Sudah lama rasanya tidak update cerita di blog ini..Kesibukan dengan keje2 opis dan aktiviti hujung minggu yang sentiasa padat menyebabkan blog bersawang jadinya...keinginan untuk menulis sentiasa ada namun masa yang ada rasanya tidak pernah cukup..Hujung minggu lepas balik kampung En Hubby sebab ada kenduri kawen saudara sebelah emak mertua di Kuala Kubu Baru.Waktu di tempat kenduri boleh dikatakan seharian suntuk kerana seolah-olah seperti perjumpaan keluarga. Maklumlah di tempat kenduri adalah waktu semua saudara mara berkumpul dan bertanya kabar setelah lama tidak berjumpa. Begitu juga yang terjadi dengan famili belah suami. memang agak riuh jugak la apabila semua berkumpul.Aku juga lah yang terkontang kanting membawa diri sebab tidak kenal sangat dengan saudara mara emak mertua. En Hubby pula tidak kenal sangat tetapi biasanya orang lelaki pandai boleh lagi layan sembang.
Dekat situ juga la kami berjumpa dengan ibu saudara En Hubby yang balik bercuti panjang sempena musim cuti sekolah di semenanjung. Beliau dan famili tinggal di Sabah kerana telah berkahwin dengan orang sana.
Harap cerita kali ini tidak membosankan walaupun sebenarnya aku sendiri agak bosan kerana lama sangat menghabiskan masa di tempat kenduri.
No comments:
Post a Comment