan ini tapi masa agak terbatas..
Sebagai motivasi diri lebih elok ambil pendekatan secara perlahan-lahan.
Orang kata slow n steady..Huhu
Semiga diri ini lebih bersemangat untuk mencoret di blog ini sebagai lakaran sejarah kehidupan. Mana lah tahu suatu hari nanti boleh selak kembali memori lama...
Aku menulis di sini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Ianya sekadar berkongsi suka duka kehidupan untuk diri sendiri.
Semoga Allah sentiasa menjauhkan diri dari sifat-sifat ujub,riak dan takbur..
Jangan ia selalu singgah dalam hati ini

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...